Assalamualaikum, hai semua! Beberapa minggu lepas Kak Sue sekeluarga sempat lah jalan-jalan pusing ke Jambatan Teringgi di Malaysia Rawang Bypass. Tak jauh pun dari rumah Kak Sue kalau ikut Highway Latar. Lepas kami makan-makan tempat biasa Cendol Bawah Pokok, Abang Man saja bawa kami pusing-pusing ke Jambatan Tertinggi di Malaysia, macam menarik ja tengok dari jauh. Kereta pun banyak bersusun tepi-tepi jalan nak tengok pemadangan dari atas kan..

Jambatan Tertinggi di Malaysia Rawang Bypass
Jambatan Tertinggi di Malaysia Rawang Bypass

Jambatan Tertinggi di Malaysia Rawang Bypass

Kalau dari Latar Highway, korang kena buat u-turn untuk naik ke jambatan. Kebetulan masa kami sekeluarga pergi sana, hujung minggu. Kereta pun banyak sikit lah, semua pakat nak naik atas nak tengok pemandangan dari Jambatan Tertinggi di Malaysia. Kak Sue tak tahu lah dapat nak turun dari kereta atau tak, sebab Kak Sue gayat orangnya.. mau berpeluh tapak tangan dan kaki jap lagi.. hahaha..

Jalan pintas Rawang sepanjang sembilan kilometer nie bakal menjadi mercu tanda baru negara kita sebab jambatan nie mempunyai ketinggian 58.2 meter dari aras tanah. Projek jambatan nie menelan belanja RM628 juta menggunakan teknologi dari Eropah. Mula dibina pada 16 Julai 2005 dan siap sepenuhnya pada 21 November 2017, sumber nie Kak Sue baca di Kosmo Online. Banyak juga kos nak siapkan jambatan nie ye.. huhuhu.. Katanya jambantan nie dapat kurangkan sesak di kawasan Rawang. Harap macam tu lah..

Jambatan Tertinggi di Malaysia Rawang Bypass
Jambatan Tertinggi di Malaysia Rawang Bypass - patah balik nie, nak hujan..
Jambatan Tertinggi di Malaysia Rawang Bypass
Jambatan Tertinggi di Malaysia Rawang Bypass - betul-betu kat tengah jambatan


Sampai aja kat atas jambatan, bahagian tengah tu.. ternyata Kak Sue tak mampu nak keluar. Dah mula rasa berpeluh dan cemas, penyakit gayat dah datang.. hahaha! Abang Man dan anak-anak aja keluar tengok-tengok pemandangan dari atas. Siap bergambar bagai, dah puas depa tengok pemandangan kami pun terus jalan ke depan lagi sebab nak pusing balik kan. Dekat-dekat situ memang tak ada jalan untuk buat pusingan U. Tak apa lah, boleh kita ronda-ronda petang.. ehehe..

Lepas kami pusing balik, Abang Man berhenti lagi kat tengah jambatan nak tengok pemandangan sebelah sini pulak. Hadoi la, yang kita takut tapi nak tengok juga. Akhirnya turun la sekejap sambil terjerit kegayatan, sempat snap gambar Abang Man lagi tau. Takut-takut berani katanya.. hahaha! Bagi korang yang nak balik kampung, rasa Kak Sue ke Perak dan Pahang boleh lalu sini kut. Tak payah tempoh pekan Rawang dah. Pekan Rawang tu kalau jem boleh tahan tahap nak muntah juga.. Mana yang belum datang nak tengok pemadangan dari atas nie, boleh lah datang, jambatan dah siap dah wei.. hahaha! Jangan lupa selpie.. jumpa lagi, papai!