Assalamualaikum, hai semua. Alhamdullilah, diam tak diam dah masuk 26 tahun dah usia perkahwinan Kak Sue dengan Abang Man. Happy Anniversary Sayangku, terima kasih dengan semua kasih sayang, perhatian dan rasa tanggungjawab yang diberikan sepanjang perkahwinan kita ini. Semoga dikurniakan pahala berpanjangan untuk suamiku. Dan semoga kita terus berbahagia dunia akhirat ya Yang ya..
 |
| Happy Anniversary Sayangku |
Happy Anniversary Sayangku
Walaupun usia perkahwinan dah masuk 26 tahun, tapi masih lah nak meraikan sama macam awal perkahwinan dulu. Ya lah sebagai tanda ingatan ulang tahun perkahwinan kan. Cukup lah walau dengan ingatan dan ucapan memperingati hari yang istimewa antara kami suami isteri. Itu pun dah membahagiakan dah. Tahun nie walau tak ada sambutan atau hadiah macam biasa setiap tahun tapi Abang Man plan nak bawak Kak Sue bercuti berehat-rehat kat Betong, Thailand sempena anniversary kami.
 |
| Happy Anniversary Sayangku |
Kalau kawan-kawan yang dah terbiasa mengikuti Kak Sue kat IGS mesti tau kami dah beberapa kali ride ke Betong dah. Memang kalau ada mas terluang Abang Man akan bawa Kak Sue ride makan-makan, jalan-jalan atau menghadiri kenduri kahwin kawan-kawan ride. Kadang kalau kerap ride ke Betong tu bukan lah apa pun, kadang nak rehat-rehat luangkan masa berdua dan enjoy makanan kat sana. Ye lah, anak-anak dah bekerja dan ada yang sambung belajar jadi boleh lah Ibu dan Abah luangkan masa berdua. Apa yang menarik kat Betong nie, makanannya boleh katakan memang semuanya sedap belaka dan harga pun murah dan berbaloi. Portion pun banyak sangat memang puas makan..
 |
| Happy Anniversary Sayangku |
 |
| Happy Anniversary Sayangku |
Mula-mula tu Abang Man plan nak ride solo kami berdua aja suami isteri. Tapi kebetulan ada kawan ride Abang Man pun kebetulan nak masuk Betong dan nak sambut anniversary juga dengan isteri beliau. Jadinya kami pun quick plan aja ke Betong sehari selepas balik dari ride kenduri kat Johor hari tu. Bertolak awal pagi dan sampai ngam-ngam waktu makan tengahari. Kali nie kami singgah makan tengahari di Gerai D'Laila yang viral tu. Memang puashati makan kat kedai Laila. Semua masakan panas-panas dan sedap. Korang kalau nak ke Betong harus tau kena singgah sini.
 |
| Happy Anniversary Sayangku |
 |
| Happy Anniversary Sayangku |
Kali nie kami pergi pada hari bekerja. Jadi memang santai sangat dan tak bersesak. Abang Man pun memang betul-betul rehat kali nie, banyak mentido ja kat bilik. Bukan apa kalau ride dengan geng Abang Man, memang aktiviti penuh akan disusun. Dah habis berjalan dan makan sambung lagi melepak kat depan bilik borak-borak sampai awal pagi. Ini bila dah berdua dengan kawan sekejap aja lah berborak kemudian masing-masing masuk tidur awal. Kebetulan pula hujan lebat sebelah malam pada hari kami sampai tu, memang lepak kat bilik aja lah kami semua.
 |
| Happy Anniversary Sayangku |
 |
| Happy Anniversary Sayangku |
Kali nie kami lepak kat Betong 3 hari 2 malam. Tak kemana sangat pun kali nie sebab dah beberapa kali datang kan. Cuma sebelah petang kami lepak cafe baru buka area pekan Betong. Dan macam biasa, sebelum keluar dari Betong, aktiviti Kak Sue memborong dulu lah barangan makanan seperti burger, kekacang, lepas tu air minuman macam susu atau teh Thai untuk anak-anak. Dan macam biasa juga kalau masuk Betong nak tak nak mesti akan TERsangkut beli baju ride. Kebetulan ada yang menarik pula, apalagi sambar lah sepasang untuk kami suami isteri.
 |
| Happy Anniversary Sayangku |
 |
| Happy Anniversary Sayangku |
Maka selesai lah cuti-cuti Anniversary kat Betong. Apapun Kak Sue bersyukur dengan rezeki yang Allah kurniakan tahun nie, dapat luangkan masa berdua dengan Abang Man seperti yang dirancangkan. Walaupun seperti yang Kak Sue kongsikan sebelum ini, beberapa tahun lepas kami sekeluarga di uji dengan ujian yang menyedihkan beberapa hari kami nak sambut hari anniversary kami tapi Kak Sue bersyukur kesan dari ujian tu makin lama makin membuat Kak Sue lebih tenang dan redha dengan ketentuanya. Sakit tu pasti ada, dan takan pernah sembuh pun luka dalam hati..
 |
| Happy Anniversary Sayangku |
 |
| Happy Anniversary Sayangku |
Sebenarnya kadang-kadang masih lagi ada rasa berdebar dalam dada, masih lagi rasa berpeluh tiba-tiba dan masih ada rasa sedih dalam hati nie setiap kali mengimbau balik ujian itu tapi Kak Sue cuba kuatkan dan tabahkan hati. Ya lah kan, hidup perlu diteruskan. Mana mungkin seorang Ibu sanggup melihat dan berdiam diri anak sendiri tercedera dek kerana tingkah laku jahat orang lain kan. Dan semoga Allah lembutkan hati Kak Sue redha dan ikhlaskan ujian yang satu nie. Takan pernah lupakan pun, cuma belajar ikhlaskan berdamai dengan takdir. Memaafkan mungkin boleh seikhlasnya satu hari nanti, melupakan tidak sekali-kali..
 |
| Happy Anniversary Sayangku |
 |
| Happy Anniversary Sayangku |
Okay lah, cukup cerita untuk kali nie. Setiap kali cerita annivesary mesti terselit cerita sedih kami. Nak buat macamana kan, ambil masa untuk sembuh. Akhir sekali, sekali lagi Happy Anniversary sayangku. Semoga kita terus dapat sambut Anniversary kita untuk tahun-tahun yang akan datang lagi. Terus menua sama-sama. Semoga kita sekeluarga sentiasa saling mendoakan dan sayang menyayangi. Menerima seadanya dan terus berbahagia dunia akhirat ya Yang. Aamiin Ya Mujib.
 |
| Happy Anniversary Sayangku |
Terima kasih bawa isteri mu ini jalan-jalan dan cuti-cuti. Semoga dikurniakan rezeki yang lebih banyak dan tanpa henti seperti air zam-zam yang mengalir. Aamiin Ya Mujib. Lain kali bawak lagi hokay. Me love you mucho Yang! 🤍🫶🏻
2 Comments
Semoga terus diberkati dan berkekalan...
ReplyDeleteTahniahnyer.
ReplyDeleteEppi annibersari.
Semoga kekal bahagia selamanya.
Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️