ViVo V17 Dengan Skrin Ultra O dan 5 Kamera Terkini di Pasaran

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi dengan korang yang tengah plan nak tukar handphone baru sebab sekarang nie ada Vivo...

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi dengan korang yang tengah plan nak tukar handphone baru sebab sekarang nie ada Vivo V17 Dengan Skrin Ultra O dan 5 Kamera Terkini di Pasaran tau. Apa yang lebih menariknya lagi ada banyak kelebihan dengan Vivo V17 Dengan Skrin O dan 5 Kamera nie, jom Kak Sue sambung cerita lagi kat bawah nie dengan korang jom..

ViVo V17 Dengan Skrin Ultra O dan 5 Kamera Terkini di Pasaran
ViVo V17 Dengan Skrin Ultra O dan 5 Kamera Terkini di Pasaran

Vivo V17 Dengan Skrin Ultra O dan 5 Kamera Terkini di Pasaran

Baru-baru nie Vivo memperkenalkan Vivo V17 Dengan Skrin Ultra O dan 5 Kamera terkini di pasaran Malaysia. Macam yang Kak Sue bagi tau tadi V17 nie dengan reka bentuk Skrin Uktra O yang inovatif yang memberikan korang pengalaman tontonan di luar imaginasi. Dengan 5 kamera gred profesional di depan dan belakang, V17 boleh hasilkan gambar yang cantik dan menarik.

ViVo V17 Dengan Skrin Ultra O dan 5 Kamera Terkini di Pasaran
ViVo V17 Terkini di Pasaran
Selain tu, dengan reka bentuk futuristik yang disertakan pilihan warna yang mewah dan kemasan yang berkilat,V17 adalah apa dicari oleh korang yang lebih muda dan bergaya.

Menurut kata Raymond Lee, Pakar Produk Vivo Malaysia, "V17 mewakili pemahaman kami tentang keperluan pengguna hari ini dan inovasi yang kami banggakan. Reka bentuk 5 Kamera dengan Skrin Ultra O membolehkan korang hasilkan gambar yang berpengalaman menonton di luar imaginasi"

Kata beliau lagi, "Penciptaan V17 sekali lagi mempamerkan pendekatan inovasi pihak mereka yang mementingkan pengguna sambil memperkukuhkan lagi kedudukan mereka sebagai perintis dalam penyediaan pengalaman mudah alih yang terbaik khas buat rakyat Malaysia". Haa.. menarik kan, V17 nie ada dua pilihan warna untuk korang iaitu Admiral Blue dan Crystal White.

ViVo V17 Dengan Skrin Ultra O dan 5 Kamera Terkini di Pasaran
ViVo V17 Terkini di Pasaran
Reka bentuk V17 nie dilengkapi Skrin Uktra O Suoee AMOLED yang inovatif dengan kamera hadapan paparan yang paaling nipis dalam industri. Paparan 6.44 inci FHD+ dengan kamera hadapan berukuran 2.98mm yang sangat jelas dan tampil futuristik tanpa menjejaskan pengalaman tontonan.

Selain tu juga paparan Super AMOLED nie kan korang ada nisbah aspek sebanyak 20:9, sekaligus menawarkan warnaa gamut yang asli sambil menyaring 42% cahaya biru. V17 nie juga ada Teknologi Pengimbasan Cap Jari Dalam Paparan dengan ketumpatan piksel cap jari yang lebih tinggi dan algoritma yang lebih canggih yang boleh korang membuka kunci dengan selamat dan mudah.

V17 juga tersedia dengan kamera AI Quad yang boleh menghasiljan gambar-gambar yang hebat tau korang. Dengan kemea utama 48MP, Kamera Super Wide Angle. 8MP, Kamera Macro 2MP dan Kamera Bokeh 2MP digabungkan dengan algoritma AI dapat memberikan korang gambar yang lebih jelas dan baik.V17 nie lagi ada kamera Super Wide Angle yang memperluaskan tangkapan lanskap.

ViVo V17 Dengan Skrin Ultra O dan 5 Kamera Terkini di Pasaran
ViVo V17 Terkini di Pasaran
Dengan Kamera Depan 32MP, V17 nie juga menangkaap swafoto berkualiti tinggi dan gambar berkumpulan dengan lebih mudah. Untuk lengkapkan pilihan fotorafi profesional V17 juga ada ciri "Suoee Night Mode" dan "Super Night Selfie" yang tingkatkan kejelasan walaupun pada waktu malam. Ia menawarkan kualiti foto terbaik pada bila-bila  masa, di mana sahaja. Bab nie memang penting sangat kan, bukan apa bila ambil gambar kat tempat gelap, kalau tak ada kelebihan macam nie memang hancus gambar.. kan korang.. huhuhu..

Apa yang bestnya lagi kapasiti bateri yang besar dan perisian yang terbaik untuk kegunaan kita sepanjang hari. V17 direka untuk korang selesaikan tugas harian samada untuk kerja, sosial atau hiburan dengan Qualcomm Snapdatgon 675 AIE dengan 8GB Ram + 256GB ROM yang dapat memberikan prestasi hebat dan lancar setiap masa.

ViVo V17 Dengan Skrin Ultra O dan 5 Kamera Terkini di Pasaran
ViVo V17 Terkini di Pasaran
Dengan kapasiti bateri pula dengan 4500mAhnya dengan teknologi pengecasan pantas Dwi Enjin boleh mengecas lebih cepat supaya V17 nie dapat berikan pengalaman mudah alih yang berpanjangan dan selamat untuk  kegunaan korang.

Untuk gamer pula, yang mencari pengalaman permainan yang lancar, V17 nie ada Ultra Game Mode yang menyediakan pengalamab oermainan terbaik dan tak terganggu dengan mesej atau notifikasi. Teknologi oecutan Multi Turbo secara aktif mengesan sistem penggendalian untuk memastikan korang dapat menikmati permainan yanng lebih menyeronokkan.

Akhir sekali V17 nie juga ada ciri "Voice Change" yang boleh menyeronokkan lagi waktu permainan dengan pelbagai suara untuk dipadankan dengan watak-watak permaianan. Menarik sangat kan.. Korang dah boleh mula dapatkan sekarang di pasaran dengan harga RM1699.00 di seluruh Malaysia.

You Might Also Like

4 ulasan

  1. Menarik... Dah lama jatuh cinta dengan Vivo.. Ok.. Try la next year naj change ke Vivo V17 ni.. Hehe.. Doakan ye..

    ReplyDelete
  2. Adoiiii menggoda sungguh la vivo v17 ni.. Gambar memang nampak cantik dan clear sangat...

    ReplyDelete
  3. lagi beberapa hari bday saya ni agak2 ada org nak hadiahkan tak ahakss

    ReplyDelete
  4. Aduh rasa mcm nk trade in vivo skrg ni je kak. Tergoda tengok vivo baru ni haa.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤

Segala yang terkandung dalam terbitan entri adalah pendapat peribadi penulis. Perubahan butiran atau informasi mungkin berlaku tanpa ada sebarang pemberitahuan. Terima kasih singgah blog Shuhaida Kabdy.