Resepi Puding Milo Oreo

Assalamualaikum, hai semua. Cuaca panas macam sekarang memang sedap kalau dapat makanan yang sejukkan tekak dan badan kan.  Oleh sebab tu lah Kak Sue nak kongsi resepi Puding Milo Oreo dengan korang kali nie. Sedap makan bila baru keluarkan dari peti ais nanti. Bahan senang aja nak cari, nak buat pun senang ja korang. Jom lah Kak Sue kongsikan kat bawah nie resepi Puding Milo Oreo nie dengan korang jom..

Resepi Puding Milo Oreo
Resepi Puding Milo Oreo

Resepi Puding Milo Oreo

Sebenarnya kan resepi nie Kak Sue dapat dari sepupu Kak Sue yang kami panggil Kak Long. Nampak sedap dan menarik aja bila Kak Sue kongsi di Facebook hari tu. Teringin pula nak buat, setakat nie dah dua kali sebenarnya Kak Sue buat Puding Milo Oreo nie dah. Kali nie saja lah nak kongsi lagi pun ada kawan-kawan tanya resepi jadi jom kita tengok bahan yang korang kena siapkan jom..

Puding Milo Oreo

Bahan-bahan :
10 gram agar-agar serbuk
150 gram gula
1 tin susu cair
1 peket kecil milo
750ml air

Cara-cara :
Panaskan air, kemudian masukkan agar-agar serbuk
Kacau sehingga larut
Kemudian masukkan gula, kacau sehingga larut juga
Masukkan pula susu cair, kacau sehingga mendidih
Kemudian bila bancuhan tadi dah masak, bahagikan kepada dua bahagian
Masukkan milo dalam satu bahagian kacau sehingga larut
Kalau milo tak larut boleh lah kacau kat atas api tau
Kemudian tuang separuh bahagian ke dalam acuan
Tunggu sehingga agar-agar sedikit keras, kemudian tuang bahagian putih pula di atas
Patahkan orea ikut size yang sesuai kemudian masukkan dalam larutan tadi
Pastikan oreo tadi tenggelam
Akhir sekali tuang bancuhan lebihan milo tadi untuk layer yang terakhir
Ratakan supaya kemas dan cantik
Kemudian boleh lah masukkan dalam peti sejuk dalam sejam
Sedia dah untuk dihidangkan





Keep Reading»

Carrie Junior Bubbly Bar Terbaru

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi dengan korang Carrie Junior Bubbly Bar Terbaru yang mula ada kat pasaran dah pun sekarang. Sebelum nie ada mandian yang biasa tu ja kan tapi kali nie ada Carrie Junior Bubbly Bar terbaru yang akan menjadikan masa mandi lebih menyeronokkan bersama anak-anak kita..

Carrie Junior Bubbly Bar Terbaru
Carrie Junior Bubbly Bar Terbaru

Carrie Junior Bubbly Bar Terbaru

Dengan Carrie Junior Bubbly Bar terbaru masa mandi akan jadi lebih daripada rutin  biasa, masa mandi juga boleh jadi masa yang tepat dan berharga untuk mengeratkan hubungan kita dan anak. Masa mandi boleh jadi masa manfaat untuk kita dengan belaian kasih sayang yang lebih dari kita sebagai ibu bapa atau penjaga. Aktiviti mandi juga dapat bantu si manja kiya berehat dan setiap sentuhan fizikal berikan mereka perasaan yakin dalam kasih sayang dari ibu bapa mereka..

Carrie Junior Bubbly Bar Terbaru
Carrie Junior Bubbly Bar Terbaru
Macam yang kita tau sebelum nie, Carrie Junior adalah satu jenama yang dipercayai dalam kelengkapan mandian kanak-kanak dengan memperkenalkan rasa seronok masa mandi dengan Carrie Junior Bubbly Bar. Produk Carrie Junior Bubbly Bar terbaru nie memberikan pengalaman baru yang lebih menyeronokkan di dalam bilik mandi. Lebih menarik sabun buku mandian baru nie datang dengan hiasan imej 3D Carrie yang timbul dipermukaan sabun dan ada tiga pilihan warna terang dan menarik iaitu merah jambu, hijau dan biru sesuai dengan setiap variannya.

Carrie Junior Bubbly Bar nie merupakan sabun Gliserin yang jadikan lebih lembut pada kulit dari sabun pilihan lain.  Gilserin nie dibuat dari minyak tumbuhan semulajadi dan mempunyai pH lebih rendah dari sabun yang lain. Selain dari tu ia juga bertindak sebagai humektan yang memberikan kelembapan pada kulit biar terhaidrat sepanjang masa. Ia juga tak menjadikan kulit berminyak dan menjadikan kulit lebih lembut.

Carrie Junior Bubbly Bar Terbaru
Carrie Junior Bubbly Bar - Checky Cherry

Carrie Junior Bubbly Bar Terbaru
Carrie Junior Bubbly Bar - Double Milk

Carrie Junior Bubbly Bar Terbaru
Carrie Junior Bubbly Bar - Groovy Grapeberry
Carrie Junior Bubbly Bar nie juga diuji secara dermatologi, sesuai untuk semua jenis kulit, sangat lembut dan tak mengkasarkan kulit. Ada tiga pilihan aroma buah-buahan iaitu Groovy Grapeberry, Cheeky Cherry dan Double Milk. Ia juga dirumus khas dengan kandungan istimewa Fruito-E gabungan semulajadi ekstrak buah-buahan dan diperkaya dengab vitamin dan nutrient bagi membantu subur dan lembapkan kulit. 

Sekarang nie anak-anak bukan aja seronok dalam bilik mandi dengan Carrie Junior Bubby Bar tapi ada juga mainan rahsia dalam setiap kotak. Korang boleh dapatkan produk nie di kedai runcit utama, pasar raya dan pasar besar di seleuruh negara dengan berat 100gm dengan harga RM4.00 (Semenanjung Malaysia) dan RM4.20 (di Sabah Sarawak) setiap satu.

Carrie Junior Bubbly Bar Terbaru
Carrie Junior Bubbly Bar Terbaru



Keep Reading»

Sambutan Hari Jadi Abang

Assalamualaikum, hai semua. Baru-baru nie sempat Abang Man plan mengejut Sambutan Hari Jadi Abang. Punya lah lewat nak buat sambutan hari jadi Abang sebab memang bulan lepas Abang Man sibuk sangat dengan event dan berniaga luar. Sampai tak sempat nak buat bulan yang sama hari jadi Abang. Apapun rasa puashati bila akhirnya dapat juga kami berkumpul sekeluarga makan-makan meraikan Abang tanda kasih sayang kami..

Sambutan Hari Jadi Abang
Sambutan Hari Jadi Abang

Sambutan Hari Jadi Abang

Sambutan Hari Jadi Abang kali nie kami buat makan-makan di D'Manggis Steamboat & BBQ Cafe kat Kuang. Kali nie kami bawa sekali pembantu Abang Man dan kawan-kawan Abang. Saja bagi meriah lagipun nak belanja depa makan sesekali apa salahnya kan. Seronok sikit Abang tu kalau ada geng, meriah lah sikit..

Sambutan Hari Jadi Abang
Sambutan Hari Jadi Abang
Sebelum ke sana petang tu Kak Sue dah buat tempahan untuk kami semua. Abang pun tak tau lagi, bila selesai Kak Sue cari barang di Kaison Melawati terus balik jemput Abang dan kawan-kawan. Depa pun tak tau kami nak kemana sebab Abang Man cuma bagi tau ada hal nak jumpa semua. Siap cuak lagi kawan Abang.. biasa kalau ada Ibu sekali harus lah nak kena sound kut nie.. hehehe.. tau takut..

Kami sampai lewat sikit, tapi Alhamdullilah orang tak ramai sangat. Tempat pun banyak lagi kosong. Terus suruh depa semua ambik apa nak makan. Sambil makan dapat lah sembang-sembang kosong dan selitkan nasihat. Kak Sue dan Abang Man pun dah anggap depa semua macam anak sendiri dah. Harap semua baik-baik ja semua nanti. Biasa lah budak-budak remaja sekarang.. tak boleh keras dan tegas sangat, tak boleh lembut sangat.. Kena pandai-pandai lah kita sebagai ibu bapa kan..

Sambutan Hari Jadi Abang
Sambutan Hari Jadi Abang
Alhamdullilah untuk sambutan hari jadi Abang tahun nie. Walau tak semeriah tahun lepas tapi puashati dapat gembirakan hati Abang. Ye lah bila Tok Pah dah tak ada nie, semuanya jadi suram. Apapun harap Abang tahu walau apapun Abang buat, apapun yang jadi kami semua sentiasa sayang Abang dunia akhirat. Bila Ibu dah tak ada nanti dan Abang baca entri nie Ibu nak Abang tahu.. redha dan kasih sayang Ibu pada Abang hanya Allah saja yang tau.. Ibu love you so much nak..









Keep Reading»

SlingApp Membantu Mencari Pekerjaan

Assalamualaikum, hai semua. Kak Sue nak kongsi dengan korang satu aplikasi baru iaitu SlingApp membantu mencari pekerjaan. Haa.. menarik kan sekarang nie semua senang dan dihujung jari aja. Tinggal rajin tak rajin aja kita nak usaha. Jom Kak Sue nak cerita lebih lanjut lagi tentang SlingApp nie jom..

SlingApp Membantu Mencari Pekerjaan
SlingApp Membantu Mencari Pekerjaan

SlingApp Membantu Mencari Pekerjaan

Aplikasi SlingApp nie ialah satu aplikasi membantu mencari pekerjaan yang mencatatkan pertumbuhan terpantas di Malaysia dan mensasarkan lebih satu juta padanan kerja dari 10 jenis industri untuk golongan muda berusia antara 18 hingga 30 tahun menerusi usahasama terbaru dengan program eRezeki yang dilancarkan oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), satu program untuk membantu isi rumah berpendapatan rendah supaya dapat meningkatkan taraf hidup dengan membuka peluang mencari pendapatan menerusi platform digital.

Dikenali sebagai 'Tinder untuk pekerjaan'. SlingApp membantu golongan muda mencari pekerjaan bertaraf bukan eksekutif sama ada sepenuh masa, separuh masa atau latihan amali (internship) dengan mudah. Pengguna kini boleh layangkan (swipe) ke kiri atau kanan dan mendapatkan padanan dengan bakal majikan daripada pelbagai industri sepertu syarikat baru (startup), teknologi, industri makanan, perkhimatan pelanggan, kecantikan dan kesihatan, peruncitan, kewangan dan pelbagai lagi menerusi aplikasi ini.

Pengasas bersama SlingApp, Teh Tian Ji berkata, "Selepas perlantikan rasmi sebagai rakan kongsi program eRezeki, sebuah inisiatif kerajaan bawah MDEC pada 15 November 2018, berhasrat untuk melancarkan pelbagai kempen untuk mendekati golongan B40 di seleuruh negara untuk mendaftar dan mendapatkan padanan pekerjaan. Mereka juga mensasarkan menjelang penghujung tahun 2019, terdapar lebih satu juta padanan kerja direkodkan menerusi inisiatif ini. Ini boleh membuka lebih banyak peluang pekerjaan berbentuk digital untuk mengisi kekosongan dalam pelbagai industri".

SlingApp Membantu Mencari Pekerjaan
SlingApp Membantu Mencari Pekerjaan

Untuk info korang, sejak pelancarannya pada tahun 2017, SlingApp telah berjaya memadankan 40,000 orang belia dengan lebih 2,000 syarikat termasuk jenama global besar seperti Digi Communucations, AEON, Mary Kay, Sushi King, Tony Roma's dan Public Mutual. Majikan tersebut telah menfiklankan lebih daripada 5,000 jawatan kosong di aplikasi tersebut. Apa yang menariknya, golongan belia dalam lingkungan usia antara 21 dan 26 tahun menyumbang sebanyak 58% pada pangkalan data penggunadi SlingApp.


Sejak pelancarannya pada tahun 2017, SlingApp telah berjaya memadankan 40,000 orang belia dengan lebih 2,000 syarikat termasuk jenama global besar seperti Digi Communications, AEON, Mary Kay, Sushi King, Tony Roma’s dan Public Mutual. Majikan tersebut telah mengiklankan lebih daripada 5,000 jawatan kosong di aplikasi tersebut. Apa yang menariknya, golongan belia dalam lingkungan usia antara 21 dan 26 tahun menyumbang sebanyak 58% pada pangkalan data pengguna di SlingApp.

Proses saringan pertama sebelum memilih mana-mana calon kini dipermudahkan dengan pengenalan ciri-ciri Auto-Interviu (AI) yang membantu majikan mendapatkan maklumat lanjut dengan menghantar 5 soalan khas kepada calon sebaik sahaja mendapat padanan. Lebih daripada 72% calon yang melalui proses AI ini berjaya menjimatkan masa sehingga 70% berbanding teknik temuduga tradisional.

SlingApp Membantu Mencari Pekerjaan
SlingApp Membantu Mencari Pekerjaan

Selain dari tu menariknya lagi menurut Lucas Wong, Pengasas Bersama SlingApp satu lagi ciri-ciri unik pada aplikasi ini adalah ketetapan mencari pekerjaan mengikut lokasi yang ditentukan sehingga 30km radius untuk memudahkan calon dari segi perjalanan. Ciri-ciri mengikur lokasi ini berguna bukan saja kepada calon temuduga tapi juga pelajar yang mencari peluang latihan amali di pelbagai sayrikat. Bayangkan, betapa mudahnya untuk menghantar permohonan dan mendapat padanan tanpa perlu tunggu lama di syarikat yang terdekat dengan rumah atau univesiti korang bawah tempoh satu minit..

Dalam masa terdekat juga, SlingApp mensasarkan untuk meluaskan carian pekerjaan di luar kawasan Lembah Klang tau, termasuk Pulau Pinang dan Johor. Mereka juga berhasrat untuk kembangkan operasi di negara jiran seperti Singapura, Thailand, Indonesia dan Filipina. Haa.. menarik kan korang. Jadi mana-mana yang tengah cari kerja tu boleh lah cuba guna aplikasi nie ya.

Untuk lebih detail korang boleh lah singgah kat sini www.slingapp.my









Keep Reading»

Kelapa Laut Man Java

Assalamualaikum, hai semua. Lama juga kan Kak Sue tak kongsi bisnes kecil kami pati Kelapa Laut Man Java. Sebenarnya order ada aja setiap bulan, kadang tiap minggu pun ada. Cumanya tak sempat nak kongsi kat sini. Sekarang nie cuaca panas sangat kan, sedap kalau dapat minum air Kelapa Laut Man Java nie tau. Bukan apa kami ada campur bahan sejukkan badan sekali dalam produk kami tu.. InsyaAllah dengan izin Allah sejuk segar nanti.. hehehe.. kasi can promote sikit tau..

Kelapa Laut Man Java
Kelapa Laut Man Java

Kelapa Laut Man Java

Bila cuaca panas macam nie Alhamdullilah rezeki kami peniaga air nie memang laju lah sikit, tapi kalau musim hujan sendiri mau tahu lah kan.. hehehe.. Sebenarnya Allah dah susun cantik dah rezeki untuk kita semua kan. Masing-masing Ada bahagian dah. Alhamdullilah juga sekarang nie salah satu pesanan pelanggan pati Kelapa Laut Man Java yang kami nak kena siapkan ialah kilang yang Kak Sue pernah bagi tau kat sini dulu. Dah tiga kali repeat order juga dah..

Kilang tu rebranding balik pati Kelapa Laut Man Java dan dah mula dipasarkan dah. Korang boleh lah cuba kat kawasan korang nanti tau. Kak Sue pun belum tahu sepenuhnya kat mana depa pasarkan tapi kalau area TBS nie rasanya mungkin dah ada kut bawah jenama Assafa. Orang Melayu kita juga yang pasarkan nie, harap kerjasama nie berpanjangan lah kan. Saling bantu membantu ekonomi orang kita.

Kelapa Laut Man Java
Kelapa Laut Man Java
Kelapa Laut Man Java
Kelapa Laut Man Java
Untuk order bulan puasa pun ada peniaga dah mula confirm nama dan tempat. Kami akan kekalkan peniaga lama yang masih nak gunakan produk kami tapi akan buka beberapa tempat untuk peniaga baru juga nanti. Biasanya macam tahun-tahun sebelum nie kami akan mula bagi tau bila boleh mula buat pesanan. Tak nak kelam kabut kan bukan sikit nak kena siapkan dan hantar. Harap pembekal dan peniaga dapat beri kerjasama yang baik tahun nie..

Macam biasa juga Kak Sue nak bagi tau selain pati Kelapa Laut, kami juga ada bekalkan Air Kedondong Asam Boi dan Air Durian Belanda. Korang kalau ada yang nak cuba atau nak rasa produk kami baik untuk minum sendiri, berniaga atau untuk tempahan sebarang majlis boleh klik banner kat atas blog Kak Sue nie atau hubungi Abang Man dan Kak Sue ya. Nanti Kak Sue kongsikan detail kat bawah nie ya. Rezeki sama dikongsi..

Man Java Enterprise

No Tel
012 5854998 / 012 5844736

Email
skabdy@yahoo.com


Keep Reading»

Gel Mandian Wangian Echanteur Paris Terbaru

Assalamualaikum, hai semua. Lama Kak Sue menyepi dengan produk pilihan kan, kali nie Kak Sue nak kongsi dengan korang Gel Mandian Wangian Echanteur Paris Terbaru. Selalunya kalau produk dari Echanteur nie memang teruja sikit sebab boleh kata ada banyak pilihan wangian untuk orang perempuan macam kita nie. Jadi untuk kali nie Kak Sue nak kongsi Gel Mandian Wangian Echanteur Paris terbaru pula dengan korang..

Gel Mandian Wangian Echanteur Paris Terbaru
Gel Mandian Wangian Echanteur Paris Terbaru

Gel Mandian Wangian Echanteur Paris Terbaru

Gel Mandian Wangian Echanteur Paris Terbaru.. belaian romantis mandianmu. Amboi kemahin lagi kan. Korang jangan tak tau wangian Echanteur nie boleh menghidupkan suasana dan menenangkan jiwa tau. Dapat menikmati belaian lembut masa mandi bagi menghilangkan tekanan dan kesibukan sepanjang hari, antara rutin harian yang wajib diamalkan para wanita macam kita nie. 

Sebaik saja kita jejakkan kaki di bawah pancuran bilik mandi, sentuhan gel mandian dengan wangian yang menyerap lembut beri ketenagan minda dan jiwa yang menjadikan saat waktu bermanja dan bersendiri yang paling menyenangkan.. best kan.. Waktu nie lah kita nak manja-manjakan diri kita..

Apakah yang membuatkan masa mandian itu mewah? Memilih gel mandian yang sesuai adalah faktor utama, dan menjadikannya lebih menarik ialah menggunakan gel mandian yang diadunkan dengan wangian mempersona macam Echanteur nie. Bayangkan perasaan tenang yang menyusup masuk bila pintu bilik mandi kita tertutup rapat.. dan bila pancuran air suam yang mengalir kembalikan semula kesegaran. Bunyi titisan air mencipta melodi halus yang menenangkan minda juga kemanisan aroma dari gel mandian yang memukau dan buih-buih lembut yang membelai kulit, melengkapkan masa mandian termewah..

Gel Mandian Wangian Echanteur Paris Terbaru
Gel Mandian Wangian Echanteur Paris Terbaru
Sememangnya adalah masa terapeutik yang dapat segarkan dan caskan semula tenaga kita yang hilang sebab tekanan sepanjang hari. Biasa lah kita orang perempuan.. memang macam-macam nak siapkan kerja yang tak habis-habis kan.. Untuk memberi wanita lebih peluang untuk manjakan diri, Echanteur wangian yang diilhamkan Perancis paling laris dan digemari ramai nie memperkenalkan Gel Mandian Wangian Enchanteur Paris. 

Diadun dengan wangian Perancis, rangkaian mandian nie merangsangkan deria dan menjadikan setiap waku mandian kita satu pengalaman yang mewah. Formulasi bebas sabun dan paraben nie diperkaya dengan bahan berkhasiat yang mampu berikan manfaat pada kulit, melembapkan, melembutkan sambil membersihkan juga kulit kita agar kulit kekal sihat dan wangi..

Dengan Gel Mandian Wangian Echanteur Paris saat bermanja untuk tubuh badan dan minda kita lebih menyeronokkan. Gel Mandian Wangian Echanteur Paris, boleh didapati dalam tiga variasi setiap satunya diadun dengan wangian Echanteur Paris yang sangat disukai dan diperkaya dengan ramuan uniknya tersendiri.

Gel Mandian Wangian Echanteur Paris Terbaru
Gel Mandian Wangian Echanteur Paris Terbaru

1. Gel Mandian Wangian Echanteur Paris - Belle Amour Bright & Smooth (Mencerah & Melicin)
Serlahkan kelembutan kulit dengan adunan sebati pati wangian bunga Lily dan Ylang-ylang. Diperkaya dengan pati minyak mawar dan vitamin B3, ia menjadikan kulit kita lebih halus, cerah dan menawan.

Gel Mandian Wangian Echanteur Paris Terbaru
Gel Mandian Wangian Echanteur Paris Terbaru

2. Gel Mandian Wangian Echanteur Paris - Mom Amie Fresh & Cool (Menyegar & Menyejuk)
Tingkatkan daya tarikan dengan personaliti ceria dan menyegarkan dengan gabungan wangian Fresh Citrus dan Pink Peonies. Diperkaya dengan pati minyak Lemon dan Menthol, ia memberikan kulit kita sensasi menyegarkan sesui untuk temujanji kasual.
Gel Mandian Wangian Echanteur Paris Terbaru
Gel Mandian Wangian Echanteur Paris Terbaru

3. Gel Mandian Wangian Echanteur Paris - Adore Soothe and Care (Menenang & Melega)
Serlahkan diri dengan gabungan wangian Pink Mimosa dan Golden Pear. Diperkaya dengan esktrak Chamomile bagi melegakan tekanan dan membetikan perasaan tenang pada kulit serta tubuh badan, membolehkan kita berehat selepas hari sibuk.
Gel Mandian Wangian Echanteur Paris Terbaru
Gel Mandian Wangian Echanteur Paris Terbaru

Tidak ada yang lebih baik daripada menikmati waktu belaian romantis mandian berkualiti. Selain itu mandian nie juga memberikan keselesaan fizikal dan mental supaya kita dapat merehatkan diri selepas sibuk seharian. Saat terindah yang melegakan waktu tidur atau memulakan hari kita dengan Gel Mandian Wangian Echanteur adalah masa yang paling diraikan setiap hari.

Gel Mandian Wangian Echanteur Paris nie boleh didapati dalam saiz 750gram. Harga pula korang boleh dapatkan dengan harga RM16.75 (Semenanjung) dan RM17.55 (Sabah/Sarawak). Boleh didapati di pasaraya besar dan pasaraya terkemuka seluruh negara. Jom wangi-wangi..





Keep Reading»

Resepi Siakap Kengsom

Assalamualaikum, hai semua. Lama Kak Sue tak kongsi masakan kat sini kan. Mencari balik kekuatan yang hilang sebenarnya. Walaupun masih dalam mood sedih tanggungjawab yang satu nie pada suami dan anak-anak Kak Sue tak lupakan. Masih macam biasa aja korang. Kali nie Kak Sue nak kongsi resepi Siakap Kengsom pula kat sini untuk idea ibu-ibu atau peminat makanan Thailand. Mudah sangat resepi Siakap Kengsom nie, bahan tak banyak dan mudah nak cari. Dengan cuaca panas sekarang nie sesuai sangat kalau nak cuba tau..

Resepi Siakap Kengsom
Siakap Kengsom

Resepi Siakap Kengsom

Resepi Siakap Kengsom nie Kak Sue dapat dari website Rasa. Sebelum nie pertama kali Kak Sue cuba rasa masakan nie di rumah ipar adik Kak Sue si Sue Aina tu. Tertanya juga apa nama masakan nie, nak kata asam pedas bukan, tapi lebih kurang rasa macam tu juga lah. Masa Kak Sue makan tu tinggal kuah dan ikan aja, kangkung tak ada. Ikutkan katanya kena ada kangkung baru sedap..

Kalau korang macam tak ada selera kalau masak resepi nie mesti bertambah makan. Sebabnya ada rasa masam-masam pedas tu memang menaikkan selera tau. Jom lah tengok resepinya jom.. tapi ada dua, tiga bahan yang Kak Sue tak letak sebab tak ada stok kat rumah. Nanas pula sebab kurang makan, kalau buah yang fresh makan lah juga. Kalau letak dalam masakan kang depa tak makan sayang je kan. Jadi kita letak kangkung banyak-banyak. Sedap wei..

Siakap Kengsom

Resepi Asal : Puan Nur Hidayah

Bahan-bahan
1 ekor ikan Siakap - boleh gantikan dengan ikan Kerapu
2 biji cili merah - buang biji *
15 biji cili api *
1 inci kunyit hidup *
1 biji bawang besar *
2 biji bawang merah * (Kak Sue tak letak)
2 ulas bawang putih *
1 batang serai *
1 inci belacan *
1 biji limau nipis - ambil jusnya. (Kak Sue guna serbuk limau dari Maggie)
Air asam jawa secukup rasa
Nanas masak secukupnya - (Kak Sue tak letak)
Kangkung secukupnya

Cara-cara :
Kisar bahan yang bertanda * tadi
Masukkan bahan kisar tadi dan juga nanas dalam periuk 
Masakkan bahan tadi sampai mendidih, kemudian masukkan air asam jawa
Perasakan garam dan gula ikut selera korang
Kemudian boleh lah masukkan ikan dan biar masak
Akhir sekali masukkan kangkung dan perahan limau tadi
Tutup api dan sedia untuk dihidangkan

Keep Reading»

Happy Birthday Abang

Assalamualaikum, hai semua. Tahun nie umur Abang cukup 17 tahun, dah boleh ambik lesen dah. Pejam celik sekejap ja dah besar anak teruna Ibu yang seorang nie. Walaupun masih dalam suasana sedih dengan permergian Tok Pah tapi kami sekeluarga tetap meraikan Abang secara kecil-kecilan tanda ingatan dan kasih sayang. Happy Birthday Abang Ibu mendoakan semoga semuanya baik-baik ja untuk Abang tahun nie ya.. tak mau nak nakal-nakal tau, be good okay..

Happy Birthday Abang
Happy Birthday Abang

Birthday Abang Yang Ke 17 Tahun

Sambutan birthday Abang yang ke 17 tahun nie kami belum plan lagi nak sambut kat mana. Cuma masa malam birthday Abang tu kami ada buat kejutan masa Abang baru balik dari luar. Kelam kabut tutup lampu bagi gelap rumah, bila Abang buka ja pintu terus kami nyanyi lagu Happy Birthday sama-sama sambil pegang kek birthday Abang. Terkejut, terkebil-kebil Abang Kak Sue tengok.. macam sebak pun ada.. Menjadi kejutan kami juga kejutan kami kali nie.. hehehe..

Kak Sue sangat berharap tahun nie tahun yang baik untuk Abang. Tambah lagi tahun nie Abang akan ambil peperiksaan besar kan. Kak Sue tak letak target yang tinggi pun pada Abang sebab tau tahap kemampuan Abang walaupun Abang sebenarnya kata cikgu ada pontensi sebenarnya. Kak Sue tak suka menekan anak untuk membangga diri Kak Sue.. kesian anak. Selagi anak-anak dapat jaga solat, akhlak dan buat benda-benda baik cukup dah untuk Kak Sue. Bagi Kak Sue itu yang paling penting.. InsyaAllah bila ada asas agama, semuanya akan baik-baik..

Happy Birthday Abang
Happy Birthday Abang - Buah hati Ibu
Happy Birthday Abang
Happy Birthday Abang - Kenangan bersama Tok Pah

Pemergian Tok Pah beri impak yang besar dalam hidup kami sekeluarga juga. Anak-anak Kak Sue memang sangat rapat dan manja dengan Tok Pah. Agak perit kami nak lalui waktu-waktu tu, sampai sekarang pun kadang-kadang bila 'rasa' tu datang memang kami akan terdiam layan perasaan masing-masing. Abang sendiri menangis teresak-esak macam anak kecil masa melawat Tok Pah di ICU dan masa tengok Tok Pah untuk kali terakhir.. pilu dan luluh hati Kak Sue nie bila tengok Abang macam tu. Tak ada lagi orang yang akan peluk Abang bila kena marah dengan Ibu dan Abah.. huhuhu..

Tahun lepas memang dua ujian besar dalam hidup kami sekeluarga. Satu ujian pada bulan Oktober yang pernah Kak Sue kongsi kat sini dan ujian perginya orang yang paling kami sayang Tok Pah. Semoga Abang terus kuat dengan ujian yang Abang kena tempuh dalam usia yang masih muda. Kuatkan hati dan semangat ya nak.. pasti ada hikmahnya. Apapun sekali lagi Ibu nak ucapkan Happy Birthday Abang.. Ibu doakan semoga Abang sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah, kesihatan dan akhlak yang baik, rezeki murah dan berkat, cemerlang dan dimudah urusan dunia dan akhirat.. aamiin ya rabb.. Ibu love you so much nak.. 

Keep Reading»

Pujuk Hati Redha

Assalamualaikum, hai semua. Pujuk Hati Redha.. Susah juga rupanya nak betul-betul redha dan ikhlas. Sebenarnya kan hari-hari Kak Sue pujuk hati sendiri. Hari-hari doa supaya Kak Sue redha dengan ikhlas. Terima ketentuan Allah, kuat dan terima dengan kententuan yang satu nie.. tapi kadang kalah juga dengan perasaan sendiri nak pujuk hati redha dengan semuanya nie..

Pujuk Hati Redha
Pujuk Hati Redha.. Al Fatihah untuk Mak Tersayang

Pujuk Hati Redha

Nak pujuk hati redha makan masa juga sebenarnya. Di mulut cakap kita redha tapi dihati tidak dengan seikhlasnya. Bercakap dengan nak laksanakan tu agak payah.. untuk diri Kak Sue sendiri lah kan. Tapi Kak Sue memang respect orang-orang yang kuat hatinya, redha dengan ikhlas. Tak setanding dengan diri Kak Sue yang nipis imannya nie..

Tak mudah pun sebenarnya. Apatah lagi kehilangan orang terdekat dengan kita. Mak yang melahirkan kita.. tempat kita curah kasih sayang, rindu dan mengadu.. tiba-tiba hilang sekelip mata. Peritnya tu Allah saja yang tahu.. Bila terbayang dan datang rindu rasa sesaknya dada.. Hanya doa dan ayat-ayat Allah penyembuh duka..

Cuma Kak Sue pasti.. hari demi hari perasaan redha dengan seikhlasnya akan datang juga dengan sendiri nanti. Yang pergi tetap akan pergi, tinggal kita yang masih kat sini perlu teruskan hidup yang berbaki. Satu hari nanti kita juga akan ke sana yang kekal abadi..

Mak.. kenangan, kasih sayang dan tunjuk ajar Mak akan kekal selamanya dihati. "Orang" akan lalui hari-hari yang berbaki buat "orang" nie dengan mengenang Mak dalam doa yang tiada penghujung. Tenang lah Mak disana, kita bakal berjumpa juga nanti di syurga abadi. Semoga Mak ditempatkan bersama-sama orang yang diredhai Allah dan yang beramal soleh. Sayang Mak selamanya.. Al Fatihah buat Mak Tersayang..


Keep Reading»

Rindu Yang Tak Tertanggung

Assalamualaikum, hai semua. Rindu yang tak tertanggung.. Ya, itu yang Kak Sue rasa sekarang nie. Rindu pada Mak yang telah pergi dijemput Allah. Rupanya macam nie rasa perit dan sakitnya bila kehilangan Mak tersayang. Setiap masa asyik mengenang dan rindu pada Mak. Allahu.. kuatkan hati dengan rindu yang tak tertanggung nie Ya Allah.. kadang rasa sangat tak mampu nak lalui rasa yang satu nie..

Rindu Yang Tak Tertanggung
Gambar kenangan bercuti dengan Mak.. Rindu Yang Tak Tertanggung

Rindu Yang Tak Tertanggung

Hari pertama Kak Sue balik rumah sendiri di Rawang rasa betul-betul kalah dengan perasaan. Perasaan rindu yang tak tertanggung, rasa terkejut dan susah nak terima yang Mak dah tak ada. Hari-hari pujuk hati redha, tapi Ya Allah.. payahnya.. Kak Sue menangis lagi semahu-mahunya macam hari pertama terima berita Mak pergi menghadap Ilahhi. Rasa gelap dan kosong hidup Kak Sue nie.. Allahu.. hebat rasa ujian bila Mak kita dah tak ada nie rupanya..

Terkilan bila balik ke rumah bila teringat kami adik beradik tengah plan nak bawa Mak bercuti kat rumah baru Kak Sue pindah hujung tahun lepas. Kerap Kak Sue update perkembangan rumah yang baru Kak Sue duduk nie pada Mak. Sempat mengadu pada Mak yang Kak Sue letih sangat kali nie bila buat kerja, tak larat sangat. Padahal rupanya Mak pun sebenarnya dah letih dan tak larat juga di sana masa tu..  Allahu.. Maafkan "orang" Mak.. maafkan "orang"..

Rindu Yang Tak Tertanggung
Gambar kenangan terakhir di Taiping... Rindu Yang Tak Tertanggung
Rindu Yang Tak Tertanggung
Kenangan di Taping.. Rindu Yang Tak Tertanggung

Sejak akhir-akhir nie Mak memang tak berapa sihat. Demam on off, adik-adik ada bawa Mak ke klinik tapi katanya tak ada apa-apa. Ingat demam biasa aja, tak sangka Mak kena jangkitan kuman rupanya.. Allahu! Mak memang susah nak sakit atau mengadu sakit. Mak memang seorang yang tak suka susahkan anak-anak apatah lagi orang luar. Pergi Mak mengadap Allah, amat mudah dan tenang.. Pergi pula pada hari Jumaat yang mulia.. dari mula sampai habis urusan Mak semua dipermudahkan. Kami anak-anak rasa bersyukur sangat..

Sekarang nie.. tinggal kami anak-anak Mak merindu dan mengenang Mak setiap hari. Doa dan sedekah ayat suci tak pernah kami lupa juga setiap hari. Hari-hari juga anak-anak Mak datang ziarah Mak. Semoga berehat dan tenang di alam sana ya Mak. Semoga kita berjumpa lagi nanti di syurga Allah.. aamiin ya rabb.. Kami sayang dan rindu Mak selamanya.. Al Fatihah untuk Mak Tersayang.. ❤



Keep Reading»

Kami Tunggu Mak

Assalamualaikum, hai semua. Sebenarnya entri nie Kak Sue tulis masa Tok Pah masih dalam ICU Hospital Taiping. Kami tunggu Mak. Kali nie datang lagi ujian buat keluarga Kak Sue. Dua ujian paling besar tahun nie buat keluarga Kak Sue. Belum hilang lagi macam-macam 'rasa' sebelum nie datang lagi ujian yang baru.. Allahu! Kadang rasa memang tak kuat dah, tapi Allah uji pada yang mampu. Takan Allah nak seksa atau aniaya kita, melainkan Allah tahu.. Kuat ya Mak, kami tunggu Mak nie..

Kami Tunggu Mak
Kami Tunggu Mak.. Gambar kenangan hari raya 2018 

Kami Tunggu Mak

Hari Selasa lepas Mak demam agak teruk, badan panas dan lemah. Mak memang takut sangat nak jumpa doktor, nak pergi klinik atau hospital. Biasalah orang tua kan, Kak Sue ada juga telefon Mak sebelum tu tanya khabar dan pujuk Mak pergi hospital atau klinik. Kak Sue tak bercakap lama sebab dengar suara Mak pun lemah sangat, Alhamdullilah berkat kami adik beradik pujuk Mak akhirnya petang tu Mak yang minta nak ke hospital..

Kak Sue andaikan bila Mak ke hospital semuanya akan baik macam biasa.. Tetiba dalam pukul tiga pagi Acik, adik Kak Sue telefon nak bagi tau dan tanya pendapat Kak Sue pasal Tok Pah. Rasa macam berhenti degup jantung Kak Sue, pilihan yang kami ada samada Tok Pah ditidurkan atau bahasa lain dikomakan atau risiko tinggi Tok Pah akan pergi selamanya. Kelu lidah.. tak tau nak reaksi macam mana. Lepas letak telefon terus Kak Sue menangis sungguh-sungguh.. Allahu.. kesiannya Mak..

Terus Kak Sue tak boleh nak tidur semalaman, ambik wuduk solat doakan agar Tok Pah tak apa-apa. Nak tunggu siang rasa sangat lama, sebab nak bergerak malam risau Abang Man tak cukup rehat sebab baru balik berniaga. Kalau Kak Sue yang drive, rasanya tak tau lah mampu ke tak sebab Kak Sue pun baru lelap mata tadi dengan emosi macam nie. Nak sampai waktu subuh terlelap sekejap, bangun lagi.. Allah kenapa lama sangat nie. Tak sabar dah rasa hati macam nak terbang peluk Tok Pah Allah aja yang tahu. Mak kuat ya Mak. Pilu rasa hati nie tak terucap dengan kata-kata..

Kami Tunggu Mak
Kenangan terakhir dengan Mak di Menara Condong Teluk Intan
Sampai di wad, Kak Sue memang tak dapat nak tahan sedih dan airmata. Nampak Tok Pah berselirat dengar tiub dan wayar.. Allahu kesiannya Mak. Semua adik-beradik Kak Sue ada, Kak Sue peluk.. tenangkan depa walaupun hati sendiri macam nak pecah. Tak sanggupnya Ya Allah nak tengok Mak sakit macam nie. Abang Man bagi izin Kak Sue jaga dan tinggal di Taiping sampai Tok Pah sihat. Terima kasih Abang.. semoga Allah beri rahmat pada Abang.. Kak Sue terpisah dengan suami dan anak-anak buat sementara demi Mak yang tersayang. Kak Sue redha.. janji Mak depan mata Kak Sue setiap hari..

Esoknya Tok Pah dpindahkan ke ICU, bermula lah rutin kami adik beradik menjaga Mak. Masa kami lebih banyak kat Hospital Taiping dari kat rumah. Tak pernah sehari pun kami tak datang ziarah Tok Pah. Dari mula waktu melawat sebelah tengahari sampai lah ke petang, kami anak-anak setia tunggu Mak. Sampai dah kenal guard dan sesetengah jururawat dan doktor kat sana. Hari-hari ulang alik ke surau, hari-hari sedekahkan Mak Yasin, hari-hari buat solat hajat supaya Tok Pah sembuh tanpa jemu. Hari-hari ramai saudara dan kawan,-kawan Tok Pah, kawan-kawan kami anak beranak datang ziarah. Jauh dan dekat semua datang ziarah dan doakan Tok Pah..

Kami Tunggu Mak
Al Fatihah Untuk Mak Tersayang

Tapi.. akhirnya, setelah penat Tok Pah kuat melawan sakit.. Allah jemput Tok Pah pagi Jumaat, hari yang mulia. Lagak tenang dan menahan airmata tak mampu Kak Sue sorok lagi. Ditambahkan lagi Kak Sue tinggalkan Tok Pah dijaga Ateh malam tu balik ke Rawang.. terkilannya Ya Allah.. Kak Sue menangis semahu-mahunya.. rupanya macam nie lah rasa kehilangan syurga kita.. sakitnya tak terperi. Syukur pada Allah, kami adik beradik dapat mandikan, kafankan dan kebumikan Mak dengan baik bantuan dari keluarga rapat juga orang yang lebih arif. Semuanya mudah dan selesai macam semua kami anak-anak Mak nak.. Alhamdullilah..

Pergilah Mak dengan tenang.. Kami anak-anak redha.. rehat lah. Kita akan berjumpa lagi satu hari nanti. Kami sentiasa akan ingat dan doakan Mak. Semoga Mak sentiasa dalam rahmat Allah, diluaskan dan diterangkan kubur Mak. Kami sayang Mak dunia dan akhirat.. Al Fatihah.. Terima kasih pada yang selalu ada, semoga Allah merahmati kamu semua.. aamiin ya rabb..





Keep Reading»
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com


[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.