Mengenang Mak Dalam Rindu

Assalamualaikum, hai semua. Diam tak diam dah nak setahun dah Mak pergi tinggalkan kami semua. Yang ada sekarang nie hanya Mengenang Mak Da...

Assalamualaikum, hai semua. Diam tak diam dah nak setahun dah Mak pergi tinggalkan kami semua. Yang ada sekarang nie hanya Mengenang Mak Dalam Rindu. Rindu yang paling sakit.. sebab kita dah tak dapat jumpa pun orang yang kita rindu walau macam mana sekali pun. Setiap hari.. dan boleh kata dalam setiap apa yang Kak Sue buat hanya mampu mengenang Mak dengan penuh rasa rindu.. rindu yang tak tertanggung dan tak berpenghujung..

Mengenang Mak Dalam Rindu
Mengenang Mak Dalam Rindu

Mengenang Mak Dalam Rindu

Walaupun dah tak berapa hari lagi genaplah setahun Mak pergi, tapi bagi Kak Sue dan kami semua masih lagi ada rasa tak percaya yang Mak dah tak ada. Kadang rasa macam Mak masih kat kampung.. tengah masak kat dapur, pergi kedai beli barang atau berkebun kat belakang rumah. Tu rutin yang selalu Mak buat. Sungguh.. kadang Kak Sue lupa yang Mak dah tak ada..

Pada tarikh yang sama hari nie, hari terakhir Kak Sue dapat bercakap dengan Mak di telefon sebelum Mak direhatkan. Tak sempat Kak Sue nak jumpa dan peluk Mak masa Mak sedar. Masih terdengar lagi suara serak Mak.. perlahan sangat, Mak dah letih dan tak daya sangat. Bila dapat panggilan dari Acik Mak nak di komakan hanya tangisan Kak Sue ja sebagai jawapan.. perit sangat perasaan masa tu.. Sampai hari nie pun kalau terimbas balik waktu tu mesti bergenang airmata Kak Sue..

Bukan lah Kak Sue atau kami semua anak-anak Mak tak redha, tapi nak menerima dengan redha seikhlasnya rasa payah betul buat sekarang nie. Perginya Mak secara mengejut tanpa ada tanda atau pesanan. Asalnya Mak tak berapa sihat demam on off dan berulang beberapa kali. Tak sangka betul dalam sekelip mata keadaan Mak bertambah tenat.. dan akhirnya pergi bertemu Allah buat selamanya..

Apapun setiap kejadian atau benda yang terjadi dalam hidup kita semua dah disusun olehNya. Jodoh dan ajal kita semua dah ditakdirkan seawal kita dalam kandungan Ibu kita lagi. Semoga Kak Sue dan kami adik beradik diberi kekuatan dan kelembutan hati untuk menerima takdir yang satu nie dengan seikhlasnya nanti. Kehilangan orang tersayang nie bukan satu benda mudah kita nak terima, tambah mengejut macam nie kan..

Semua kita nanti akan pergi juga mengadap Ilahi cuma masanya aja kekal tersembunyi. Semoga yang masih ada dan tinggal kita terus menghargai. Biar tak ada sesal kemudian hari. Berehat lah dengan tenang Mak di sana.. kami sentiasa mendoakan, sayang dan rindu Mak selalu. Semoga kita jumpa lagi nanti ya Mak. Al Fatihah untuk bidadariku Mak Tersayang.. Latipah binti Baharom..

You Might Also Like

14 ulasan

  1. bertabah lah Sue, banyakkan berdoa buat arwah mak ye..

    ReplyDelete
  2. Allahu sekejap masa berlalu. Bertabahlah kak Sue. Saya tahu kak sue kuat. Yelah sakit rindukan ornag yang telah tiada ni sukar nak digambarkan dengan kata kata. Sedekah al fatihah untuk mak kak sue selalu ya.

    ReplyDelete
  3. Peritnya rasa mengenangkan mereka yang kita takkan pernah bertemu lagi di dunia ini melainkan menanti di alam sana. >.<

    ReplyDelete
  4. Kak Sue terus berhubung dengan mak kak Sue ya..selalu.Teruskan.Tolong dari dunia itulah indahnya anak dan ibu bapa tetap boleh membantu walau jasad tidak bersama lagi.Kak Sue dan adik beradik inshaAllah kuat.

    ReplyDelete
  5. Al-Fatihah buat Allahyarmah Latipah binti Baharom. (recited).
    Semoga Allah mengampun segala dosa-dosa dan menempatkan bonda dikalangn orang2 yang beriman

    ReplyDelete
  6. Semoga kak sue banyak bersabar.. Teruskan titip doa buat arwah.. Semoga tenang di sana.

    ReplyDelete
  7. Bila ingat kenangan lama, automatic kita rasa sedih kan

    ReplyDelete
  8. Memang perit orang yang kita sayang dah tiada di sisi. Tapi apa kan daya kita. Itu semua takdir yang tertulis. Yang hidup pasti menemui ajalnya. LeYa doakan semoga Kak Sue sentiasa tabah menghadapi setiap dugaan di hari-hari mendatang. Al-fatihah.

    ReplyDelete
  9. allahu sedihnya kak.. tak pernah tak rindu kan.. huhu rindu mak ayah saya juga ni

    ReplyDelete
  10. al fatihah buat makcik latipah binti baharom..semoga Allah terus limpahkan rahmatNya buat arwah mak akak.. amin..

    ReplyDelete
  11. waalaikumussalam. al-fatihah. kenangan tetap akan kekal abadi dalam ingatan

    ReplyDelete
  12. Setiap yang hidup pasti akan mati. Jasa seorang ibu tak terbalas.

    ReplyDelete
  13. Setiap yang hidup pasti akan mati. Jasa seorang ibu tak terbalas.

    ReplyDelete
  14. Stay strong kak shu. Sedekahkan Al-Fatihah setiap kali teringat arwah. Pasti arwah gembira di sana dengan doa kak shu :)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤

Segala yang terkandung dalam terbitan entri adalah pendapat peribadi penulis. Perubahan butiran atau informasi mungkin berlaku tanpa ada sebarang pemberitahuan. Terima kasih singgah blog Shuhaida Kabdy.