Rindu Nak Menulis

Assalamualaikum, hai semua. Rindu Nak Menulis. Lama betul Kak Sue cuti menulis kat sini. Tak tau lah apa yang di sibuk kan. Rutin macam biasa ja, selesai kan kerja-kerja rumah dan bila ada masa lapang lebih banyak luangkan masa dengan keluarga dan kawan-kawan. Berborak tak hingat donia.. hehehe..

Rindu Nak Menulis
Rindu Nak Menulis


Rindu Nak Menulis

Dari hari sehari memang plan nak singgah kat blog kesayangan Kak Sue nie. Rindu betul nak menulis kat sini. Ada banyak sebenarnya nak ditulis dan nak dikongsi kan, tapi tu lah tak tau apa yang di sibuk kan sangat dan macamana nak mulakan menulis semula.. hehehe..

Nak kata sibuk sangat pun tak sebenarnya. Tapi sekarang nie banyak lebihkan masa dengan rutin harian Kak Sue lah macam biasa, dan kalau ada masa lapang lebih suka luangkan masa berbual, berborak, berkumpul dengan keluarga dan kawan-kawan.

Bila dah berborak.. berkumpul tu memang tak ada masa lah nak mengadap hp nak menulis kan. Bila siap kerja rumah dah dan habis berborak dah letih dan mengantuk pula. Maklumlah faktor usia. Hehehe.. 

Di tambahkan lagi sekarang nie Kak Sue selalu ikut Abang Man layan hobi bermotor Abang Man tu kan. Ada saja nak ke sana sini. Kadang tu ada yang ride bermalam atau ke belah utara sampai sempadan. Kalau dah ke sana memang berhari lah juga kami kat sana. Balik dah penat. Tapi penat-penat pun seronok sebab dapat berjalan dan tengok tempat orang kan..

Sekarang nie pun, kalau balik kampung kami naik motor ja kalau berdua nak elakkan jem. Maklum lah sekarang nie boleh kata asal hujung minggu ja mesti highway jem. Begitu juga kalau ada urusan penting lain yang perlu ke KL memang kami akan naik motor ja.

Selain ikut layan hobi Abang Man, Kak Sue juga tengah berjinak-jinak nak briskwalk. Tak ada lah tiap-tiap hari pun. Tapi dalam seminggu tu ada lah buat sehari dua. Memang rasa fresh badan kita, nafas pun tak mencungap dan tidur pun semakin lena. Alhamdullilah..

Harap lepas nie Kak Sue boleh lah luangkan masa sikit menulis kat sini. Curi-curi masa kan. Tak lama lagi anak-anak Kak Sue pun dah mula kerja kat tempat baru dan ada yang nak sambung sem baru juga. Sunyi lah Kak Sue nanti nie sensorang kat rumah dan mungkin ada banyak masa terluang. Boleh lah kongsi cerita kat sini nanti kan. Okay lah korang, sekian dulu kali nie jumpa lagi next entri ya.. papai!


Post a Comment

2 Comments

  1. Salam singgah, bila kita menulis ada aktiviti menyihatkan mental terlerai kekusutan rasanya

    ReplyDelete
  2. Salam singgah lagi..tertarik sekali dengan tajuk tua RINDU NAK MENULIS..hehe

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️