Pengalaman Cucuk Vaksin

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi Pengalaman Cucuk Vaksin pula dengan korang. Saja lah kan buat satu entri untuk kenangan yang Kak Sue dan kita semua nie pernah lalui zaman pendemik dan perlu melalui pengalaman cucuk vaksin nie.. hehehe..

Pengalaman Cucuk Vaksin
Pengalaman Cucuk Vaksin


Pengalaman Cucuk Vaksin

Sebenarnya kan.. pengalaman cucuk vaksin Kak Sue nie penuh dengan drama. Sebabnya kan bila Kak Sue dapat aja tarikh untuk hadir ke PPV, pada hari yang sama.. dia punya mengelabah tu sampai dua, tiga kali berulang ke bilik air. Terus rasa sejuk kaki tangan dan nak makan pun terus rasa tak ada selera dah.. Tapi risau pula kalau perut kosong, Kak Sue makan lah kurma sikit buat alas perut..

Pengalaman Cucuk Vaksin

Punya lah gelabah, sampai beg tersangkut kat kerusi pun beg dengan kerusi tu kena marah  hokay,  haru betui.. hahaha.. Dan.. Kak Sue nie kalau kawan-kawan dan keluarga rapat mana yang dah tau, Kak Sue memang ada panic attack yang teruk sejak kes Abang Tihie pernah cedera dan admit hospital beberapa tahun lepas. Jadinya kalau dapat panggilan telefon atau satu benda atau perkara yang buat Kak Sue terkejut makanya macam nie lah jadinya diri Kak Sue. Tambah memburukkan lagi keadaan Kak Sue suka sangat baca berita yang dikongsikan di social media pasal vaksin nie.. 

Bila dah datang panic attack nie, mula lah berdebar dada dan rasa susah nak bernafas. Nasib lah ada Abang Man dan Kakak yang selalu tenangkan Kak Sue. Bukan mudah bagi Kak Sue nak lalui pengalaman panic attack nie tau, kadang rasa sedih juga lah bila keadaan diri kita macam nie kan. Apapun, hidup mesti diteruskan ya dak. Berbalik pada pengalaman cucuk vaksin Kak Sue tadi, bila dah dapat sms dan notifi dari MySejahtera jadinya Kak Sue pun bersiap lah nak ke PPV IDCC Jalan Duta. Dalam perjalanan tu usah cakap lah bagai nak pecah dada rasanya. Punya panik tu kan.. bila sampai aja kat sana, tengok orang pun dah tak berapa ramai sangat.. lega lah juga hati nie kan..

Nanti kalau bersesak-sesak, dah satu hal lagi jadi risau pula nak masuk. Tapi.. Kak Sue macam biasa lah.. dalam panic attack apa semua tu boleh pula banyak betul ya soalan yang Kak Sue tanya doktor kat PPV tu. Dan nasib baik lah doktor dan petugas kat situ semua baik dan peramah belaka, layan aja soalan dan kerenah Kak Sue. Dari mula sampai lah selesai cucuk vaksin tak ada apa-apa masalah, walaupun Abang Man agak risau kalau Kak Sue buat hal panik pula kat situ.. hehehe.. Alhamdullilah syukur sangat..

Pengalaman Cucuk Vaksin
Pengalaman Cucuk Vaksin

Ikutkan tarikh daftar cucuk vaksin Kak Sue tu sama dengan Abang Man, tapi orang yang penakut jarum dan ada panic attack nie pula yang dipanggil dulu. Boleh pula tarikh temujanji Abang Man nak cucuk vaksin keesokkan harinya, selang sehari aja dari tarikh temujanji Kak Sue. Dah satu hal berulang alik ke IDCC Jalan Duta, lagi esoknya. kebetulan Abang Tihie pun dapat tarikh yang sama dengan Abahnya tapi PPV di Puncak Alam pula. Pun nak kena ulang alik ke Puncak Alam lepas tu terus ke Jalan Duta pula. Sabar ja lah kan kita nie kan..

Bila dah selesai semua urusan Kak Sue cucuk vaksin, kami balik terus ke rumah dan Kak Sue dinasihatkan berehat dan jangan buat kerja berat dalam dua tiga hari. Balik tu Kak Sue terus minum air kelapa, nak tidur baru telan panadol pula. Alhamdullilah, Kak Sue tak ada demam atau AEFI yang teruk. Cuma Kak Sue tak selera nak makan, susah nak tidur malam dan terasa pedih dekat dada sesekali. Kak Sue bersyukur sangat-sangat Kak Sue lalui AEFI yang ringan berbanding kawan-kawan kami dan  orang lain..

Sebenarnya Kak Sue percaya yang AEFI nie memang ada dan betul.. kita tak boleh nak nafikan. Kak Sue paham perasaan mereka yang lalui pengalaman AEFI. Ada juga kalangan keluarga dan kawan-kawan yang lalui pengalaman AEFI nie. Apapun Kak Sue tetap doakan mereka yang diuji, semoga diberi kesembuhan sepenuhnya, diberi pahala sabar dan redha. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul kan, yang pasti setiap ujian yang datang pasti ada hikmahnya. Kita hanya mampu berserah dan berdoa semoga Allah jaga dan bantu kita semua.. Aamiin Ya Rabb..

Setakat nie dulu pengalaman cucuk vaksin Kak Sue untuk dos pertama kali nie, jumpa lagi di entri yang lain ya.. Jaga diri semua.. papai!

Post a Comment

6 Comments

  1. alhamdu;i;;ah kak sue.. usaha ita untuk dijauhkan dari Covid19.. selebihnya ALLAH SWT yang tentukan

    ReplyDelete
  2. Saya dah full vaksin..semoga kita semua dipermudahkan segala urusan itunjuga satu usaha dan iktiar..semoga kita dilindungi dan dijauahkan dari wabak ini..jgn lupa baca? Jenis vaksin dan kesan sampingan

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah dah selesai divaksin
    Semoga kita dijauhi daripada jangkitan c19 ini

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah dipermudahkan. AEFI tu apa kak sue

    ReplyDelete
  5. yeay...semoga lebih ramai baca dan pergi vaksin. #kitajagakita

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah dah selesai. Panic attack dan anxiety orang yang pernah mengalami je faham. AEFI tu bergantung pada orang juga. Semoga kak Sue dan keluarga dijauhi dari virus C19

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤