Pembukaan As-Safinaz @18Lounge di Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi Pembukaan As-Safinaz @18Lounge di Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam. Terletak di tengah bandaraya Shah Alam, Mardhiyyah Hotel & Suites telah membuka tirai untuk mengumumkan pembukaan aras eksklusif, As-Safinaz @18Louge yang hanya beberapa minit sahaja dari Kuala Lumpur..

Pembukaan As-Safinaz @18Lounge di Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam
Pembukaan As-Safinaz @18Lounge di Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam

Pembukaan As-Safinaz @18Lounge di Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam

Hanya beberapa minit dari Kuala Lumpur, konsep mewah As-Safinaz ini menawarkan servis hospitaliti tempatan yang baik dengan penuh ketelitian yang ekslusif.

Pembukaan As-Safinaz @18Lounge di Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam
Pembukaan As-Safinaz @18Lounge di Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam

As-Safinaz yang terletak di aras 17, 18 dan 19 hotel memberi kemudahan tambahan yang dilengkapi dengan fasiliti lebih istimewa. Serikan hari anda dengan kenangan bersama Mardhiyyah Hotel & Suites di samping dijamu dengan pemandangan bandaraya Shah Alam.

KEISTIMEWAAN AS-SAFINAZ @18 LOUNGE

Bagi mereka yang mencari ruang istirehat yang eksklusif lagi moden, tetamu boleh mendapatkan layanan terbaik, di mana kemewahan dan juga nilai-nilai Islam dan perjalanan kulinari digabungkan dalam satu bentuk yang sempurna.

Pembukaan As-Safinaz @18Lounge di Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam
Pembukaan As-Safinaz @18Lounge di Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam

Pembukaan As-Safinaz @18Lounge di Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam
Pembukaan As-Safinaz @18Lounge di Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam

Tetamu akan menikmati pemandangan matahari terbenam yang mempesonakan, Taman Tasik Shah Alam yang tenang dan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang mempesonakan serta keramahan rakyat Malaysia. Untuk mencipta suasana eksklusif, As-Safinaz @18 Lounge membuka tempahan penginapan tetamu diperingkat umur 12 tahun ke atas.

Pembukaan As-Safinaz @18Lounge di Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam
Pembukaan As-Safinaz @18Lounge di Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam

Pembukaan As-Safinaz @18Lounge di Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam
Pembukaan As-Safinaz @18Lounge di Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam

Selain itu, bagi mengekalkan privasi untuk para tetamu, As-Safinaz menyediakan ruangan sarapan di AsSafinaz @ 18 lounge antara 6.30 pagi hingga 10.30 pagi. Dengan keistimewaan untuk mengakses AsSafinaz @ 18 Lounge, tetamu akan menikmati beberapa kemudahan yang disediakan, perkhidmatan daftar masuk dan daftar keluar, minuman semasa ketibaan dan daftar keluar lewat atau daftar masuk awal percuma (tertakluk pada ketersediaan).

Pembukaan As-Safinaz @18Lounge di Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam
Pembukaan As-Safinaz @18Lounge di Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam

Pembukaan As-Safinaz @18Lounge di Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam
Pembukaan As-Safinaz @18Lounge di Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam

As-Safinaz yang lengkap dengan pelbagai kemudahan menawarkan diskaun 50% untuk perkhidmatan dobi & menyeterika sepanjang penginapan. Tetamu As-Safinaz juga akan menerima kemudahan bar mini percuma dan hidangan kopi & teh selain turut menyediakan hors d’ oeuvres sebelum makan malam yang disediakan dari jam 6.30 petang hingga 8.30 malam.

Pembukaan As-Safinaz @18Lounge di Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam
Pembukaan As-Safinaz @18Lounge di Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam

Pembukaan As-Safinaz @18Lounge di Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam
Pembukaan As-Safinaz @18Lounge di Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam

Mardhiyyah Hotel & Suites telah diperakui oleh Kementerian Pelancongan, Kesenian & Kebudayaan melalui Pusat Pelancongan Islam (ITC) sebagai Penginapan Mesra Muslim (MFAR) dalam Kategori Platinum. Kategori platinum MFAR diiktiraf sebagai hotel berkonsepkan Mesra Muslim dengan kelengkapan dan kemudahan patuh syariah. Sebagai ciri pelancongan mesra Muslim, ia mempunyai restoran yang disahkan halal oleh JAKIM.

Pembukaan As-Safinaz @18Lounge di Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam
Pembukaan As-Safinaz @18Lounge di Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam

Pembukaan As-Safinaz @18Lounge di Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam
Pembukaan As-Safinaz @18Lounge di Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam

Selain itu, Mardhiyyah Hotel & Suites telah dinilai dan mematuhi keperluan Universal Crescent Standard Centre (UCSC) Islamic Quality Standard For Hotel dengan penarafan 7IQS. Hotel ini memenuhi kriteria untuk memiliki Muslim Chef (untuk memastikan pengetahuan halal toyyiban dalam penyediaan makanan), Penasihat Syariah dan mempunyai Jawatankuasa Halal.

Pembukaan As-Safinaz @18Lounge di Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam
Pembukaan As-Safinaz @18Lounge di Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam

Pembukaan As-Safinaz @18Lounge di Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam
Pembukaan As-Safinaz @18Lounge di Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam

Hotel bertaraf 5 bintang ini turut mendapat pengiktirafan sebagai Hotel Terbaik Mesra Muslim di Halal in Travel Awards anjuran CrescentRating bersempena dengan Halal in Travel Global Summit 2022 di Singapura.

Pembukaan As-Safinaz @18Lounge di Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam
Pembukaan As-Safinaz @18Lounge di Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam

Pembukaan As-Safinaz @18Lounge di Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam
Pembukaan As-Safinaz @18Lounge di Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam

Macam biasa untuk lebih detail korang boleh baca info kat bawah nie ya. 

Tel: 03 5511 8811

E-mel: info@mardhiyyahhotel.com

Alamat: Lot 5.5 Persiaran Perbandaran

Seksyen 14, Shah Alam 40000

Selangor Darul Ehsan.



Post a Comment

6 Comments

  1. menariknya. i'd love to stay here

    ReplyDelete
  2. Macam ada ternampak kat IG reel pasal ni, katanya dah macam pemandangan dekat Madinah sbb menghadap masjid Shah Alam

    ReplyDelete
  3. Dpt bilik dkt Aras ekslusif ni mmg best... sedapnya dessert fav tu

    ReplyDelete
  4. cantiknya view, bilik pun cantik. Best !

    ReplyDelete
  5. bilik kemas dan cantik. makanan semua nampak sedap kak sue

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️