Selamat Hari Jadi Ibu Dan Adik

Assalamualaikum, hai semua! Selamat Hari jadi Ibu dan Adik! Bulan November nie memang sambutan hari jadi berganda. Ya lah bulan nie Kak Sue dan Adik sambut hari jadi selang sehari aja. 11 tahun dulu, lepas ja Kak Sue sambut harijadi sendiri, pagi esoknya Kak Sue lahirkan Adik. Cuma tahun nie tak sempat nak sambut, sebab plan dah lari sikit. Tak apa lah ingat nanti nak bawa Adik dan keluarga Kak Sue makan-makan kat luar dan biar Adik pilih hadiah yang Adik nak. Macam agak kelam kabut sikit hujung minggu lepas..

Selamat Hari Jadi Ibu Dan Adik
Selamat Hari Jadi Ibu Dan Adik

Hari Jadi Ibu dan Adik

Hari Jadi Ibu dan Adik tahun nie memang belum buat sambutan, cuma Abang Man ada belikan Adik dan Kak Sue kek. Bukan apa, kesian pula selalunya kalau tak buat sambutan pun ada juga keluar makan-makan kan, cuma kali nie belum sempat lagi. Nak pula hari biasa Adik bersekolah kan, kena tunggu hari cuti baru boleh plan. Sekurang-kurang bawa keluar makan dan buat aktiviti sihat yang Adik suka pun cukup lah kan..

Selamat Hari Jadi Ibu Dan Adik
Selamat Hari Jadi Ibu Dan Adik
Pejam celik Adik dah 11 tahun, dah nak remaja dah anak bongsu Ibu yang sorang nie. Ibu tak minta banyak pun cuma, Ibu harap dan berdoa semoga Adik sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah, diterangkan hati, dilancarkan lindah dalam menghafaz, kesihatan yang baik, rezeki yang sentiasa murah, membesar dengan akhlak yang baik dan anak yang soleh, akhir sekali cemerlang dunia, akhirat..  aamiin ya rabbilallamin..

Selamat Hari Jadi Ibu Dan Adik
Selamat Hari Jadi Ibu Dan Adik
Ibu pun sama, makin meningkat usia nie ingat nak kurang-kurang lah kut aktiviti mana-mana yang tak beri manfaat tu, ecey! Sebenarnya Kak Sue diam-diam suruh Abang Man belikan kek untuk Adik, bila sampai kat rumah kat atas kek, tulis Happy Birthday Ibu dan Adik. Terharu juga Kak Sue walaupun Abang Man macam buat tak tahu aja. Malam hari jadi Kak Sue, Abang Man lah orang pertama ucapkan selamat hari jadi pada Kak Sue kat whatsapp tau. Cuma tahun nie tak ada kejutan.. hahaha.. Tak tahu lah nanti-nanti kan, tak kisah sangat pun sebenarnya dah tua-tua nie. cukup dah apa yang Abang Man sediakan.. Alhamdullilah..

Selamat Hari Jadi Ibu Dan Adik
Selamat Hari Jadi Ibu Dan Adik
Semoga Allah sentiasa dekatkan Kak Sue dan keluarga juga kita semua ke jalan diredhai Allah. Tetapkan hati dan imam kita. Dunia nie sementara aja, akhirat yang kekal selamanya. Gurau-gurau juga, suka-suka juga, tapi yang sana harus kita ingat juga kan. Biar lah seimbang dunia dan akhirat. Sekian dulu sembang kali nie, jumpa lagi nanti.. papai!

Post a Comment

3 Comments

  1. selamat hari lahir kak sue.. buat adik juga.. semoga kalian berdua bahagia di jalan Allah.. amin..

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Lahir Kak Sue

    ReplyDelete
  3. selamat hari lahir kak sue dan adik..lama tak jumpa adik..hehe

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️