Assalamualaikum, hai semua! Baru-baru nie Kak Sue ada order kasut yang lain dari kebiasaan pilihan Kak Sue. Memang sejak berkeluarga nie, Kak Sue suka beli kasut yang mudah nak sarung, nak cepat katakan. Cuma baru-baru nie Kak Sue berkenan pula dengan pilhan kasut Ijmal yang selesa dan ringan. Kak Sue pilih jenis wedges warna Seaweed Green, suka sangat dengan warna nie. Senang nak match dengan baju nanti, lepas tu wedges nie kan ada tapak tinggi sikit, jadi nampak tinggi sikit lah Kak Sue yang rendah nie.. Yang penting kasut Ijmal nie selesa dan ringan, juga mengutamakan kekemasan syariah..

Pilihan Kasut Ijmal Yang Selesa dan Ringan
Pilihan Kasut Ijmal Yang Selesa dan Ringan


Pilihan Kasut Ijmal Yang Selesa dan Ringan

Kadang kita kalau beli kasut jenis wedges dan ada tapak nie, rasa berat sikit kasut tu kan. Dengan pilihan kasut dari Ijmal nie memang selesa dan ringan aja bila kita pakai. Bukan setakat cantik aja, tapi kasut Ijmal nie bantu kurangkan sakit tumit dan lenguh kaki bila kita banyak berjalan. Sesuai sangat pakai bagi yang nak travel, kerja yang memerlukan banyak berjalan dan berdiri dan nak pakai pergi jaln shopping pun boleh. Kak Sue test jalan-jalan dalam rumah hari tu pun rasa macam tak pakai kasut sebab ringan tau korang, selesa sangat..

Pilihan Kasut Ijmal Yang Selesa dan Ringan
Pilihan Kasut Ijmal Yang Selesa dan Ringan

Kasut Ijmal nie kasut kulit berkualiti, kalis air dan tahan lasak. Diperbuat dari material neri berfungsi menyerap peluh, elakkan kaki melecet dan tak panas. Ada jaminan waranty selama satu bulan lagi tu haaa.. tak risau lah kalau ada apa-apa masalah tu boleh ja pergi tukar atau rujuk kat kedai. Selain dari tu ada Insole special dan tebal membantu atasi sakit kaki macam Kak Sue bagi tau tadi tak ada lah kita stress kalau nak berjalan lama kan.. 

Pilihan Kasut Ijmal Yang Selesa dan Ringan
Pilihan Kasut Ijmal Yang Selesa dan Ringan - Gambar dari Page Butik Ijmal

Selain dari tu kasut wedges Ijmal nie ada kelebihan dan fungsi absorb hentakan, jadi bila kita jalan lama tu tak ada lah rasa sakit belakang selain dari sakit kaki dan tumit tadi. Tapak kasut yang besar dan dari getah, dapat elakkan kita  jatuh dari tempat yang licin. Ini yang paling takut nie kan.. silap jalan, licin dan jatuh dah dapat sakit lain pula.. Jalan kemana, apa kemana.. ehehe..

Pilihan Kasut Ijmal Yang Selesa dan Ringan
Pilihan Kasut Ijmal Yang Selesa dan Ringan - Gambar dari Page Butik Ijmal

Untuk info korang, yang tertanya-tanya tu kasut Ijmal nie ada empat jenis. Jadi korang boleh pilih yang mana berkenan kat hati. Antara jenis kasut Ijmal ialah Ijmal Wedges, Ijmal Plain, Ijmal Embo dan Ijmal Tulip ada bermacam pilihan warna menarik yang korang boleh pilih juga tau. Korang masuk je website Ijmal, pilih jenis kasut, warna dan size.. bayar dan tunggu je penghantaran dari pihak Ijmal. Senang aja..

Pilihan Kasut Ijmal Yang Selesa dan Ringan
Pilihan Kasut Ijmal Yang Selesa dan Ringan - Sumber gambar dari page Butik Ijmal

Korang yang tengah mencari kasut kulit yang selesa Kak Sue rekemen korang beli kasut dari Ijmal nie. Memang puashati sangat, layanan yang mesra dan penghantaran yang cepat sampai ke pintu rumah. Butik Ijmal juga ada buat special pakej Haji dan Umrah, siap ada free gift lagi. Harga pun sangat lah berbaloi. Untuk bulan Disember pula dapat Kelander Esklusif dan Beg Kosmetik secara percuma dengan setiap pembelian kasut Ijmal. Haa.. tunggu apa lagi, cepat tau.. Kak Sue pun macam berkenan juga nie dengan gift yang disediakan tu. Untuk lebih detail macam biasa korang boleh singgah kat bawah nie ya

BUTIK IJMAL

Alamat
No 1149 & 1149-A, Jalan Jambu 1,
Taman Muhibah, Saleng
Senai, Johor

No Tel
016 344 3373

Email
butikmuslimahijmal@gmail.com

Website

Facebook
IJMAL @BUTIKIJMAL

Instagram
@ijmal.malaysia