Kek Hari Jadi Dari Hotel Grand Bluewave Shah Alam

November 27, 2017

Assalamualaikum, hai semua! Dari hari ke sehari Kak Sue nak bawak Adik dan keluarga Kak Sue makan-makan di Hotel Bluewave Shah Alam tapi tak berkesempatan lagi. Macam sibuk sangat kan, sebenarnya nak kena plan bebetul sebab Adik punya masa sekolah tu tak sama macam sekolah biasa. Kak Sue sempat tebus voucher kek hari jadi dari Hotel Bluewave Shah Alam. Sayang pula nanti expired pula tarikh kan, nak makan-makan Adik tak cuti lagi terpaksa tunda lagi tunggu masa yang sesuai..

Kek Hari Jadi Dari Hotel Bluewave Shah Alam
Kek Hari Jadi Dari Hotel Bluewave Shah Alam

Kek Hari Jadi Dari Hotel Bluewave Shah Alam

Dah beberapa kali Kak Sue makan-makan kat Hotel Bluewave Shah Alam sebelum nie, memang puashati. Semua menu yang disediakan sedap-sedap belaka, layanan dari staf kat sana pun sangat mesra dan cepat. Cuma parking aja, agak terhad sikit bila hari sibuk. Yang lain-lain memang puashati, surau pun ada kat tingkat satu jadi tak perlu risau kalau sampai waktu solat. Memang Kak Sue cadangkan kalau nak makan-makan dengan keluarga atau kawan-kawan boleh datang hotel nie..

Kek Hari Jadi Dari Hotel Bluewave Shah Alam
Kek Hari Jadi Dari Hotel Bluewave Shah Alam
Kebetulan masih ada voucher dari food review kat Hotel Bluwave hari tu, Kak Sue pun tebus ambik kek. Dapat dua biji kek tau. Kami pilih Kek Coklat kegemaran Adik dan Abang, lagi satu kami pilih Kek Baked Cheese kegemaran Kakak dan Kak Sue, Abang Man tak minat sangat makan benda-benda manis. Tak apa nanti kita bawak pergi makan-makan pulak kan, kalau tak minat makan kek. Selalu memang Abang Man lah peneman Kak Sue pun..

Kek Hari Jadi Dari Hotel Bluewave Shah Alam
Kek Hari Jadi Dari Hotel Bluewave Shah Alam
Hotel Grand Bluewave Shah Alam nie, kadang memang ada promosi tau untuk kek. Pada yang nak sambut hari jadi, ulang tahun ke boleh lah tempah atau beli kat sini. Harga pun sangat berbaloi, rasa kek pun sedap dan bagi Kak Sue keknya tak manis sangat sedang elok aja. Korang boleh telefon dulu buat tempahan dan pilih kek yang korang suka. Lepas tu boleh datang ambik kat hotel, ada disediakan bag lagi, senang nak bawa kan. Meh Kak Sue kongsikan nombor untuk korang yang berminat nak buat tempahan 03 5511 8811, pilih aja kek yang korang nak nanti tinggal ambil aja pada hari yang dijanjikan. Senang kan, okay lah setakat ini dulu kali nie, jumpa lagi nanti.. papai!

You Might Also Like

9 ulasan

  1. hah skali 2 biji trus kn redeem..nanti bole try red velvet cake pn sedap

    ReplyDelete
  2. Sedapnya nampak kak. Lupa nak tanya hari tu kalau ada lebih nk rasa sikit. Haha. Gurau je. Boleh cuba lah nanti kek grand bluewave ni. Menggoda sungguhm

    ReplyDelete
  3. teringin nak pergi sana jugaa wuuu mesti best kan

    ReplyDelete
  4. adoi !! mengundang ni kak.. tengok pun tau sedap.. hee~

    ReplyDelete
  5. Bestnya. Mama suka yg kurang manis mcm ni. Be apa ringgit kak kek dia?

    ReplyDelete
  6. Nampak sedap kek coklat tuu 😍

    ReplyDelete
  7. Kek cheese tuh memg favourite

    ReplyDelete
  8. aduiii x tahan godaan kek kat sini haha tgh puasa plak tu

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.