Jambatan Tertinggi di Malaysia Rawang Bypass

Assalamualaikum, hai semua! Beberapa minggu lepas Kak Sue sekeluarga sempat lah jalan-jalan pusing ke Jambatan Teringgi di Malaysia Rawang Bypass. Tak jauh pun dari rumah Kak Sue kalau ikut Highway Latar. Lepas kami makan-makan tempat biasa Cendol Bawah Pokok, Abang Man saja bawa kami pusing-pusing ke Jambatan Tertinggi di Malaysia, macam menarik ja tengok dari jauh. Kereta pun banyak bersusun tepi-tepi jalan nak tengok pemadangan dari atas kan..

Jambatan Tertinggi di Malaysia Rawang Bypass
Jambatan Tertinggi di Malaysia Rawang Bypass

Jambatan Tertinggi di Malaysia Rawang Bypass

Kalau dari Latar Highway, korang kena buat u-turn untuk naik ke jambatan. Kebetulan masa kami sekeluarga pergi sana, hujung minggu. Kereta pun banyak sikit lah, semua pakat nak naik atas nak tengok pemandangan dari Jambatan Tertinggi di Malaysia. Kak Sue tak tahu lah dapat nak turun dari kereta atau tak, sebab Kak Sue gayat orangnya.. mau berpeluh tapak tangan dan kaki jap lagi.. hahaha..

Jalan pintas Rawang sepanjang sembilan kilometer nie bakal menjadi mercu tanda baru negara kita sebab jambatan nie mempunyai ketinggian 58.2 meter dari aras tanah. Projek jambatan nie menelan belanja RM628 juta menggunakan teknologi dari Eropah. Mula dibina pada 16 Julai 2005 dan siap sepenuhnya pada 21 November 2017, sumber nie Kak Sue baca di Kosmo Online. Banyak juga kos nak siapkan jambatan nie ye.. huhuhu.. Katanya jambantan nie dapat kurangkan sesak di kawasan Rawang. Harap macam tu lah..

Jambatan Tertinggi di Malaysia Rawang Bypass
Jambatan Tertinggi di Malaysia Rawang Bypass - patah balik nie, nak hujan..
Jambatan Tertinggi di Malaysia Rawang Bypass
Jambatan Tertinggi di Malaysia Rawang Bypass - betul-betu kat tengah jambatan


Sampai aja kat atas jambatan, bahagian tengah tu.. ternyata Kak Sue tak mampu nak keluar. Dah mula rasa berpeluh dan cemas, penyakit gayat dah datang.. hahaha! Abang Man dan anak-anak aja keluar tengok-tengok pemandangan dari atas. Siap bergambar bagai, dah puas depa tengok pemandangan kami pun terus jalan ke depan lagi sebab nak pusing balik kan. Dekat-dekat situ memang tak ada jalan untuk buat pusingan U. Tak apa lah, boleh kita ronda-ronda petang.. ehehe..

Lepas kami pusing balik, Abang Man berhenti lagi kat tengah jambatan nak tengok pemandangan sebelah sini pulak. Hadoi la, yang kita takut tapi nak tengok juga. Akhirnya turun la sekejap sambil terjerit kegayatan, sempat snap gambar Abang Man lagi tau. Takut-takut berani katanya.. hahaha! Bagi korang yang nak balik kampung, rasa Kak Sue ke Perak dan Pahang boleh lalu sini kut. Tak payah tempoh pekan Rawang dah. Pekan Rawang tu kalau jem boleh tahan tahap nak muntah juga.. Mana yang belum datang nak tengok pemadangan dari atas nie, boleh lah datang, jambatan dah siap dah wei.. hahaha! Jangan lupa selpie.. jumpa lagi, papai!



Post a Comment

30 Comments

  1. Liez merasa naik hr kedua pembukaan highway ni... excited habis...

    ReplyDelete
  2. Orang kata boleh rasa gegarannya kalau lori besar lalu... Makin seram ye tak...

    ReplyDelete
  3. waaaa.. bestnya... tak penah lalu lagi.. tapi mesti cuba lalu ni...

    ReplyDelete
  4. klu nieyl pun x boleh..rasa nak pitam tgk tempat tinggi cmtu..

    ReplyDelete
  5. Tak pernah lagi lalu situ.. Teringin sgt nak lalu jambatan tertinggi di Malaysia ni...

    ReplyDelete
  6. saya pun jenis gayat hehe..mau merangkak atas tu kang. hehe btw, good job JKR fot this bridge !

    ReplyDelete
  7. Gayat rupanya kak sue ye. Ana kalau mcm ni ok lg. Kalau diri dkt tempat tinggi bercermin tu ana kurang sikit.

    Tak lalu lagi lah kat sini. Nampak cantik je view sepanjang jln tu ye kak.

    ReplyDelete
  8. Tak pernah lalu lagi baru siapkan. Boleh trylah nanti masa nak balik kampung

    ReplyDelete
  9. Ramai yg posing kat sini Kan. Cantik Sgt gambar kak sue kat sini

    ReplyDelete
  10. Teringin betul nak lalu dekat sini, pemandangan best

    ReplyDelete
  11. Alaaa awat tak amik gambo pemandangan ke bawah hijau2 tu.. teringin nak tengok.. hihihihi

    ReplyDelete
  12. Jemput Join Giveaway TB yea.. tarikh tamat 31 dis ni.. hadiah wang tunai untuk dimenangi.. Pemenang dipilih secara random .. sape2 pun boleh jadi pemenang.. syarat tak banyak.. hahaha.. jom2..

    ReplyDelete
  13. la....dah siap rupanya ..baru ni Sal ada tengok dalam berita tapi tak fokus sangat...nak ajak la anak-anak jalan sana..

    ReplyDelete
  14. Seram tengok jambatan ni. Hati-hati memandu ya kak. Tengok pemandangan siang cantik je. Malam-malam tu meremang tak? Hahaha

    ReplyDelete
  15. Bila la metasa nak lalu sini...tp rasanya tak kot..hahaha

    ReplyDelete
  16. rasanya lambat lagi nak sampai sini tapi sha rasa kalau sha sampai sini mesti penuh phone dengan gambar pemandangan

    ReplyDelete
  17. SA tak pernah lalu sini lagi...rasa nak ajak cik abg tu ikut sini la kalau cuti nanti...nampak menarik

    ReplyDelete
  18. eh boleh berhenti dekat tepi ke ? wahhh boleh lah nak cuba lalu nanti kalau ada kesempatan. Tapi tengok mcm seram je >__<

    ReplyDelete
  19. pernah nampak dr GCE tapi tak berani nak lalu.....cheq gayat huhuhu

    ReplyDelete
  20. Gayat tak kak lalu situ... Sy tengok tinggi betul highway ni.... canggih betul... Alhamdulillah sudah siap dan boleh digunakan.

    ReplyDelete
  21. kalau Mai pun gayat nak pandang bawah hihi. memang tinggi jambatan ni

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  22. Tak lalu lagi area sini. Oh takut gayat ye, kalau naik flight macam mana tu hihi

    yanmieonline.com

    ReplyDelete
  23. dengar cerita masa mula2 opening dulu, byk jugak org yg terlajak terlepas simpang bagai hahaha

    ReplyDelete
  24. Lama betul pembinaan jambatan tertinggi ni yer. Amik masa 12 tahun tu. Saya pon gayat jugak kalau tinggi2 macam ni 😁

    ReplyDelete
  25. I can't wait to check out that place, such a great view up there.

    ReplyDelete
  26. lain kali i need to go there explore jugak! macam menarik je.

    4D3N Star Cruise 2017

    ReplyDelete
  27. wow really panjang Jambatan Rawang. Ada place for car stopping?

    ReplyDelete
  28. ada lalu sini masa belum siap aritu.. seram tengok

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️