Assalamualaikum, hai semua. Mana yang tengah plan nak bawak family keluar makan-makan sempena cuti hujung tahun dan sepanjang bulan Disember nie korang boleh lah ke Saturday Hawker Night di Hotel Grand Bluewave Shah Alam. Kali nie menu bufet terbaru Saturday Night Hawker dari Hotel Grand Bluewave nie berkonsepkan gerai dengan tema dan konsep berbeza dengan pelbagai pilihan makanan untuk korang..
 |
Saturday Hawker Night di Hotel Grand Bluewave Shah Alam |
Saturday Hawker Night di Hotel Grand Bluewave Shah Alam
Saturday Hawker Night di Hotel Grand Bluewave Shah Alam nie diadakan di Restoran Royale Songket, Ground Floor setiap sabtu tau korang. Ada 10 gerai dengan konsep, tema dan pilihan menu yang bermacam buat korang rambang mata nak pilih yang mana satu.. hehehe..
Tapi.. tak apa, korang jangan risau bab tu sebab korang boleh aja makan pelan-pelan sebab masa untuk bufet nie panjang dari petang membawa ke malam tau. Siap korang boleh berenti solat maghrib dulu sebab surau pun ada disediakan di tingkat atas. Selesa dan bersih.. lepas tu boleh sambung makan lagi..
 |
Saturday Hawker Night di Hotel Grand Bluewave Shah Alam |
Okay tentang pilihan gerai yang ada dalam bufet Saturday Hawker Night nie ialah Arabic Tent, Bluewave Delicacies, Night Hawker, Little India, Texas Ranch, Penang Street, Italian Corner,Nyonya Street, China Town, Gerai Sup dan akhir sekali kegemaran Kak Sue Desert Corner.
 |
Saturday Hawker Night di Hotel Grand Bluewave Shah Alam |
 |
Saturday Hawker Night di Hotel Grand Bluewave Shah Alam |
 |
Saturday Hawker Night di Hotel Grand Bluewave Shah Alam |
 |
Saturday Hawker Night di Hotel Grand Bluewave Shah Alam |
Korang boleh cuba dengan menu di gerai Arab Tent iaitu Shawarma dengan Roti Pita dan Roti Naan. Di gerai Night Hawker pula, ada Roti John, Keropok Lekor, Popiah Goreng dan Celup-celup. Untuk aneka gorengan korang boleh ke gerai Bluewave Delicacies.
 |
Saturday Hawker Night di Hotel Grand Bluewave Shah Alam |
 |
Saturday Hawker Night di Hotel Grand Bluewave Shah Alam |
 |
Saturday Hawker Night di Hotel Grand Bluewave Shah Alam |
Lebih meriah lagi bufet malam bertemakan gerai-gerai korang boleh juga cuba masakan India di gerai Little India. Antara menu yang ada Roti Canai, Vadei, Marukku, Dhall, Kari Ikan, Kari Kambing, Kobis Goreng Kunyit, Daging Hitam, Ayam Goreng Berempah, Sambal, Papadom dan nasi putih.
 |
Saturday Hawker Night di Hotel Grand Bluewave Shah Alam |
 |
Saturday Hawker Night di Hotel Grand Bluewave Shah Alam |
 |
Saturday Hawker Night di Hotel Grand Bluewave Shah Alam |
Untuk peminat makanan Barat pula, korang boleh cuba Foot Long Sausage dan Piza di gerai Texas Ranch, dan untuk Pasta E Olio, Sos Bolognese dan Bebola Daging Keju Berkrim pula korang boleh ke gerai Italian Corner.
 |
Saturday Hawker Night di Hotel Grand Bluewave Shah Alam |
 |
Saturday Hawker Night di Hotel Grand Bluewave Shah Alam |
 |
Saturday Hawker Night di Hotel Grand Bluewave Shah Alam |
Haaa.. banyak pilihan kan dari menu utama sampai lah ke pencuci mulut. Memang berbaloi tau bawa keluarga atau kawan-kawan makan kat sini. Tempat memang selesa dan layanan pun mesra. Macam biasa untuk lebih detail lagi Kak Sue kongsikan kat bawah nie untuk korang ya..
Saturday Hawker Night
Masa
6.30 ptg hingga 10.30 malam
Harga
RM69.00+ untuk dewasa
RM34.50+ untuk kanak-kanak
(dari 4 hingga 11 tahun)
Tempahan
Tel : 03 55111833
ext 2723, 2724 dan 2606
Email
telemarketing@bluewavehotels.com
Website
10 Comments
Banyak juga menu kat sini ye kak. Macam macam ada. Tak pernah lagi sampai sini
ReplyDeleteBanyak juga menu2 yg ada..sedap pulak tgk mcm ada tart je.. 🤤
ReplyDeleteBestnya banyak menu dekat hotel ni kan. Sape stay atau saja dtg lepak makan dgn family pasti puas ht. Menarik betul menu2 tu semua.
ReplyDeletei suka makan hotel! sila bawa i lenkali hahaha
ReplyDeletesedapnya semua menu dia..memng makan aja ni..banyak pilihan..datang dengan family best ni
ReplyDeleteMenu byk pilihan... semua dap²
ReplyDeleteMak aii banyak sgt menu makann kat sini .. Mau semua nk makan je..haha
ReplyDeleteMenu-menu dekat Bluewave ni tak pernah tak menarik. Pelbagai pulak tu kan.
ReplyDeletebanyak juga menunya..
ReplyDeletekakak.. apesal sedap sgt tu uhuhu lapar
ReplyDeleteTerima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️