Musim Durian Dah..

November 09, 2017

Assalamualaikum, hai semua! Semalam Kak Sue dan Abang Man balik sekejap ke kampung Abang Man di Tanjung Keramat, Langkap, Perak. Orang tua Abang Man minta kami balik sebab suruh ambik durian lagi. Ya lah kut lah nak makan durian lagi kan, sebab sebelum nie minggu lepas kami sekeluarga dah balik dah. Masa kami balik minggu lepas buah rambutan tak banyak masak lagi, jadi minggu nie Mak Abang Man suruh balik kalau nak merasa buah rambutan takut minggu depan dah habis. Nak beli sekarang nie durian dah la mahal kan, semua jual kira timbang kilo. Kadang ada juga yang jual kira biji. Nasib lah ada kebun durian sendiri, dapat lah juga kami sekeluarga merasa dan makan puas-puas.. Alhamdullilah..

Musim Durian Dah
Musim Durian Dah

Durian Mahal Dah Sekarang..

Kak Sue ada baca sebelum nie di facebook pasal harga durian yang mahal dah sekarang. Dulu kalau nak beli durian kira longgok, buah yang cantik dan gred A baru jual timbang. Sekarang nie semua buah dah jual timbang. Dengar-dengar harga pun boleh tahan mahal, kesian pada yang teringin nak makan tapi harga kemahin mahal. Ada juga yang Kak Sue baca sebab buah tak banyak macam tahun-tahun dulu sebab tu buah jadi mahal. Tak banyak pokok yang ada buah, jadi bila tak ada bekalan buah pun jadi naik harga..

Musim Durian Dah
Musim Durian Dah - Durian Tembaga
Musim Durian Dah
Musim Durian Dah
Musim Durian Dah
Musim Durian Dah - Rambutan kawin
Seingat Kak Sue pun Abang Man dah beberapa tahun dah tak berniaga jual durian dah disebabkan buah tak banyak dan tak kena pada waktu kami. Macam sebelum nie buah ada, tapi bulan puasa. Kalau bulan puasa tau aja lah, kami setiap hari berniaga di Pasar Ramadhan. Pula tu kalau dalam bulan puasa, jualan buah durian memang akan slow lah. Orang semua puasa, entah bila sempat nak makan durian kecuali lah yang memang kaki durian kan. Sekarang kat kampung Abang Man memang tengah musim buah, setiap minggu ada aja sedara yang bertandang. Rezeki tahun nie pakat dapat merasa semua ahli keluarga..

Musim Durian Dah
Musim Durian Dah
Musim Durian Dah
Musim Durian Dah - Buah Pulasan baru nak masak
Semalam kami balik hari aja, sebab anak-anak semua tak ikut. Sekolah kan, Kakak pun petang nak niaga takut tak sempat pula. Rasanya ada lagi tiga pokok yang ada buah, kata Abang Man dalam masa dua minggu lagi mungkin habis dah semua buah jatuh. Tahun nie memang tak jual lah kut, buat makan sekelurga aja lah. Apapun Alhamdullilah dengan rezeki tahun nie.. memang puas makan. Dapat juga Kak Sue masakkan bubur durian untuk kawan sekolah Adik, seronok depa makan. Pulut durian aja Kak Sue belum buat lagi, yang tu penutup kut untuk musim nie, hehehe.. Okay lah korang, jumpa lagi ya.. papai!

You Might Also Like

13 ulasan

  1. Fulamak kak sue. Fav saya ni. Pos sikit Shah alam kak.. pwweasee..

    ReplyDelete
  2. Nak sikit durian kak sueeee. Sedapnya.lama tak makan durian.

    ReplyDelete
  3. Sedapnya...Allahu...durian..rambutan...pulasan...ntah kak PC suka semua...tak pandai nak jemu...tak makan nasi pun tak pe...pepagi pun sanggup ngadap...tapi ni kat kampung memang tak ada buah...tak berezeki...betul durian mahal....kadang mampu jeling je..kikikikikiki...

    ReplyDelete
  4. Sedapnya..miza mai singgah umah kak su nanti ye. hehehe

    ReplyDelete
  5. Banyaknya buah kak. Untung ada kebun sendiri. Kami ni berkebun kat kedai je heheeh. Durian n rambutan tu fav kami tu.

    Dhia dok zikir nk rambutan aje ni

    ReplyDelete
  6. Saya memang hantu durian dan rambutan

    ReplyDelete
  7. Ada dusun ke ? . Kalau sekarang musin rambutan berbuah .wajib CCL balik kampung .kampung CCL banyak dusun rambutan

    ReplyDelete
  8. dlu kecik2 suka mkn durian tp dh besar ni xtau naper tkleh mkn..bau je nk muntah tp kalo mcm mkn dlm cendol, durian crepe ,serawa durian ok cuma yg tk ok nk mkn ratah tu

    ReplyDelete
  9. SA nak durian kampung alahai..sekarang durian mahal betul la...

    ReplyDelete
  10. Feveret ni..best sbb dpt free je..hehe.. xpyh beli..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.