Pengalaman Cucuk Vaksin Dos Kedua

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi Pengalaman Cucuk Vaksin Dos Kedua pula dengan korang. Saja lah kan nak kongsi kat sini buat kenangan dan bukti yang Kak Sue pun dah lalui pengalaman  cucuk vaksin dos kedua bagi melengkapkan keperluan untuk zaman sekarang nie. Lega sikit bila dah completed dose nie kan.. 

Pengalaman Cucuk Vaksin Dos Kedua
Pengalaman Cucuk Vaksin Dos Kedua


Pengalaman Cucuk Vaksin Dos Kedua

Untuk pengalaman cucuk vaksin dos kedua nie Kak Sue dah lebih bersedia sikit, sebab dah lalui pengalaman yang pertama sebelum nie dah kan. Jadi tak ada lah nak mengelabah atau panic attack macam sebelum nie. Cuma perasaan takut pada jarum masih tetap ada dan masih nak kena hadap.. hehehe..

Pengalaman Cucuk Vaksin Dos Kedua
Pengalaman Cucuk Vaksin Dos Kedua

Sebenarnya kan, kalau korang nak tau.. Kak Sue memang dari kecil lagi, memang takut sangat dengan jarum. Tak tau lah macamana Kak Sue boleh ada perasaan takut kan jarum tu, tetiba aja dah ada perasaan takut pada jarum tu. Nasib lah masa pengalaman cucuk vaksin dos pertama hari tu semua okay dan tak ada rasa apa pun, tak sakit langsung hokay. Tau-tau dah siap dah pun..

Dan.. selain takut jarum, satu lagi perkara yang paling Kak Sue takut dan risau bila nak cucuk vaksin nie ialah AEFI atau efek selepas cucuk vaksin. Bukan lah nak bersangka tak baik atau menidakkan kata pakar, tapi bila dengar sendiri pengalaman kawan-kawan terdekat rasa risau tu tetap ada dalam hati tau..

Maklumlah vaksin nie kan masih dalam ujian.. tetiba kita semua diwajibkan pula untuk cucuk vaksin. Pulak tu kalau ada sebarang masalah kesihatan selepas tu, semuanya kita perlu tanggung sendiri. Jadi memang tak dapat nak hilangkan rasa risau kalau terjadi apa-apa kan.. huhuhu..

Berbalik pada cerita pengalaman cucuk vaksin.. masih sama macam pengalaman cucuk vaksin yang pertama, selesai daftar diri, Kak Sue terus diarahkan tunggu ditempat yang disediakan sebelum dipanggil oleh petugas untuk berjumpa dengan doktor sebelum kita diberi sutikan dos kedua. Macam biasa doktor akan tanya ada tak apa-apa masalah kesihatan selepas cucuk vaksin dos pertama. Lepas selesai kita kongsi masalah atau apa-apa yang kita nak tanya, doktor akan beri nasihat dan sedikit penerangan dan kita diarahkan ke bilik untuk terima suntikan dos kedua..

Kali nie dapat doktor friendly dan ceria sikit, siap pesan suruh Kak Sue bertenang dan jangan gelabah. Memang rasa lega lah sikit hati nie kan. Sekejapan dah selesai dan sedia untuk ambik kad vaksin dah. Selesai semua urusan Kak Sue dan Abang Man tak perlu tunggu pun untuk pemantuan kata petugas kat situ, kami terus aja bergerak balik. Eh lupa pula nak bagi tau.. kali nie Kak Sue dapat cucuk vaksin sama tarikh dengan Abang Man, jadi tak payah dah Abang Man nak datang lagi esoknya, alhamdullilah dimudahkan urusan kali nie..

Dan macam pengalaman cucuk vaksin yang pertama hari tu, balik aja ke rumah terus Kak Sue minum air kelapa dan berehat. Sebelum nak tidur baru lah Kak Sue makan panadol pula. Risau takut demam pula nanti kan. Katanya dos kedua nie ada yang demam teruk. Tapi ahamdullilah, semua baik-baik aja untuk Kak Sue dan Abang Man, tak ada demam, lenguh atau sakit apa pun. Abang Tihie aja rasa lenguh tangan sikit dos kedua nie, dalam tiga hari juga lah..

Pengalaman Cucuk Vaksin Dos Kedua
Pengalaman Cucuk Vaksin Dos Kedua

Cuma.. yang tak bestnya kalau tak silap Kak Sue, lepas aja beberapa minggu selepas cucuk vaksin dos kedua Kak Sue tetiba diserang gastrik yang teruk. Rasa sedih dan down juga lah masa tu sebab tak pernah rasa sakit macam tu sampai rasa terganggu aktiviti harian Kak Sue. Tak boleh duduk lama-lama dan tak boleh nak fokus sangat dengan aktiviti harian sebab sakit sangat..

Kali nie memang tak boleh perut kosong langsung, lambat makan atau tak boleh silap makan, nanti mula lah perut rasa macam dipulas-pulas seharian.. apa pun tak boleh buat.. sedih betul. Kak Sue memang jarang dapat sakit yang teruk, bila rasa sakit macam nie memang tak selesa sangat. Tertanya juga kenapa tetiba aja boleh sakit sampai macam nie.. Bukan lah nak nak menakutkan atau nak salahkan mana-mana pihak. Tapi cuma nak berkongsi pengalaman peribadi Kak Sue sahaja dan rupanya memang ada orang lain pun hadapi masalah macam Kak Sue juga bila baca pengalaman depa kat social media hari tu..

Akhirnya.. disebabkan rasa sakit yang dah tak boleh ditahan lagi, Abang Man bawa Kak Sue buat rawatan terapi dulu disebabkan Kak Sue tolak bila Abang Man ajak ke klinik. Kak Sue ada alasan peribadi tak nak ke klinik dulu kali nie dan Kak Sue tak nak kongsikan kat sini. Apapun kata Abang Rosli yang buat rawatan terapi hari tu, perut Kak Sue sebenarnya dah penuh dengan asid dan angin yang banyak sebab selalu sangat skip sarapan pagi. Tambah memburukkan lagi keadaan katanya Kak Sue nie suka stress. Memang kena basuh lah sikit sebab abaikan kesihatan diri.. ehehe..

Kata Abang Rosli masalah skip sarapan nie antara menjadi punca Kak Sue kena gastrik yang teruk tu. Kak Sue macam setuju juga lah kalau bab skip sarapan tu, sebab memang betul lah selalu Kak Sue tak ambil sarapan pun. Cuma bab stress tu Kak Sue rasa tak sedar bila masa pula Kak Sue stress. Cuma bila Kak Sue sakit perut hari tu memang ada rasa stress lah sikit. Kata Abang Man Kak Sue mungkin stress sebab menghadap kerja sampai tak peduli benda lain selagi tak siap, sampai jadi stress agaknya..

Apapun.. Kak Sue bersyukur keadaan gastrik Kak Sue sekarang nie dah beransur sembuh dan semakin baik. Kak Sue dah mula jaga waktu makan dan elakkan makanan yang boleh buat perut Kak Sue rasa kurang selesa. Semoga ujian yang Kak Sue dan dua orang lagi adik Kak Sue yang juga alami masalah yang sama dan mungkin ada orang lain juga lalui ujian kesihatan yang lain diberi kesembuhan sepenuhnya ya. Semoga ada hikmah dan pahala sabar atas ujian kita nie..

Akhir kata.. setiap yang berlaku dalam hidup kita semuanya atas izin Allah, baik atau buruk pasti ada hikmah tanda Allah kasih pada kita. Allah uji sebab Allah sayang. Jangan sedih dan jangan putus asa ya.. Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat dan jagaan Allah.. jaga diri selalu korang. Jumpa lagi di entri yang lain.. papai.. 💙

Jemput juga baca entri kali pertama Pengalaman Cucuk Vaksin


Post a Comment

5 Comments

  1. Syukur dah selesai dua dos kak Sue.

    ReplyDelete
  2. tahniahnyerr dah 2nd dose., kene tunggu dose penggallak pulak pasni., ;p

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah dah setel dos ke 2. kak sue jgn skip makan tau kalau dah sakit susah. take care

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah selesai dah dos ke-2.
    Jaga makan betul2 kak. Semoga cepat sembuh ye

    ReplyDelete
  5. tahniah kak ! Dah 2 doses ! moga akk sihat2 sahaja kak ye....saya alhamdulillah dah lengkap 3 doses hehehe

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️