Assalamualaikum, hai semua. Rindunya Nak Menulis di Blog. Tapi tak tau lah apa yang disibuk kan sampai tak sempat langsung nak menjenguk kat sini. Dah lama betul rasanya tak ada entri baru kat blog kesayangan Kak Sue nie. Hari nie tiba-tiba rasa rindu pula nak menulis, rasa rindu nak berkongsi cerita kat sini..
![]() |
| Rindunya Nak Menulis di Blog. |
Rindunya Nak Menulis di Blog
Sebenarnya sepanjang tempoh menyepi nie, hidup Kak Sue berjalan macam biasa aja macam Mak-Mak yang lain. Bezanya hidup Kak Sue lebih santai dari sebelum nie sebab anak-anak dah besar. Dah tak perlu nak urus ke sekolah atau menghantar barang ke asrama. Tapi tu lah masih lah tak dapat nak aktif menulis macam dulu..
Rutin harian Kak Sue masih macam biasa, memasak macam selalu disamping rutin harian yang lain. Kadang tu ada juga hari yang memang Kak Sue cuti masak juga. Tapi tetap lah buat rutin yang lain sebab tak boleh rasanya kalau nak duduk-duduk saja macam tu. Bosan pula rasanya..
Tapi kalau tiba hari malas Kak Sue memang tak buat apa-apa lah juga. Cuma rasanya jarang lah tak buat apa-apa langsung. Paling malas pun, Kak Sue akan mendobi atau lap habuk-habuk yang banyak sangat kat rumah nie. Penat betul ya asyik nak mengelap aja kerjanya. Memang banyak betul habuk dengan bulu-bulu si kucin kat rumah nie.
Kadang kalau semua kerja dah siap, Kak Sue suka juga layan drama Korea atau movie kat Netflix atau Disney. Biasa lah kalau dah layan drama atau movie nie, tau-tau sampai habis semua episod Kak Sue layan seharian. Kadang tu tak sempat habis episod ada juga Kak Sue terlelap sekerat jalan. Hihihi..
Selain tu, antara aktiviti Kak Sue sekali sekala kalau ada masa lapang Abang Man akan bawa Kak Sue ride solo atau ride dengan kawan-kawan Abang Man. Memang seronok sesekali dapat ride berjalan ke tempat orang. Kadang tu kami ke gerai atau kedai makan yang viral untuk mencuba. Samada sarapan atau makan tengahari. Kadang tu kalau ride ke tempat jauh kami ada juga bermalam beberapa hari..
Macam tu lah aktiviti Kak Sue sekarang nie. Aktiviti remaja purba lah kata kan. Okay lah setakat nie dulu perkogsian Kak Sue kali nie. Rindu betul nak menulis dan membaca entri kawan-kawan. InsyaAllah, lepas nie Kak Sue akan cuba luangkan masa untuk kembali akftif berkongsi cerita kat sini lagi ya. Till next entri, papai!


0 Comments
Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️