Kelapa Laut Man Java

Assalamualaikum, hai semua. Lama juga kan Kak Sue tak kongsi bisnes kecil kami pati Kelapa Laut Man Java. Sebenarnya order ada aja setiap bulan, kadang tiap minggu pun ada. Cumanya tak sempat nak kongsi kat sini. Sekarang nie cuaca panas sangat kan, sedap kalau dapat minum air Kelapa Laut Man Java nie tau. Bukan apa kami ada campur bahan sejukkan badan sekali dalam produk kami tu.. InsyaAllah dengan izin Allah sejuk segar nanti.. hehehe.. kasi can promote sikit tau..

Kelapa Laut Man Java
Kelapa Laut Man Java

Kelapa Laut Man Java

Bila cuaca panas macam nie Alhamdullilah rezeki kami peniaga air nie memang laju lah sikit, tapi kalau musim hujan sendiri mau tahu lah kan.. hehehe.. Sebenarnya Allah dah susun cantik dah rezeki untuk kita semua kan. Masing-masing Ada bahagian dah. Alhamdullilah juga sekarang nie salah satu pesanan pelanggan pati Kelapa Laut Man Java yang kami nak kena siapkan ialah kilang yang Kak Sue pernah bagi tau kat sini dulu. Dah tiga kali repeat order juga dah..

Kilang tu rebranding balik pati Kelapa Laut Man Java dan dah mula dipasarkan dah. Korang boleh lah cuba kat kawasan korang nanti tau. Kak Sue pun belum tahu sepenuhnya kat mana depa pasarkan tapi kalau area TBS nie rasanya mungkin dah ada kut bawah jenama Assafa. Orang Melayu kita juga yang pasarkan nie, harap kerjasama nie berpanjangan lah kan. Saling bantu membantu ekonomi orang kita.

Kelapa Laut Man Java
Kelapa Laut Man Java
Kelapa Laut Man Java
Kelapa Laut Man Java
Untuk order bulan puasa pun ada peniaga dah mula confirm nama dan tempat. Kami akan kekalkan peniaga lama yang masih nak gunakan produk kami tapi akan buka beberapa tempat untuk peniaga baru juga nanti. Biasanya macam tahun-tahun sebelum nie kami akan mula bagi tau bila boleh mula buat pesanan. Tak nak kelam kabut kan bukan sikit nak kena siapkan dan hantar. Harap pembekal dan peniaga dapat beri kerjasama yang baik tahun nie..

Macam biasa juga Kak Sue nak bagi tau selain pati Kelapa Laut, kami juga ada bekalkan Air Kedondong Asam Boi dan Air Durian Belanda. Korang kalau ada yang nak cuba atau nak rasa produk kami baik untuk minum sendiri, berniaga atau untuk tempahan sebarang majlis boleh klik banner kat atas blog Kak Sue nie atau hubungi Abang Man dan Kak Sue ya. Nanti Kak Sue kongsikan detail kat bawah nie ya. Rezeki sama dikongsi..

Man Java Enterprise

No Tel
012 5854998 / 012 5844736

Email
skabdy@yahoo.com


Keep Reading»

Gel Mandian Wangian Echanteur Paris Terbaru

Assalamualaikum, hai semua. Lama Kak Sue menyepi dengan produk pilihan kan, kali nie Kak Sue nak kongsi dengan korang Gel Mandian Wangian Echanteur Paris Terbaru. Selalunya kalau produk dari Echanteur nie memang teruja sikit sebab boleh kata ada banyak pilihan wangian untuk orang perempuan macam kita nie. Jadi untuk kali nie Kak Sue nak kongsi Gel Mandian Wangian Echanteur Paris terbaru pula dengan korang..

Gel Mandian Wangian Echanteur Paris Terbaru
Gel Mandian Wangian Echanteur Paris Terbaru

Gel Mandian Wangian Echanteur Paris Terbaru

Gel Mandian Wangian Echanteur Paris Terbaru.. belaian romantis mandianmu. Amboi kemahin lagi kan. Korang jangan tak tau wangian Echanteur nie boleh menghidupkan suasana dan menenangkan jiwa tau. Dapat menikmati belaian lembut masa mandi bagi menghilangkan tekanan dan kesibukan sepanjang hari, antara rutin harian yang wajib diamalkan para wanita macam kita nie. 

Sebaik saja kita jejakkan kaki di bawah pancuran bilik mandi, sentuhan gel mandian dengan wangian yang menyerap lembut beri ketenagan minda dan jiwa yang menjadikan saat waktu bermanja dan bersendiri yang paling menyenangkan.. best kan.. Waktu nie lah kita nak manja-manjakan diri kita..

Apakah yang membuatkan masa mandian itu mewah? Memilih gel mandian yang sesuai adalah faktor utama, dan menjadikannya lebih menarik ialah menggunakan gel mandian yang diadunkan dengan wangian mempersona macam Echanteur nie. Bayangkan perasaan tenang yang menyusup masuk bila pintu bilik mandi kita tertutup rapat.. dan bila pancuran air suam yang mengalir kembalikan semula kesegaran. Bunyi titisan air mencipta melodi halus yang menenangkan minda juga kemanisan aroma dari gel mandian yang memukau dan buih-buih lembut yang membelai kulit, melengkapkan masa mandian termewah..

Gel Mandian Wangian Echanteur Paris Terbaru
Gel Mandian Wangian Echanteur Paris Terbaru
Sememangnya adalah masa terapeutik yang dapat segarkan dan caskan semula tenaga kita yang hilang sebab tekanan sepanjang hari. Biasa lah kita orang perempuan.. memang macam-macam nak siapkan kerja yang tak habis-habis kan.. Untuk memberi wanita lebih peluang untuk manjakan diri, Echanteur wangian yang diilhamkan Perancis paling laris dan digemari ramai nie memperkenalkan Gel Mandian Wangian Enchanteur Paris. 

Diadun dengan wangian Perancis, rangkaian mandian nie merangsangkan deria dan menjadikan setiap waku mandian kita satu pengalaman yang mewah. Formulasi bebas sabun dan paraben nie diperkaya dengan bahan berkhasiat yang mampu berikan manfaat pada kulit, melembapkan, melembutkan sambil membersihkan juga kulit kita agar kulit kekal sihat dan wangi..

Dengan Gel Mandian Wangian Echanteur Paris saat bermanja untuk tubuh badan dan minda kita lebih menyeronokkan. Gel Mandian Wangian Echanteur Paris, boleh didapati dalam tiga variasi setiap satunya diadun dengan wangian Echanteur Paris yang sangat disukai dan diperkaya dengan ramuan uniknya tersendiri.

Gel Mandian Wangian Echanteur Paris Terbaru
Gel Mandian Wangian Echanteur Paris Terbaru

1. Gel Mandian Wangian Echanteur Paris - Belle Amour Bright & Smooth (Mencerah & Melicin)
Serlahkan kelembutan kulit dengan adunan sebati pati wangian bunga Lily dan Ylang-ylang. Diperkaya dengan pati minyak mawar dan vitamin B3, ia menjadikan kulit kita lebih halus, cerah dan menawan.

Gel Mandian Wangian Echanteur Paris Terbaru
Gel Mandian Wangian Echanteur Paris Terbaru

2. Gel Mandian Wangian Echanteur Paris - Mom Amie Fresh & Cool (Menyegar & Menyejuk)
Tingkatkan daya tarikan dengan personaliti ceria dan menyegarkan dengan gabungan wangian Fresh Citrus dan Pink Peonies. Diperkaya dengan pati minyak Lemon dan Menthol, ia memberikan kulit kita sensasi menyegarkan sesui untuk temujanji kasual.
Gel Mandian Wangian Echanteur Paris Terbaru
Gel Mandian Wangian Echanteur Paris Terbaru

3. Gel Mandian Wangian Echanteur Paris - Adore Soothe and Care (Menenang & Melega)
Serlahkan diri dengan gabungan wangian Pink Mimosa dan Golden Pear. Diperkaya dengan esktrak Chamomile bagi melegakan tekanan dan membetikan perasaan tenang pada kulit serta tubuh badan, membolehkan kita berehat selepas hari sibuk.
Gel Mandian Wangian Echanteur Paris Terbaru
Gel Mandian Wangian Echanteur Paris Terbaru

Tidak ada yang lebih baik daripada menikmati waktu belaian romantis mandian berkualiti. Selain itu mandian nie juga memberikan keselesaan fizikal dan mental supaya kita dapat merehatkan diri selepas sibuk seharian. Saat terindah yang melegakan waktu tidur atau memulakan hari kita dengan Gel Mandian Wangian Echanteur adalah masa yang paling diraikan setiap hari.

Gel Mandian Wangian Echanteur Paris nie boleh didapati dalam saiz 750gram. Harga pula korang boleh dapatkan dengan harga RM16.75 (Semenanjung) dan RM17.55 (Sabah/Sarawak). Boleh didapati di pasaraya besar dan pasaraya terkemuka seluruh negara. Jom wangi-wangi..





Keep Reading»

Resepi Siakap Kengsom

Assalamualaikum, hai semua. Lama Kak Sue tak kongsi masakan kat sini kan. Mencari balik kekuatan yang hilang sebenarnya. Walaupun masih dalam mood sedih tanggungjawab yang satu nie pada suami dan anak-anak Kak Sue tak lupakan. Masih macam biasa aja korang. Kali nie Kak Sue nak kongsi resepi Siakap Kengsom pula kat sini untuk idea ibu-ibu atau peminat makanan Thailand. Mudah sangat resepi Siakap Kengsom nie, bahan tak banyak dan mudah nak cari. Dengan cuaca panas sekarang nie sesuai sangat kalau nak cuba tau..

Resepi Siakap Kengsom
Siakap Kengsom

Resepi Siakap Kengsom

Resepi Siakap Kengsom nie Kak Sue dapat dari website Rasa. Sebelum nie pertama kali Kak Sue cuba rasa masakan nie di rumah ipar adik Kak Sue si Sue Aina tu. Tertanya juga apa nama masakan nie, nak kata asam pedas bukan, tapi lebih kurang rasa macam tu juga lah. Masa Kak Sue makan tu tinggal kuah dan ikan aja, kangkung tak ada. Ikutkan katanya kena ada kangkung baru sedap..

Kalau korang macam tak ada selera kalau masak resepi nie mesti bertambah makan. Sebabnya ada rasa masam-masam pedas tu memang menaikkan selera tau. Jom lah tengok resepinya jom.. tapi ada dua, tiga bahan yang Kak Sue tak letak sebab tak ada stok kat rumah. Nanas pula sebab kurang makan, kalau buah yang fresh makan lah juga. Kalau letak dalam masakan kang depa tak makan sayang je kan. Jadi kita letak kangkung banyak-banyak. Sedap wei..

Siakap Kengsom

Resepi Asal : Puan Nur Hidayah

Bahan-bahan
1 ekor ikan Siakap - boleh gantikan dengan ikan Kerapu
2 biji cili merah - buang biji *
15 biji cili api *
1 inci kunyit hidup *
1 biji bawang besar *
2 biji bawang merah * (Kak Sue tak letak)
2 ulas bawang putih *
1 batang serai *
1 inci belacan *
1 biji limau nipis - ambil jusnya. (Kak Sue guna serbuk limau dari Maggie)
Air asam jawa secukup rasa
Nanas masak secukupnya - (Kak Sue tak letak)
Kangkung secukupnya

Cara-cara :
Kisar bahan yang bertanda * tadi
Masukkan bahan kisar tadi dan juga nanas dalam periuk 
Masakkan bahan tadi sampai mendidih, kemudian masukkan air asam jawa
Perasakan garam dan gula ikut selera korang
Kemudian boleh lah masukkan ikan dan biar masak
Akhir sekali masukkan kangkung dan perahan limau tadi
Tutup api dan sedia untuk dihidangkan

Keep Reading»

Happy Birthday Abang

Assalamualaikum, hai semua. Tahun nie umur Abang cukup 17 tahun, dah boleh ambik lesen dah. Pejam celik sekejap ja dah besar anak teruna Ibu yang seorang nie. Walaupun masih dalam suasana sedih dengan permergian Tok Pah tapi kami sekeluarga tetap meraikan Abang secara kecil-kecilan tanda ingatan dan kasih sayang. Happy Birthday Abang Ibu mendoakan semoga semuanya baik-baik ja untuk Abang tahun nie ya.. tak mau nak nakal-nakal tau, be good okay..

Happy Birthday Abang
Happy Birthday Abang

Birthday Abang Yang Ke 17 Tahun

Sambutan birthday Abang yang ke 17 tahun nie kami belum plan lagi nak sambut kat mana. Cuma masa malam birthday Abang tu kami ada buat kejutan masa Abang baru balik dari luar. Kelam kabut tutup lampu bagi gelap rumah, bila Abang buka ja pintu terus kami nyanyi lagu Happy Birthday sama-sama sambil pegang kek birthday Abang. Terkejut, terkebil-kebil Abang Kak Sue tengok.. macam sebak pun ada.. Menjadi kejutan kami juga kejutan kami kali nie.. hehehe..

Kak Sue sangat berharap tahun nie tahun yang baik untuk Abang. Tambah lagi tahun nie Abang akan ambil peperiksaan besar kan. Kak Sue tak letak target yang tinggi pun pada Abang sebab tau tahap kemampuan Abang walaupun Abang sebenarnya kata cikgu ada pontensi sebenarnya. Kak Sue tak suka menekan anak untuk membangga diri Kak Sue.. kesian anak. Selagi anak-anak dapat jaga solat, akhlak dan buat benda-benda baik cukup dah untuk Kak Sue. Bagi Kak Sue itu yang paling penting.. InsyaAllah bila ada asas agama, semuanya akan baik-baik..

Happy Birthday Abang
Happy Birthday Abang - Buah hati Ibu
Happy Birthday Abang
Happy Birthday Abang - Kenangan bersama Tok Pah

Pemergian Tok Pah beri impak yang besar dalam hidup kami sekeluarga juga. Anak-anak Kak Sue memang sangat rapat dan manja dengan Tok Pah. Agak perit kami nak lalui waktu-waktu tu, sampai sekarang pun kadang-kadang bila 'rasa' tu datang memang kami akan terdiam layan perasaan masing-masing. Abang sendiri menangis teresak-esak macam anak kecil masa melawat Tok Pah di ICU dan masa tengok Tok Pah untuk kali terakhir.. pilu dan luluh hati Kak Sue nie bila tengok Abang macam tu. Tak ada lagi orang yang akan peluk Abang bila kena marah dengan Ibu dan Abah.. huhuhu..

Tahun lepas memang dua ujian besar dalam hidup kami sekeluarga. Satu ujian pada bulan Oktober yang pernah Kak Sue kongsi kat sini dan ujian perginya orang yang paling kami sayang Tok Pah. Semoga Abang terus kuat dengan ujian yang Abang kena tempuh dalam usia yang masih muda. Kuatkan hati dan semangat ya nak.. pasti ada hikmahnya. Apapun sekali lagi Ibu nak ucapkan Happy Birthday Abang.. Ibu doakan semoga Abang sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah, kesihatan dan akhlak yang baik, rezeki murah dan berkat, cemerlang dan dimudah urusan dunia dan akhirat.. aamiin ya rabb.. Ibu love you so much nak.. 

Keep Reading»