Resepi Siakap Kengsom

Assalamualaikum, hai semua. Lama Kak Sue tak kongsi masakan kat sini kan. Mencari balik kekuatan yang hilang sebenarnya. Walaupun masih dalam mood sedih tanggungjawab yang satu nie pada suami dan anak-anak Kak Sue tak lupakan. Masih macam biasa aja korang. Kali nie Kak Sue nak kongsi resepi Siakap Kengsom pula kat sini untuk idea ibu-ibu atau peminat makanan Thailand. Mudah sangat resepi Siakap Kengsom nie, bahan tak banyak dan mudah nak cari. Dengan cuaca panas sekarang nie sesuai sangat kalau nak cuba tau..

Resepi Siakap Kengsom
Siakap Kengsom

Resepi Siakap Kengsom

Resepi Siakap Kengsom nie Kak Sue dapat dari website Rasa. Sebelum nie pertama kali Kak Sue cuba rasa masakan nie di rumah ipar adik Kak Sue si Sue Aina tu. Tertanya juga apa nama masakan nie, nak kata asam pedas bukan, tapi lebih kurang rasa macam tu juga lah. Masa Kak Sue makan tu tinggal kuah dan ikan aja, kangkung tak ada. Ikutkan katanya kena ada kangkung baru sedap..

Kalau korang macam tak ada selera kalau masak resepi nie mesti bertambah makan. Sebabnya ada rasa masam-masam pedas tu memang menaikkan selera tau. Jom lah tengok resepinya jom.. tapi ada dua, tiga bahan yang Kak Sue tak letak sebab tak ada stok kat rumah. Nanas pula sebab kurang makan, kalau buah yang fresh makan lah juga. Kalau letak dalam masakan kang depa tak makan sayang je kan. Jadi kita letak kangkung banyak-banyak. Sedap wei..

Siakap Kengsom

Resepi Asal : Puan Nur Hidayah

Bahan-bahan
1 ekor ikan Siakap - boleh gantikan dengan ikan Kerapu
2 biji cili merah - buang biji *
15 biji cili api *
1 inci kunyit hidup *
1 biji bawang besar *
2 biji bawang merah * (Kak Sue tak letak)
2 ulas bawang putih *
1 batang serai *
1 inci belacan *
1 biji limau nipis - ambil jusnya. (Kak Sue guna serbuk limau dari Maggie)
Air asam jawa secukup rasa
Nanas masak secukupnya - (Kak Sue tak letak)
Kangkung secukupnya

Cara-cara :
Kisar bahan yang bertanda * tadi
Masukkan bahan kisar tadi dan juga nanas dalam periuk 
Masakkan bahan tadi sampai mendidih, kemudian masukkan air asam jawa
Perasakan garam dan gula ikut selera korang
Kemudian boleh lah masukkan ikan dan biar masak
Akhir sekali masukkan kangkung dan perahan limau tadi
Tutup api dan sedia untuk dihidangkan

9 comments

  1. Ala2 asam pedas ye kK. Family kami suka letak asam rebus dengN nanas.

    ReplyDelete
  2. Pertama kali dengar dan tahu ni Kak Sue. Tak perlu tumis ya ni. Lebih kurang cara masak asam rebus ya kak. In Sha Allah boleh cuba ni. Rasa PC untuk diet bagus ni kak Sue .

    ReplyDelete
  3. tak pernah makan macam ni.. boleh la cuba bila bosan nanti

    ReplyDelete
  4. Sesekali makan lauk cmni pun sedap kak. Boleh habis seperiuk tau. Hehe.

    ReplyDelete
  5. sdpnya...dah lama teringin nak rasa, akak share resipi ni nak cuba juga la.

    ReplyDelete
  6. alahai sedapnya lapar saya kak

    ReplyDelete
  7. Sekali tgok macam masak pindang kan kak?

    ReplyDelete
  8. bubuh sayur kangkung.. resepi menarik nie..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤