Selamat Hari Raya Aidilfitri 2023

Assalamualaikum, hai semua. Diam tak diam dah masuk minggu ketiga rupanya kita meraikan bulan Syawal. Diksempatan ini Kak Sue sekeluarga nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk korang semua, maaf zahir batin ya. Mana lah tau ada tersalah kata, perbuatan dan penulisan Kak Sue sekeluarga yang menguris hati. Diam tak diam juga, tahun nie tahun kelima Kak Sue beraya tanpa Mak yang tersayang..

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2023
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2023


Selamat Hari Raya Aidilfitri 2023

Tahun nie sambutan Hari Raya Aidilfitri agak tenang dari tahun lepas. Ye lah, pengumuman dibuat awal dua hari sebelum Raya, sempat lah Kak Sue sekeluarga berbuka bersama keluarga dan keluarga mertua. Nasib lah Kak Sue dan Abang Man nie satu negeri dan tak jauh pula. Boleh lah dok ulang alik kat jalan, nak bagi adil kata kan.. hehehe..

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2023
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2023

Hari Khamis kami balik tu, Abang Man ikut jalan lama. Jalan tak jem langsung tau, sekejap dah sampai dah Batu Kurau. Tapi.. bila nak patah balik ke Teluk Intan dah mula lah dia punya jem jalan tu. Tapi tu lah nak buat macamana kan dah memang gitu dah gayanya zaman sekarang nie. Asal Raya ja, jem.. asal jem ja Raya.. sabaq saja lah kita nie..

Tahun nie giliran Kak Sue beraya kat rumah mertua. Biasanya kalau beraya kat rumah mertua nie memang sibuk tahap gaban lah kami semua, memang melekat kat dapur aja lah kerjanya. Sebabnya rumah mertua Kak Sue nie memang ramai sangat tetamu yang datang, tak putus dari pagi sampai lah ke petang..

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2023

Raya kedua petang tu, Kak Sue sekeluarga dah bersiap nak balik beraya ke Batu Kurau pula. Kali nie pun jalam jem juga, dah tengah malam baru sampai Batu Kurau. Beraya di kampung Kak Sue pula, lain kisahnya. Tetamu tak ramai pun yang datang, tapi kami adik beradik yang ramai berkumpul, masak-masak dan makan kat rumah adik Kak Sue si Ateh. Memang meriah setiap hari rumah Ateh..

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2023
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2023

Raya ketiga tu memang dah plan dengan adik beradik nak bergambar Raya. Aktiviti wajib setiap tahun. Kali nie kami plan nak ambil gambar kat kawasan Gunung Sempeneh. Nasib waktu kami sampai tu, ada dua tiga orang remaja ja. Elok tak lama tu depa pun blah. Kami pun apa lagi, sakan lah bergambar..

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2023
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2023

Rutin lainnya, masak ramai-ramai. Bila dah siap masak, baru lah kami beraya ke rumah sedara mara. Melawat kubur Mak, Tok dan Tokwan. Pastu setiap kali balik Raya si Abang mesti nak ajak keluar ke pekan Taiping. Biasanya lepak-lepak kat Lake Garden atau jalan-jalan kat mall Taiping. Biasa lah budak remaja, nak beli barang lah, nak beli coffee lah, maka keluar lah kami beramai-ramai..

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2023
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2023

Tahun nie lama juga Kak Sue sekeluarga bercuti Raya dikampung. Kata Kakak nak puas-puas kat kampung sebab bukan senang nak dapat cuti dan nak balik kampung Ibu jauh katanya. Bila dah habis cuti tu, nak balik ke rumah sendiri rasa berat lah pulak. Seronok sebab dekat dengan kekuarga kan. Tapi ya lah kita ada tanggungjawab, keluarga dan kerja kita sendiri kan. Jadi pulang lah kami ke Rawang, dan macam biasa jalan masih jem walaupun dah Raya seminggu.. huhuhu..

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2023
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2023

Habis lah sudah cerita sambutan Hari Raya Adilfitri Kak Sue sekeluarga tahun nie, walaupun tahun nie meriah berkumpul dengan Abah dan adik beradik yang lain, ingatan kasih sayang pada Mak tetap kekal dalam hati yang paling dalam. Kami akan sentiasa sayang, rindu dan doakan kan Mak. Semoga kita semua direzekikan bertemu bulan Ramadhan dan Syawal tahun depan ya. Sekali lagi Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir batin  dari Kak Sue sekeluarga.. papai!

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2023
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2023
Al Fatihah untuk bidadariku.. Latipah binti Baharom. Semoga Allah lapangkan, terangkan dan dijadikan kubur seperti taman-taman syurga.. Aamiin Ya Rabb.. we love you Mak 🤍

Jemput baca juga Sambutan Raya 2022


Post a Comment

3 Comments

  1. Selamat hari raya Aidilfitri Kak Sue

    ReplyDelete
  2. Wah! Unik la background batu tu!

    MATRIYE!

    ReplyDelete
  3. berkenan sungguh saya dgn tema mint green ni

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️