Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Mencipta Video JOM KREATIF Anjuran PPZ - MAIWP

Assalamualaikum, hai semua! Hujung minggu lepas Kak Sue berpeluang ke Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Mencipta Video JOM KREATIF Anjuran PPZ - MAIWP ( Pusat Pungutan Zakat Wilayah ) yang bertajuk ' Mencari Rezeki yang Berkat'. Pertandingan nie bermula pada 15 Ogos sehingga 30 September 2017. Setiap penyertaan mesti mengunakan telefon pintar dan suntingan boleh menggunakan sebarang perisian dengan durasi video selama 3 minit. Montaj video pula dimestikan menunjukkan logo PPZ-MAIWP dan Coudre Kuala Lumpur yang menjadi penaja hadiah pertandingan mencipta video JOM KREATIF ini..

Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Mencipta Video JOM KREATIF Anjuran PPZ MAIWP
Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Mencipta Video JOM KREATIF Anjuran PPZ - MAIWP

Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Mencipta Video JOM KREATIF Anjuran PPZ

Majlis penyampaian hadiah pertandingan mencipta video JOM KREATIF anjuran PPZ nie dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ - MAIWP iaitu Tuan haji Mohd Rasi bin Haji Alias. Macam Kak Sue bagi tahu kat atas tadi penaja rasmi bagi pertandingan nie ialah dari Cik Puan Emi Hanani binti Mohd Arifin pemilik Boutique Coudre KL. Semoga dimurahkan lagi rezeki kepada pemilik Boutique Coudre nie kan, aamiin ya rabb..

Bagi korang yang suka buat video lain kali kalau ada pihak PPZ MAIWP adakan pertandingan macam nie lagi boleh lah join. Syarat pun macam mudah dan hadiah pun menarik juga kan, mana tahu ada rezeki korang. Semua video pertandingan nie korang boleh tengok di Fb Pungutan Zakat tau. Bagi Kak Sue video yang menang tempat pertama memang layak sebab video beliau memang agak menyentuh hati Kak Sue secara peribadi. Tahniah ya, tahniah juga untuk semua pemenang-pemenang yang lain..

Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Mencipta Video JOM KREATIF Anjuran PPZ MAIWP
Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Mencipta Video JOM KREATIF Anjuran PPZ MAIWP
Antara pemenang yang memenangi pertandingan mencipta video JOM KREATIF pada 10 November 2017 yang lepas ialah

Tempat Pertama

Muhammad Hanif Bin Ngarisan
(Hadiah wang tunai RM2000)

Tempat Kedua

Syahidah Binti Atmin
( Hadiah wang tunai RM1000 )

Anugerah Pilihan Ramai

Muhammad Hanif Bin Ngarisan
( Hadiah Wang Tunai Rm1000 )

Hadiah saguhati pula seramai 9 orang dengan hadiah wang tunai RM500 ialah

Nurmanisya Binti Shahrudin

Muhammad Adam Bin Ibrahim

Muhammad Fairullah Bin Hamran

Mohd Amirul Asyraf Bin Abdul Aziz

Nik Puteri Nur Anis Binti Noor Azmi

Nabeel Fakrur Razy Bin Jufri

Anis Asyikin Bin Alias

Muhammad Zuhaily Bin Razali

Muhammad Norazi Nazreel Bin Mohd Yazid

Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Mencipta Video JOM KREATIF Anjuran PPZ MAIWP
Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Mencipta Video JOM KREATIF Anjuran PPZ MAIWP
Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Mencipta Video JOM KREATIF Anjuran PPZ MAIWP
Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Mencipta Video JOM KREATIF Anjuran PPZ MAIWP
Tahniah sekali lagi pada semua pemenang, semua hebat-hebat dan bagus. Menarik juga kan pihak PPZ-MAIWP adakan pertandingan macam nie. Secara tak langsung dapat memberi ingatan untuk kita semua dalam zaman teknologi nie kan. Kebanyakan dari kita semua lebih banyak tertumpu pada media sosial untuk berita atau apa-apa perkongsian. Jadi bila ada pertandingan macam nie kita boleh tengok perkongsian video dalam talian yang memberi manfaat dan juga nasihat secara santai. Untuk maklumat lebih lanjut korang boleh singgah kat bawah nie ya..

PPZ - MAIWP ( Pusat Pungutan Zakat Wilayah )

Web

Facebook

Instagram

Youtube

Post a Comment

13 Comments

  1. tahniah buat semua pemenang. Best la kak sue...dapat pergi event ppz hahahhaa

    ReplyDelete
  2. Hadiah2 yang ditawarkan amat lumayan. Hadiah saguhati jangan cakaplah...tahniah kepada para pemenang dan berharap agar PPZ meneruskan penganjuran seperti ini di masa hadapan yerr

    ReplyDelete
  3. Hadiah utama dan saguhati amat lumayan. Amat berharap agar PPZ meneruskan penganjuran ini untuk tahun2 berikutnya.

    ReplyDelete
  4. Best kan pertandingan mencipta video ni...Hadiah dia plak lumayan sangat-sangat. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang!

    ReplyDelete
  5. Tahniah buat semua para pemenang. Jom kita cuba next time kak sue ;)

    ReplyDelete
  6. Mmg patut menang pun kalau dah berjaya menunggu Hati org mcm Tu kan

    ReplyDelete
  7. neeza pun setuju dengan pendapat kak sue, sekarang ni semua tentang teknologi dan sosial media. jadi kita kena manfaatlah sebaik mungkin. memang bagus ppz anjurkan pertandingan sebegini dalam menggilap bakat generasi zaman sekarang sekali gus dapat menyampaikan dakwah tentang rukun islam ke empat ni.

    ReplyDelete
  8. Tidak sangka PPZ ada menganjurkan program2 yg sgt bermanfaat yg melibatkan golongan muda. Disamping tu membuat kan hati tersentuh penuh dgn ilmu akhirat. Kkdng walaupun kita istiqamah dlm beribadat ada juga perkara2 wajib yg kita terlps pdng. Apa2pun memang terbaik lah program yg mcm ni sis.

    ReplyDelete
  9. Tidak sangka PPZ ada menganjurkan program2 yg sgt bermanfaat yg melibatkan golongan muda. Disamping tu membuat kan hati tersentuh penuh dgn ilmu akhirat. Kkdng walaupun kita istiqamah dlm beribadat ada juga perkara2 wajib yg kita terlps pdng. Apa2pun memang terbaik lah program yg mcm ni sis.

    ReplyDelete
  10. Sekali cuba nasib, terus menang dua kategori sekali. Memangnya rezeki Allah nak bagi. Apapun tahniah, buat semua pemenang dan juga PPZ-MAIWP serta Coudre KL atas usaha murni ini.

    ReplyDelete
  11. Tahniah kepada pemenang

    ReplyDelete
  12. tahniah buat semua pemenang. menarik juga hadiahnya kan

    ReplyDelete
  13. Tahniah buat semua pemenang....

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️