Kelapa Laut Man Java

Assalamualaikum, hai semua. Lama juga kan Kak Sue tak kongsi bisnes kecil kami pati Kelapa Laut Man Java. Sebenarnya order ada aja setiap bulan, kadang tiap minggu pun ada. Cumanya tak sempat nak kongsi kat sini. Sekarang nie cuaca panas sangat kan, sedap kalau dapat minum air Kelapa Laut Man Java nie tau. Bukan apa kami ada campur bahan sejukkan badan sekali dalam produk kami tu.. InsyaAllah dengan izin Allah sejuk segar nanti.. hehehe.. kasi can promote sikit tau..

Kelapa Laut Man Java
Kelapa Laut Man Java

Kelapa Laut Man Java

Bila cuaca panas macam nie Alhamdullilah rezeki kami peniaga air nie memang laju lah sikit, tapi kalau musim hujan sendiri mau tahu lah kan.. hehehe.. Sebenarnya Allah dah susun cantik dah rezeki untuk kita semua kan. Masing-masing Ada bahagian dah. Alhamdullilah juga sekarang nie salah satu pesanan pelanggan pati Kelapa Laut Man Java yang kami nak kena siapkan ialah kilang yang Kak Sue pernah bagi tau kat sini dulu. Dah tiga kali repeat order juga dah..

Kilang tu rebranding balik pati Kelapa Laut Man Java dan dah mula dipasarkan dah. Korang boleh lah cuba kat kawasan korang nanti tau. Kak Sue pun belum tahu sepenuhnya kat mana depa pasarkan tapi kalau area TBS nie rasanya mungkin dah ada kut bawah jenama Assafa. Orang Melayu kita juga yang pasarkan nie, harap kerjasama nie berpanjangan lah kan. Saling bantu membantu ekonomi orang kita.

Kelapa Laut Man Java
Kelapa Laut Man Java
Kelapa Laut Man Java
Kelapa Laut Man Java
Untuk order bulan puasa pun ada peniaga dah mula confirm nama dan tempat. Kami akan kekalkan peniaga lama yang masih nak gunakan produk kami tapi akan buka beberapa tempat untuk peniaga baru juga nanti. Biasanya macam tahun-tahun sebelum nie kami akan mula bagi tau bila boleh mula buat pesanan. Tak nak kelam kabut kan bukan sikit nak kena siapkan dan hantar. Harap pembekal dan peniaga dapat beri kerjasama yang baik tahun nie..

Macam biasa juga Kak Sue nak bagi tau selain pati Kelapa Laut, kami juga ada bekalkan Air Kedondong Asam Boi dan Air Durian Belanda. Korang kalau ada yang nak cuba atau nak rasa produk kami baik untuk minum sendiri, berniaga atau untuk tempahan sebarang majlis boleh klik banner kat atas blog Kak Sue nie atau hubungi Abang Man dan Kak Sue ya. Nanti Kak Sue kongsikan detail kat bawah nie ya. Rezeki sama dikongsi..

Man Java Enterprise

No Tel
012 5854998 / 012 5844736

Email
skabdy@yahoo.com

7 comments

  1. memang dok teringat air ni tau, lelagi cuaca panas ya rabbi ni huhu

    ReplyDelete
  2. Teringat2 air kedondong asam boi dan kelapa laut ni..dah la SA suka sangat...satu hal nak mencari...

    ReplyDelete
  3. musim panas ni dpt pekena kelapa laut man java memang heaven kak. sedapny lah hai.

    ReplyDelete
  4. sedapnya dapat air kelapa time panas2 ni.. Semoga perniagaan makin berkembang dan success.

    ReplyDelete
  5. Air kelapa laut ni memang sedap minum masa cuaca panas.

    ReplyDelete
  6. Masa Bulan puasa pekena air kelapa laut abg man confirm sejuk rasa badan

    ReplyDelete
  7. panas panas nie memang best kalau dapat air kelapa nie.. Lega je tekak..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com


[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.