Assalamualaikum, hai semua! Hari tu Kak Sue ada kongsikan pasal gaya baru Soho Kak Sue kan. Haa.. sekarang Soho dah siap dah. Kak Sue beli barang sikit-sikit lepas tu minta Abang Man tolong pasangkan rak. Sebelum nie Kak Sue beli board dulu, kemudian meja dan akhir sekali hari tu Kak Sue beli rak. Terima kasih sayang tolong pasangkan ya, Kak Sue susun dan hias sendiri ja ikut sedap mata sendiri kan. Baru lah semangat sikit nak buat kerja atau ber bloging.. ehehe..


soho dah siap
Soho Dah Siap

Soho Kak Sue Dah Siap

Soho Kak Sue dah siap tak berapa lama lepas Kak Sue kongsikan dengan korang kat sini Gaya Baru Soho Kak Sue tu. Sebelum nie Kak Sue guna meja komputer yang biasa, kali nie Kak Sue tukarkan ke meja dan tambah rak dari Ikea warna putih. Warna putih nie bagi Kak Sue nampak bersih dan kemas. Sedap mata memandang.. cuma memang nak kena jaga lebih lah sebab kalau kotor memang nampak menyerlah gitu.. Kena lebih rajin..


soho dah siap

Barang-barang hiasan lain memang dah ada sebelum nie. Macam board yang Kak Sue lekat-lekat gambar tu Kak Sue dah tak ingat samada beli di Ikae atau Kaison. Sebab dah lama beli board tu baru sekarng nak gantung. Tempat letak buku putih tu Kak Sue beli di Daiso. Semua barang tak ada lah mahal pun, kita kena pandai suai padan kan. Ktiga-tiga tempat nie memang jadi kegemaran Kak Sue nak cari barang hias rumah..


soho dah siap


Setakat nie Kak Sue memang berpuashati dengan Soho Comel Kak Sue nie. Nanti ada rezeki lagi boleh tambah-tambah. Bila tempat kita buat kerja kemas dan bersih, kita pun rasa tenang dan selesa kan. Sampai sini dulu kali nie, jumpa lagi entri yang lain.. papai!