November 2017 - Shuhaida Kabdy

Monday, November 27, 2017

Kek Hari Jadi Dari Hotel Grand Bluewave Shah Alam

November 27, 2017 9
Kek Hari Jadi Dari Hotel Grand Bluewave Shah Alam
Assalamualaikum, hai semua! Dari hari ke sehari Kak Sue nak bawak Adik dan keluarga Kak Sue makan-makan di Hotel Bluewave Shah Alam tapi tak berkesempatan lagi. Macam sibuk sangat kan, sebenarnya nak kena plan bebetul sebab Adik punya masa sekolah tu tak sama macam sekolah biasa. Kak Sue sempat tebus voucher kek hari jadi dari Hotel Bluewave Shah Alam. Sayang pula nanti expired pula tarikh kan, nak makan-makan Adik tak cuti lagi terpaksa tunda lagi tunggu masa yang sesuai..

Kek Hari Jadi Dari Hotel Bluewave Shah Alam
Kek Hari Jadi Dari Hotel Bluewave Shah Alam

Kek Hari Jadi Dari Hotel Bluewave Shah Alam

Dah beberapa kali Kak Sue makan-makan kat Hotel Bluewave Shah Alam sebelum nie, memang puashati. Semua menu yang disediakan sedap-sedap belaka, layanan dari staf kat sana pun sangat mesra dan cepat. Cuma parking aja, agak terhad sikit bila hari sibuk. Yang lain-lain memang puashati, surau pun ada kat tingkat satu jadi tak perlu risau kalau sampai waktu solat. Memang Kak Sue cadangkan kalau nak makan-makan dengan keluarga atau kawan-kawan boleh datang hotel nie..

Kek Hari Jadi Dari Hotel Bluewave Shah Alam
Kek Hari Jadi Dari Hotel Bluewave Shah Alam
Kebetulan masih ada voucher dari food review kat Hotel Bluwave hari tu, Kak Sue pun tebus ambik kek. Dapat dua biji kek tau. Kami pilih Kek Coklat kegemaran Adik dan Abang, lagi satu kami pilih Kek Baked Cheese kegemaran Kakak dan Kak Sue, Abang Man tak minat sangat makan benda-benda manis. Tak apa nanti kita bawak pergi makan-makan pulak kan, kalau tak minat makan kek. Selalu memang Abang Man lah peneman Kak Sue pun..

Kek Hari Jadi Dari Hotel Bluewave Shah Alam
Kek Hari Jadi Dari Hotel Bluewave Shah Alam
Hotel Grand Bluewave Shah Alam nie, kadang memang ada promosi tau untuk kek. Pada yang nak sambut hari jadi, ulang tahun ke boleh lah tempah atau beli kat sini. Harga pun sangat berbaloi, rasa kek pun sedap dan bagi Kak Sue keknya tak manis sangat sedang elok aja. Korang boleh telefon dulu buat tempahan dan pilih kek yang korang suka. Lepas tu boleh datang ambik kat hotel, ada disediakan bag lagi, senang nak bawa kan. Meh Kak Sue kongsikan nombor untuk korang yang berminat nak buat tempahan 03 5511 8811, pilih aja kek yang korang nak nanti tinggal ambil aja pada hari yang dijanjikan. Senang kan, okay lah setakat ini dulu kali nie, jumpa lagi nanti.. papai!

Monday, November 20, 2017

Tasneem Naturel Balm Sesuai Untuk Seisi Keluarga

November 20, 2017 11
Tasneem Naturel Balm Sesuai Untuk Seisi Keluarga
Assalamualaikum, hai semua! Baru-baru nie Kak Sue diperkenalkan dengan produk Tasneem Naturel Balm dan produk Tasneem Naturel Balm nie adalah sebuah syarkat bumiputera yang menghasilakan produk yang berasaskan Pati minyak (Essential Oil ), 100% menggunakan Minyak Pati dan Carrier Oil sepert Beeswax, Shea Butter dan Sweet Almond Oil. Aroma yang digunakan pun sangat lembut dan menenangkan, membuatkan kita merasa sangat selesa. Produk nie ada empat jenis pilihan balm sesuai untuk kegunaan sekeluarga..

Tasneem Naturel Balm Sesuai Untuk Seisi Keluarga
Tasneem Naturel Balm Sesuai Untuk Seisi Keluarga

Tasneem Naturel Balm Sesuai Untuk Seisi Keluarga

Tasneem Naturel Balm menggunakan aroma dalam minyak balsam untuk merawat masalah pada bayi dan anak-anak kecil malah orang dewasa juga seperti batuk, asma, perut kembung, susah tidur, selsema dan macam-macam lagi. Kita hanya perlu sapu pada tempat yang menghadapi masalah

Tasneem Naturel Balm Sesuai Untuk Seisi Keluarga
Tasneem Naturel Balm Sesuai Untuk Seisi Keluarga
Terdapat empat jenis balsam yang mengikut kesuaian masalah yang Kak Sue bagi tahu tadi. Jom kita tengok..

Tasneem Naturel Balm Sesuai Untuk Seisi Keluarga
Tasneem Naturel Balm Sesuai Untuk Seisi Keluarga
* Calm Time ( Hijau )
* Sleep Time ( Ungu )
* Tummy Time ( Kuning )
* Cough Time ( Merah Jambu )

Tasneem Naturel Calm Time
Tasneem Naturel Balm Sesuai Untuk Seisi Keluarga
Tasneem Naturel Balm Sesuai Untuk Seisi Keluarga
Memberi keselesaan kepada bayi
Menggurangkan keletihan dan tekanan
Bantu anak lebih tenang

Cara guna - Sapu di tulang belakang, tapak kaki, nadi belakang telinga serta pergelangan tangan.

Ramuan - Lavender, naval orange, Tangerine, Geranium, Marjoram, Frankinsense, Bargamot dan akhir sekali Chamomile. Patut lah bau sedap, Kak Sue suka sangat bau dari Calm Time nie..

Taneem Naturel Sleep Time
Tasneem Naturel Balm Sesuai Untuk Seisi Keluarga
Tasneem Naturel Balm Sesuai Untuk Seisi Keluarga
* Bantu anak supaya mudah tidur lena
* Bantu anak bangun dalam mood ceria
* Membaiki kualiti tidur

Cara guna : Sapu di tulang belakang, tapak kaki, nadi belakang telinga, serta pergelangan tangan

Ramuan : Cedar, Vetiyer, Roman chamomile, Sweet orange, Marjoran, Targerin fruit fermet, Ylang ylang

Tasneem Naturel Tummy Time
Tasneem Naturel Balm Sesuai Untuk Seisi Keluarga
Tasneem Naturel Balm Sesuai Untuk Seisi Keluarga
* Membuang angin dalam perut
* Bantu melegakan perut sebu dan kembung

Cara guna : Sapu pada perut dan tapak kaki

Ramuan : Fennel, Ginger, Wild mint, Tangerin, Patchouli, Lemongrass, Anise, Juniper

Tasneem Naturel Coghflu Time
Tasneem Naturel Balm Sesuai Untuk Seisi Keluarga
Tasneem Naturel Balm Sesuai Untuk Seisi Keluarga
* Bantu kurangkan selsema dan cairkan kahak
* Bantu melegakan asthma
* Mengurangkan suhu ketika demam

Cara guna : Sapu pada hidung, tekak, tulang belakang, tapak kaki dan dada

Ramuan : Lemon, Sweet orange, Eucalyptus, Cypress, Tea Tree

Empat pilihan Tasneem Naturel Balm yang Kak Sue kongsikan kat atas tadi, semuanya mempunyai kelebihan tersendiri. Rasanya setiap rumah perlu ada produk Tasneem Naturel Balm nie sebab memang keperluan kan, bila anak tak sihat atau meragam tak perlu kita suasah hanya perlu sapu untuk melegakan dan meredakan suasana. Paling penting, produk nie tak ada bahan kimia dan mendapat kelulusan KKM. Meh Kak Sue nak kongsi testemoni pelanggan yang berpuashati dengan produk nie jom..

Tasneem Naturel Balm Sesuai Untuk Seisi Keluarga
Tasneem Naturel Balm Sesuai Untuk Seisi Keluarga - Testemoni
Tasneem Naturel Balm Sesuai Untuk Seisi Keluarga
Tasneem Naturel Balm Sesuai Untuk Seisi Keluarga
Tasneem Naturel Balm Sesuai Untuk Seisi Keluarga
Tasneem Naturel Balm Sesuai Untuk Seisi Keluarga

Untuk lebih detail macam biasa korang boleh singgah kat bawah nie ya

Tasneem Naturel Balm

Website

Facebook

Instagram

Whatsapp
011 2096 4665




Saturday, November 18, 2017

Deko Dapur Dah Siap

November 18, 2017 28
Deko Dapur Dah Siap
Assalamualaikum, hai semua! Deko dapur dah siap! Sebelum nie Kak Sue ada kongsikan kat sini nak deko dapur Kak Sue kan. Punya lah lama nak siapkan deko tu sebab masa tak mengizinkan. Kadang bila Kak Sue free, Abang Man pulak sibuk. Kak Sue bukannya pandai nak pasang wall paper semua tu, nanti benda sekejap boleh selesai jadi seharian sebab Kak Sue jenis nak teliti dan sama semua, nanti herot sikit dah buka balik. Jadi bagi menyelamatkan keadaan, Kak Sue suruh Abang Man yang pasang.. hahaha!
Deko Dapur Dah Siap
Deko Dapur Dah Siap

Deko Dapur Dah Siap

Akhirnya deko dapur Kak Sue dah siap, tapi masih ada lagi yang Kak Sue nak tambah sikit-sikit lagi nanti. Bahagian sinki Abang Man pasangkan wall paper dari Kaison, lepas tu Kak Sue minta Abang Man pasangkan rod nak gantung periuk tu kan letak la sekali pokok kat situ bagi nampak dapur tu sejuk mata memandang sikit kan. Nie semua terpengaruh deko-deko kat IG la nie.. ehehe.. Frame gambar tu pulak Kak Sue beli kat Romatika Shah Alam masa bulan puasa, masa tu ada sales. Rasanya bawah RM10 atau RM20 aja. Romatika pun  banyak juga pilihan frame atau barang deko rumah dan harga pun sangat berpatutan

Deko Dapur Dah Siap
Deko Dapur Dah Siap
Bahagian dapur pulak Kak Sue suruh Abang Man pasang wall paper yang Kak Sue beli online. Beli kat IG korang, sebab berapa kali pergi kedai RM2 asyik habis stok ja. Kebetulan masa Kak Sue scroll IG nampak ada orang jual, jadi Kak Sue terus order. Wall paper yang nie boleh tarik satu-satu dan lekat ikut suka kita mana nak lekat. Boleh lap dan tahan air, harga pun kalau ikutkan tak sampai pun RM5, tapi cantik tau! Suka sangat..

Deko Dapur Dah Siap
Deko Dapur Dah Siap
Baru-baru nie ada beli rak kat Ikea, rak tu khas untuk barang baking kut nanti atau barang-barang masak. Dapur bahagian belakang macam dah tak nampak rupa dapur dah, dah macam stor pun ada. Sakit mata dan sakit hati dah tengok. Nanti nak kena tunggu Abang Man free, baru minta tolong pasangkan. Macam biasa dah siap, Kak Sue kongsikan kat sini tau. Yang nie tak tau lah berapa lama pula nak tunggu, hahaha! Okay lah korang, harap dengan perkongsian Kak Sue nie bei korang idea dan minat nak deko rumah juga. Kak Sue bukanlah hebat sangat, tapi macam Kak Sue pernah cakap kat sini kita deko ikut mana kita rasa selesa, cantik kat mata kita dan yang kita mampu. Bila rumah cantik dan bersih, hati pun tenang dan seronok kan. Jumpa lagi nanti, papai!

Enchanteur Paris Petite Parfum Rool - On Terbaru

November 18, 2017 7
Enchanteur Paris Petite Parfum Rool - On Terbaru
Asssalamualaikum, hai semua! Macam Kak Sue bagi tau kat korang sebelum nie Kak Sue memang antara pengemar minyak wangi. Paling penting minyak wangi tanpa alkohol, ya lah kita nak pakai pun tak ada rasa was-was. Baru-baru nie Echanteur perkenalan wangian baru Echanteur Paris Pettie Parfum Rool - On Terbaru. Wangian sebenar yang dapat mencipta daya tarikan penuh "scen-sasi" dan memberi inperasi kepada pemakai yang berkekalan. Jom kita tengok empat pilihan Echanteur Paris Pettie Parfum yang comel dan menarik nie jom..

Echanteur Paris Petite Parfum Rool - On Terbaru
Echanteur Paris Petite Parfum Rool - On Terbaru

Enchanteur Paris Petite Parfum Rool On Terbaru

Echanteur telah memperkenalkan wangian terbaru mesra beg tangan iaitu Echanteur Paris Petite Parfum dalam bentuk bebuli ( rool-on ) - yang boleh didapati dalam saiz padat 9ml. Rangkain ini merupakan inspirasi personaliti gadis-gadis Paris yang feminin namun penuh dengan tenaga dan sentiasa menyerlah.

Echanteur Paris Petite Parfum Rool - On Terbaru
Echanteur Paris Petite Parfum Rool - On Terbaru
Dengan usaha sama bersama pencipta wangian Perancis, ENCHANTEUR menterjemahkan personafikasi keempat empat gadis ini pada pakej pembungkusan yang menarik. dilancarkan dalam empat viarasi wangian dari rangkai ENCHANTEUR PARIS, iaitu Belle Amour dan Adore serta wangian baharu iaitu Cheri dan Jolie yang lahir dari inspirasi trend bunga semasa.

Echanteur Paris Petite Parfum Rool - On Terbaru
Echanteur Paris Petite Parfum Rool - On Terbaru
ENCHATEUR PARIS PETITE PARFUM juga dirumus khas tanpa alkohol menjadikannya pilihan yang sesuai untuk pengguna beragama islam kerana sesuai dibawa sembahyang tanpa perlu mencuci wangian. Tambahan pula, formasi berasaskan minyak ini membolehkan aromanya bertahan lebih lama.

Echanteur Paris Petite Parfum - Jolie ( Lovely )

Kombinasi keanggunan Rose, Honey dan Peat amat sepadan dengan personaliti santai bersahaja yang gemar meluangkan masa dengan rakan-rakan atau insan istimewa. Aroma lembut dengan bauan bunga amat sesuai digunakan untuk memberikan 'mood' tenang ketika bersama pasangan. kemasan biru denim menjadikan anda kekal anggun di pandangan dan tetap disukai.

Echanteur Paris Petite Parfum Rool - On Terbaru
Echanteur Paris Petite Parfum Rool - On Terbaru Jolie Lovely
Enchanteur Paris Petite Parfum - Cherri ( Darling )

Buat yang berhati muda remaja, kami persembahkan bauan yang enak dan manis untuk memastikan anda tersenyum sepanjang hari. Bagis si gadis yang gemar menyebarkan kegembiraan kepada orang-orang sekelilingnya, aroma Apple, Cherry Blossom dan Vanila yang lazat bakal mencuri hati dan mendapat perhatian ramai.

Echanteur Paris Petite Parfum Rool - On Terbaru
Echanteur Paris Petite Parfum Rool - On Terbaru Cherry ( Darling )
Enchanteur Paris Petite Parfum - Adore ( Adorable )

Haruman 'signature' ini mencetuskan kegembiraan, keyakinan dan daya tarikan yang abadi. Rona pembungkusan ungu ini mengandungi sensasi aroma Wild Jasmine, Pink Mimosa dan Golden Pear sepadan dengan si gadis yang elegan, anggun dan manis pada temujanji romantisnya. Cipta kesan berpanjangan pada temujanji anda dah penuhi hatinya dengan dambaan kasih padamu.

Echanteur Paris Petite Parfum Rool - On Terbaru
Echanteur Paris Petite Parfum Rool - On Terbaru Adore ( Adorable )
Enchanteur Paris Petite Parfum - Belle Amour ( Beautiful Love )

Ciptaan dari aroma yang menawan yang mampu membuat jantungmu berdegup dan meransang deria. Pembukusan merah jambu ini bakal mengimbau memori si gadis pada saat temujanji pertama menakala campuran Apple Melon, Blackcurront dan Pink Rose Paris amat sesuai dengan gadis berpersonaliti romantis dan menawan. Belle Amour membolehkan anda menikmati setiap kenangan manis dengan yang tersayang, dan menjadikanmu teman istimewanya selamanya.

Echanteur Paris Petite Parfum Rool - On Terbaru
Echanteur Paris Petite Parfum Rool - On Terbaru Belle Amour ( Beautiful Love )
Dengan ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM korang hanya perlu sapu ke nadi bila-bila masa yang korang perlukan dan bersedia untuk mencetuskan saat romantis bersamanya.

ECHANTEUR PARIS PETITE PARFUM boleh didapati pada harga RM9.90 ( Semenanjung ) dan RM10.40 ( Sabah, Sarawak ) di Watsons, Gurdian. AEON Wellness, Mydin, The Store serta pasar mini di seluruh negara










Selamat Hari Jadi Ibu Dan Adik

November 18, 2017 3
Selamat Hari Jadi Ibu Dan Adik
Assalamualaikum, hai semua! Selamat Hari jadi Ibu dan Adik! Bulan November nie memang sambutan hari jadi berganda. Ya lah bulan nie Kak Sue dan Adik sambut hari jadi selang sehari aja. 11 tahun dulu, lepas ja Kak Sue sambut harijadi sendiri, pagi esoknya Kak Sue lahirkan Adik. Cuma tahun nie tak sempat nak sambut, sebab plan dah lari sikit. Tak apa lah ingat nanti nak bawa Adik dan keluarga Kak Sue makan-makan kat luar dan biar Adik pilih hadiah yang Adik nak. Macam agak kelam kabut sikit hujung minggu lepas..

Selamat Hari Jadi Ibu Dan Adik
Selamat Hari Jadi Ibu Dan Adik

Hari Jadi Ibu dan Adik

Hari Jadi Ibu dan Adik tahun nie memang belum buat sambutan, cuma Abang Man ada belikan Adik dan Kak Sue kek. Bukan apa, kesian pula selalunya kalau tak buat sambutan pun ada juga keluar makan-makan kan, cuma kali nie belum sempat lagi. Nak pula hari biasa Adik bersekolah kan, kena tunggu hari cuti baru boleh plan. Sekurang-kurang bawa keluar makan dan buat aktiviti sihat yang Adik suka pun cukup lah kan..

Selamat Hari Jadi Ibu Dan Adik
Selamat Hari Jadi Ibu Dan Adik
Pejam celik Adik dah 11 tahun, dah nak remaja dah anak bongsu Ibu yang sorang nie. Ibu tak minta banyak pun cuma, Ibu harap dan berdoa semoga Adik sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah, diterangkan hati, dilancarkan lindah dalam menghafaz, kesihatan yang baik, rezeki yang sentiasa murah, membesar dengan akhlak yang baik dan anak yang soleh, akhir sekali cemerlang dunia, akhirat..  aamiin ya rabbilallamin..

Selamat Hari Jadi Ibu Dan Adik
Selamat Hari Jadi Ibu Dan Adik
Ibu pun sama, makin meningkat usia nie ingat nak kurang-kurang lah kut aktiviti mana-mana yang tak beri manfaat tu, ecey! Sebenarnya Kak Sue diam-diam suruh Abang Man belikan kek untuk Adik, bila sampai kat rumah kat atas kek, tulis Happy Birthday Ibu dan Adik. Terharu juga Kak Sue walaupun Abang Man macam buat tak tahu aja. Malam hari jadi Kak Sue, Abang Man lah orang pertama ucapkan selamat hari jadi pada Kak Sue kat whatsapp tau. Cuma tahun nie tak ada kejutan.. hahaha.. Tak tahu lah nanti-nanti kan, tak kisah sangat pun sebenarnya dah tua-tua nie. cukup dah apa yang Abang Man sediakan.. Alhamdullilah..

Selamat Hari Jadi Ibu Dan Adik
Selamat Hari Jadi Ibu Dan Adik
Semoga Allah sentiasa dekatkan Kak Sue dan keluarga juga kita semua ke jalan diredhai Allah. Tetapkan hati dan imam kita. Dunia nie sementara aja, akhirat yang kekal selamanya. Gurau-gurau juga, suka-suka juga, tapi yang sana harus kita ingat juga kan. Biar lah seimbang dunia dan akhirat. Sekian dulu sembang kali nie, jumpa lagi nanti.. papai!

Tuesday, November 14, 2017

Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Mencipta Video JOM KREATIF Anjuran PPZ - MAIWP

November 14, 2017 13
Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Mencipta Video JOM KREATIF Anjuran PPZ - MAIWP
Assalamualaikum, hai semua! Hujung minggu lepas Kak Sue berpeluang ke Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Mencipta Video JOM KREATIF Anjuran PPZ - MAIWP ( Pusat Pungutan Zakat Wilayah ) yang bertajuk ' Mencari Rezeki yang Berkat'. Pertandingan nie bermula pada 15 Ogos sehingga 30 September 2017. Setiap penyertaan mesti mengunakan telefon pintar dan suntingan boleh menggunakan sebarang perisian dengan durasi video selama 3 minit. Montaj video pula dimestikan menunjukkan logo PPZ-MAIWP dan Coudre Kuala Lumpur yang menjadi penaja hadiah pertandingan mencipta video JOM KREATIF ini..

Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Mencipta Video JOM KREATIF Anjuran PPZ MAIWP
Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Mencipta Video JOM KREATIF Anjuran PPZ - MAIWP

Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Mencipta Video JOM KREATIF Anjuran PPZ

Majlis penyampaian hadiah pertandingan mencipta video JOM KREATIF anjuran PPZ nie dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ - MAIWP iaitu Tuan haji Mohd Rasi bin Haji Alias. Macam Kak Sue bagi tahu kat atas tadi penaja rasmi bagi pertandingan nie ialah dari Cik Puan Emi Hanani binti Mohd Arifin pemilik Boutique Coudre KL. Semoga dimurahkan lagi rezeki kepada pemilik Boutique Coudre nie kan, aamiin ya rabb..

Bagi korang yang suka buat video lain kali kalau ada pihak PPZ MAIWP adakan pertandingan macam nie lagi boleh lah join. Syarat pun macam mudah dan hadiah pun menarik juga kan, mana tahu ada rezeki korang. Semua video pertandingan nie korang boleh tengok di Fb Pungutan Zakat tau. Bagi Kak Sue video yang menang tempat pertama memang layak sebab video beliau memang agak menyentuh hati Kak Sue secara peribadi. Tahniah ya, tahniah juga untuk semua pemenang-pemenang yang lain..

Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Mencipta Video JOM KREATIF Anjuran PPZ MAIWP
Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Mencipta Video JOM KREATIF Anjuran PPZ MAIWP
Antara pemenang yang memenangi pertandingan mencipta video JOM KREATIF pada 10 November 2017 yang lepas ialah

Tempat Pertama

Muhammad Hanif Bin Ngarisan
(Hadiah wang tunai RM2000)

Tempat Kedua

Syahidah Binti Atmin
( Hadiah wang tunai RM1000 )

Anugerah Pilihan Ramai

Muhammad Hanif Bin Ngarisan
( Hadiah Wang Tunai Rm1000 )

Hadiah saguhati pula seramai 9 orang dengan hadiah wang tunai RM500 ialah

Nurmanisya Binti Shahrudin

Muhammad Adam Bin Ibrahim

Muhammad Fairullah Bin Hamran

Mohd Amirul Asyraf Bin Abdul Aziz

Nik Puteri Nur Anis Binti Noor Azmi

Nabeel Fakrur Razy Bin Jufri

Anis Asyikin Bin Alias

Muhammad Zuhaily Bin Razali

Muhammad Norazi Nazreel Bin Mohd Yazid

Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Mencipta Video JOM KREATIF Anjuran PPZ MAIWP
Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Mencipta Video JOM KREATIF Anjuran PPZ MAIWP
Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Mencipta Video JOM KREATIF Anjuran PPZ MAIWP
Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Mencipta Video JOM KREATIF Anjuran PPZ MAIWP
Tahniah sekali lagi pada semua pemenang, semua hebat-hebat dan bagus. Menarik juga kan pihak PPZ-MAIWP adakan pertandingan macam nie. Secara tak langsung dapat memberi ingatan untuk kita semua dalam zaman teknologi nie kan. Kebanyakan dari kita semua lebih banyak tertumpu pada media sosial untuk berita atau apa-apa perkongsian. Jadi bila ada pertandingan macam nie kita boleh tengok perkongsian video dalam talian yang memberi manfaat dan juga nasihat secara santai. Untuk maklumat lebih lanjut korang boleh singgah kat bawah nie ya..

PPZ - MAIWP ( Pusat Pungutan Zakat Wilayah )

Web

Facebook

Instagram

Youtube

Thursday, November 9, 2017

Musim Durian Dah..

November 09, 2017 14
Musim Durian Dah..
Assalamualaikum, hai semua! Semalam Kak Sue dan Abang Man balik sekejap ke kampung Abang Man di Tanjung Keramat, Langkap, Perak. Orang tua Abang Man minta kami balik sebab suruh ambik durian lagi. Ya lah kut lah nak makan durian lagi kan, sebab sebelum nie minggu lepas kami sekeluarga dah balik dah. Masa kami balik minggu lepas buah rambutan tak banyak masak lagi, jadi minggu nie Mak Abang Man suruh balik kalau nak merasa buah rambutan takut minggu depan dah habis. Nak beli sekarang nie durian dah la mahal kan, semua jual kira timbang kilo. Kadang ada juga yang jual kira biji. Nasib lah ada kebun durian sendiri, dapat lah juga kami sekeluarga merasa dan makan puas-puas.. Alhamdullilah..

Musim Durian Dah
Musim Durian Dah

Durian Mahal Dah Sekarang..

Kak Sue ada baca sebelum nie di facebook pasal harga durian yang mahal dah sekarang. Dulu kalau nak beli durian kira longgok, buah yang cantik dan gred A baru jual timbang. Sekarang nie semua buah dah jual timbang. Dengar-dengar harga pun boleh tahan mahal, kesian pada yang teringin nak makan tapi harga kemahin mahal. Ada juga yang Kak Sue baca sebab buah tak banyak macam tahun-tahun dulu sebab tu buah jadi mahal. Tak banyak pokok yang ada buah, jadi bila tak ada bekalan buah pun jadi naik harga..

Musim Durian Dah
Musim Durian Dah - Durian Tembaga
Musim Durian Dah
Musim Durian Dah
Musim Durian Dah
Musim Durian Dah - Rambutan kawin
Seingat Kak Sue pun Abang Man dah beberapa tahun dah tak berniaga jual durian dah disebabkan buah tak banyak dan tak kena pada waktu kami. Macam sebelum nie buah ada, tapi bulan puasa. Kalau bulan puasa tau aja lah, kami setiap hari berniaga di Pasar Ramadhan. Pula tu kalau dalam bulan puasa, jualan buah durian memang akan slow lah. Orang semua puasa, entah bila sempat nak makan durian kecuali lah yang memang kaki durian kan. Sekarang kat kampung Abang Man memang tengah musim buah, setiap minggu ada aja sedara yang bertandang. Rezeki tahun nie pakat dapat merasa semua ahli keluarga..

Musim Durian Dah
Musim Durian Dah
Musim Durian Dah
Musim Durian Dah - Buah Pulasan baru nak masak
Semalam kami balik hari aja, sebab anak-anak semua tak ikut. Sekolah kan, Kakak pun petang nak niaga takut tak sempat pula. Rasanya ada lagi tiga pokok yang ada buah, kata Abang Man dalam masa dua minggu lagi mungkin habis dah semua buah jatuh. Tahun nie memang tak jual lah kut, buat makan sekelurga aja lah. Apapun Alhamdullilah dengan rezeki tahun nie.. memang puas makan. Dapat juga Kak Sue masakkan bubur durian untuk kawan sekolah Adik, seronok depa makan. Pulut durian aja Kak Sue belum buat lagi, yang tu penutup kut untuk musim nie, hehehe.. Okay lah korang, jumpa lagi ya.. papai!

Wednesday, November 1, 2017

Set Young Living Essential Oil

November 01, 2017 8
Set Young Living Essential Oil
Assalamualaikum, hai semua! Kali nie Kak Sue nak kongsikan dengan korang wish list Kak Sue yang dah lama Kak Sue idam-idam kan, Set Young Living Essential Oil. Sebelum nie tengok kawan-kawan blogger dah guna dan Kak Sue pun ada beli Essential Oil (EO) Chedar Wood untuk masalah gangguan tidur. Alhamdullilah, lepas beberapa kali Kak Sue gunakan Chedar Wood masalah tak boleh tidur malam berkurangan. Tu yang Kak Sue teruskan niat nak ada set Young Living Essential Oil nie kat rumah, sebab serasi dan berkesan pada diri sendiri..

Set Young Living Essential Oil
Set Young Living Essential Oil

Young Living Essential Oil, Suka Sangat!

Young Living Essential Oil, Kak Sue suka sangat! Kalau kita pikirkan harga memang barang dari Young Living dan Essential Oil nie kita rasa mahal. Kalau kita tau dan dah rasa kelebihannya kita akan rasa berbaloi kita laburkan duit untuk beli benda nie semua tau. Memula nak beli Kak Sue minta izin dan tanya pendapat Abang Man dulu walaupun guna duit sendiri, duit hasil berblog lagi tau. Abang Man kata cuba lah kalau rasa okay, senang ja jawapan beliau kan.. hahaha! Biasa lah orang lelaki nie kan, mesti rasa apa benda lah yang Kak Sue suka dan berminat sangat nak beli. Kak Sue pun terus lah order dengan kawan blogger Rara. Memang senang berurusan dengan Rara, cepat dan mesra.. ecey wah.. Tq tau Ra sebab kenalkan dan terangkan pada Kak Sue pasal Young Living dan EO nie semua..

Untuk Set Young Living Essential Oil yang Kak Sue beli nie dapat dua Essential Oil, Lavender dan Lemon. Kegunaan EO Levender untuk hilangkan stress, bagi kita relaks, sakit kepala dan banyak lagi. Eo Lemon pula untuk rasa tak sihat badan, nak demam, batuk dan selsema. Kak Sue dah cuba masa Adik hangat sikit badan masa balik dari sekolah, Alhamdullilah esoknya panas badan Adik berkurang dan hilang terus. Tak payah kita susah-susah nak bagi anak makan ubat dah kan. Cukup dengan kita diffuse aja EO yang Kak Sue bagi tau tadi. Tak rugi pun kita melabur dan berbelanja lebih sikit untuk keluarga kita..

Set Young Living Essential Oil
Set Young Living Essential Oil
Nanti ada rezeki lagi Kak Sue nak tambah lagi EO untuk kegunaan kami sekeluarga. Ada banyak kegunaan EO nie sebenarnya, untuk hilangkan stress, untuk anak tak sihat, kesihatan wanita dan macam-macam lagi lah. Selalunya Kak Sue diffuse pagi dan malam, kadang masa kami sekeluarga bersantai kat ruang tamu, sambil menonton ke.. memang relaks habis. Diffuser nie terpasang selama 4 jam dan ada lampu tau, selepas 4 jam lampu akan terpadam sendiri. Boleh buat lampur tidur lagi, jadi kalau tertidur ke apa tak perlu kita nak risau. Selalunya kalau sebelah malam, memang akan tertidur lah jawabnya. Sedar-sedar, eh tertidur kat sofa rupanya.. ehehe..

Okay lah, setakat nie dulu sembang dan perkongsian Kak Sue kali nie. Benda baik dan manfaat kita kongsi bersama, apapun semuanya dengan izin Allah hendaknya. Best tau Set Young Living Essential Oil nie, kalau korang berminat boleh tanya-tanya kat Safura Fadhlan nie ya. Jumpa lagi ya, papai!

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com


[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.