Sedekah Selain Dari Harta dan Wang Ringgit

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi tentang Sedekah Selain Harta dan Wang Ringgit . Kadang kita ingat bila nak bersedek...

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi tentang Sedekah Selain Harta dan Wang Ringgit. Kadang kita ingat bila nak bersedekah aja mesti nak kena ada harta dan wang ringgit. Sebenarnya tak pun korang. Ada banyak cara lain yang boleh untuk kita nak bersedekah, memberi manfaat kepada orang lain dan ganjaran pahala yang besar untuk kita..

Sedekah Selain Dari Harta dan Wang Ringgit
Sedekah Selain Dari Harta dan Wang Ringgit

Sedekah Selain Harta dan Wang Ringgit

Sebenarnya kan dengan bersedekah nie bukan saja kita dapat pahala tapi menambahkan rezeki kita lagi. Tak payah nak tunggu hari Jumaat atau hari tertentu baru kita nak bersedekah. Boleh aja bila-bila kita rasa terdetik dihati nak bersedekah terus aja buat. Benda baik buat apa kita tangguh.. kan..

Ada tujuh belas jenis sedekah yang bukan dalam bentuk wang ringgit yang akan diberikan ganjaran pahala yang besar oleh Allah SWT. Meh Kak Sue kongsikan kat bawah nie untuk ingatan kita dan amalan kita bersama..

• Berdoa

• Sebarkan ilmu yang bermanfaat

• Senyum kepada saudaramu

• Memberi pertolongan kepada yang lain

• Memberi masa kepada keluarga dan Ibu Bapa.

• Memberi pendidikan kepada anak-anak (Tarbiyyah)

• Bersabar dengan dugaan

• Memberi peringatan kepada rakan

• Menghalang perbuatan jahat

• Bercakap dengan lemah lembut

• Memberi maaf

• Menghormati orang lain

• Bergembira dengan kejayaan orang lain

• Menziarahi orang sakit

• Membuang halangan di jalan

• Memberi nafkah keluarga

Haa.. itulah antara yang boleh kita amalkan sebagai sedekah selain dari harta dan wang ringgit. Sebenarnya tips bersedekah nie Kak Sue ambil dari whatapps group keluarga Abah Kak Sue yang dikongsi oleh Pak Long Hussney. Pak Long dan Pak Zul nie memang rajin berkongsi setiap pagi dan hari tazkirah atau apa-apa info yang bermanfaat untuk kami semua.

Semoga pahala kepada tuan punya post dan juga Pak Long berpanjangan dengan perkongsian yang bagus macam nie. Bila kita kongsi dan orang amal.. insyaAllah pahala akan sampai kepada kita. Buat baik, jadi baik.. InsyaAllah, yang datang semuanya baik-baik. Tapi seandainya datang perkara tak baik juga selepas kita berbuat baik anggap lah satu ujian dan satu hikmah dari Allah SWT untuk kita.

Semoga bermanfaat untuk semua ya.. Jumpa lagi di entri yang lain.. papai!

You Might Also Like

6 ulasan

  1. Waalaikumussalam. Setuju sangat. Paling best bagi kat kanak2. Senyum ceria ja depa 😁

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.Betul sangat kak Sue.Nak sedekah..harta juga tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit.Banyak je cara dan sumber kalau kita nak sedekah kan Kak Sue.

    ReplyDelete
  3. tq kak sue.. bagus post ni insya allah boleh diamalkan

    ReplyDelete
  4. insyaAllah akan amalkan.. pepagi dah boleh buat.. tengok anak suami senyum dan beri salam..

    ReplyDelete
  5. Betul tu kak sue. Bersedekah ni bukan dnegan harta dan duit saja tapi banyak jenis juga sedekah. Kita sedekah senyum, sedekah ilmu.. Asalkan benda tu baik dan mendatangkan manfaat kepada yang lain

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah. Terima kak shu sharee. Sebab kekadang kita fikie sedekah ni hanya duit sahaja kan. Walhal lebih dari tu. Konteksnya lebih luas :)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤

Segala yang terkandung dalam terbitan entri adalah pendapat peribadi penulis. Perubahan butiran atau informasi mungkin berlaku tanpa ada sebarang pemberitahuan. Terima kasih singgah blog Shuhaida Kabdy.