Selamat Hari Raya Aidilfitri 2024

Assalamualaikum, hai semua. Selamat Hari Raya Aidilfitri korang. Tahun nie lambat pula Kak Sue buat entri untuk ucapan Selamat Hari Raya nie kan. Entah apa lah yang disibukkan pun tak tau lah. Tahun nie adalah tahun keenam Kak Sue beraya tanpa Mak Kak Sue yang tersayang..

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2024
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2024


Selamat Hari Raya Adilfitri 2024

Tahun nie sekali lagi Kak Sue tak dapat balik beraya kat kampung. Sebelum nie disebabkan PKP hari tu, kali nie disebabkan anak dara Kak Sue si Kakak tak dapat cuti pula. Katanya semua pekerja yang bekerja sepenuh masa dibekukan cuti. Hanya untuk perkerja part time aja dibenarkan bercuti Raya. Boleh pula macam tu kan..

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2024
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2024

Makanya tahun nie beraya lah kami sekeluarga di Rawang sahaja. Kak Sue ada juga lah merendang, masak Sambal Daging dan Sambal Goreng kegemaran kami sekeluarga. Lepas tu Abang Man ada order lemang dari kawan Abang Man dua batang. Cukup lah tu kan. Tahun nie adik Kak Sue si Ajie dan kawan beliau beraya kat rumah Kak Sue juga. Lepas zohor baru depa balik beraya ke kampung kawan tu di Pahang.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2024
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2024

Plan nak ambil gambar raya pertama pun ke laut sebab masing-masing dah letih dok masak dan mengemas tak habis-habis. Macam tu lah jadinya kalau setahun sekali baru lah nak deep clean satu rumah. Penat gila ya, serik betul kali nie, walaupun sebenarnya tiap-tiap tahun dok ulang benda yang sama.. huhuhu..

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2024
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2024

Lepas seminggu Raya, baru lah kami sekeluarga berpeluang beraya di kampung Kak Sue sebab kalau ikutkan giliran memang tahun nie giliran kampung Kak Sue. Disebabkan cuti Kakak tak banyak jadi kami hanya balik beraya di kampung Kak Sue aja untuk tahun nie. InsnyaAllah, lepas nie plan nak balik kampung Abang Man pula..

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2024
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2024

Macam tu lah kan bila anak-anak dah bekerja nie. Kena pula macam tempat kerja Kakak nie memang nak kena redha aja lah. Balik kampung Kak Sue hari tu macam biasa lah rutin hari raya ambik gambar keluarga besar Kak Sue sama-sama. Lokasi kali nie dekat rumah Opah Kak Sue. Cuma agak kecewa lah bila gambar ramai-ramai tu tak cantik sebab hari dah petang sangat. Dah nak maghrib dah masa tu.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2024
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2024

Maklum lah bila dah ramai-ramai nie. Nak bersiap satu hal. Yang ada hal kerja yang nak kena settlekan hari yang sama pun ada. Pula tu hari bekerja dan bersekolah kan masa Kak Sue balik tu. Abah pun buat hal tak nak pakai baju Raya. Sabar je lah.. hahaha

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2024
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2024

Makanya selesai lah sudah cerita sambutan Hari Raya Aidilfitri 2024 untuk tahun nie. Walaupun dengan berbagai cerita kelam kabut, kecewa sebab gambar tu, tapi Kak Sue tetap happy dapat sambut dan berkumpul dengan Abah dan adik beradik semua. Apapun ingatan dan kasih sayang pada Mak Kak Sue tetap kuat di dalam hati. Kami semua akan sentiasa sayang, rindu dan doakan Mak. Love you so much Mak..

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2024
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2024

Semoga kita semua direzekikan bertemy lagi pada bulan Ramadan dan Syawal untuk tahun depan. Akhir kata, Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua, maaf zahir batin dari Kak Sue sekeluarga. Jumpa next entri ya, papai..

Jemput baca juga Hari Raya Aidilfitri 2023


Post a Comment

5 Comments

  1. Selamat Hari Raya, Kaksue!

    ReplyDelete
  2. Dah selesai sambutan raya....moga diberi peluang bertemu lagi Syawal tahun depan.

    ReplyDelete
  3. Selamat hari Raya kak Sue

    ReplyDelete
  4. selamat hariraya meriah juga raya kak sue. suka tgk rumah kak sue. cantik, bersih dan tenang aje. pandai kak sue deco. tema soft purple mmg cantik la

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️