Happy Birthday Abang

By Kak Sue - February 03, 2019

Assalamualaikum, hai semua. Tahun nie umur Abang cukup 17 tahun, dah boleh ambik lesen dah. Pejam celik sekejap ja dah besar anak teruna Ibu yang seorang nie. Walaupun masih dalam suasana sedih dengan permergian Tok Pah tapi kami sekeluarga tetap meraikan Abang secara kecil-kecilan tanda ingatan dan kasih sayang. Happy Birthday Abang Ibu mendoakan semoga semuanya baik-baik ja untuk Abang tahun nie ya.. tak mau nak nakal-nakal tau, be good okay..

Happy Birthday Abang
Happy Birthday Abang

Birthday Abang Yang Ke 17 Tahun

Sambutan birthday Abang yang ke 17 tahun nie kami belum plan lagi nak sambut kat mana. Cuma masa malam birthday Abang tu kami ada buat kejutan masa Abang baru balik dari luar. Kelam kabut tutup lampu bagi gelap rumah, bila Abang buka ja pintu terus kami nyanyi lagu Happy Birthday sama-sama sambil pegang kek birthday Abang. Terkejut, terkebil-kebil Abang Kak Sue tengok.. macam sebak pun ada.. Menjadi kejutan kami juga kejutan kami kali nie.. hehehe..

Kak Sue sangat berharap tahun nie tahun yang baik untuk Abang. Tambah lagi tahun nie Abang akan ambil peperiksaan besar kan. Kak Sue tak letak target yang tinggi pun pada Abang sebab tau tahap kemampuan Abang walaupun Abang sebenarnya kata cikgu ada pontensi sebenarnya. Kak Sue tak suka menekan anak untuk membangga diri Kak Sue.. kesian anak. Selagi anak-anak dapat jaga solat, akhlak dan buat benda-benda baik cukup dah untuk Kak Sue. Bagi Kak Sue itu yang paling penting.. InsyaAllah bila ada asas agama, semuanya akan baik-baik..

Happy Birthday Abang
Happy Birthday Abang - Buah hati Ibu
Happy Birthday Abang
Happy Birthday Abang - Kenangan bersama Tok Pah

Pemergian Tok Pah beri impak yang besar dalam hidup kami sekeluarga juga. Anak-anak Kak Sue memang sangat rapat dan manja dengan Tok Pah. Agak perit kami nak lalui waktu-waktu tu, sampai sekarang pun kadang-kadang bila 'rasa' tu datang memang kami akan terdiam layan perasaan masing-masing. Abang sendiri menangis teresak-esak macam anak kecil masa melawat Tok Pah di ICU dan masa tengok Tok Pah untuk kali terakhir.. pilu dan luluh hati Kak Sue nie bila tengok Abang macam tu. Tak ada lagi orang yang akan peluk Abang bila kena marah dengan Ibu dan Abah.. huhuhu..

Tahun lepas memang dua ujian besar dalam hidup kami sekeluarga. Satu ujian pada bulan Oktober yang pernah Kak Sue kongsi kat sini dan ujian perginya orang yang paling kami sayang Tok Pah. Semoga Abang terus kuat dengan ujian yang Abang kena tempuh dalam usia yang masih muda. Kuatkan hati dan semangat ya nak.. pasti ada hikmahnya. Apapun sekali lagi Ibu nak ucapkan Happy Birthday Abang.. Ibu doakan semoga Abang sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah, kesihatan dan akhlak yang baik, rezeki murah dan berkat, cemerlang dan dimudah urusan dunia dan akhirat.. aamiin ya rabb.. Ibu love you so much nak.. 

  • Share:

You Might Also Like

6 ulasan

  1. Happy birthday abang. Moga kuat hadapi dugaan hidup

    ReplyDelete
  2. Aamiin. Moga setiap doa kak Sue untuk abang Allah SWT kabulkan. Selamat ulangtahun melahirkan abang kak Sue. Selamat ulangtahun kelahiran untuk abang juga pastinya.

    ReplyDelete
  3. sweetnya ada kejutan bagai.. happy birthday abang

    ReplyDelete
  4. Sanah helwah abg. semoga beroleh keberkatan di dunia dan akhirat. Amin.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤