Selamat Hari Raya Aidilfitri 2020

Assalamualaikum, hai semua. Rasanya masih belum terlambat Kak Sue nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri pada korang semua. Tahun nie tahun kedua Kak Sue sekeluarga beraya tanpa Mak tersayang, ditambahkan lagi kita semua beraya dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan yang tak benarkan kita semua rentas negeri atau balik kampung. Memang lain dari yang lain Hari Raya Aidilfitri tahun nie kan..

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2020
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2020

Selamat Hari Raya Aidilfiri

Tahun nie sepatutnya sambutan Hari Raya Aidilfitri nie giliran kampung Kak Sue. Tapi apa kan daya bila kita semua diberi ujian dengan virus Covid19 yang menyekat hampir semua pergerakan dan aktiviti harian kita. Tahun nie tak merasa lah berbuka dan beraya dengan kedua-dua family. Keluarga Kak Sue dan keluarga Abang Man. Redha ja lah kan..

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2020
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2020
Sebenarnya, kami sekeluarga okay aja tak dapat balik ke kampung. Bukan apa demi keselamatan keluarga dan kita semua kan. Sedih tu tetap sedih, tak dapat nak jumpa keluarga di kampung dan tak dapat nak ziarah kubur Mak. Malam raya tu bila dengar takbir sayu juga hati nie tau, pertama kali sejak berkeluarga nie tak dapat beraya bersama keluarga di kampung. Terbayang-bayang Mak kat dapur.. semua tinggal kenangan..

Apapun Kak Sue bersyukur sebab semua anak-anak ada dengan kami di rumah. Walaupun sambutan kali nie lain dari yang lain tapi tetap ada kemanisannya. Kita tak sibuk dan tak letih terkejar-kejar nak masak dan layan tetamu macam selalu. Semuanya dalam keadaan tenang dan lebih banyak masa dengan anak-anak. Kami tak kemana -mana pun cuma ke rumah Kak Jam, Kakak Abang Man di Wangsa Maju lepas tu dua rumah kawan-kawan Abang Man di BTP nie aja. Jadilah dapat juga merasa beraya kan..

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2020
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2020
Semoga ujian yang datang tanpa di sangka nie kita jadikan sebagai pengajaran dan pembelajaran yang baik untuk kita. Semoga kita lebih menghargai setiap apa yang ada disekeliling kita, sentiasa bersyukur dan paling penting perbaiki diri dan amal kita lebih baik dari sebelumnya. Ajal kita tak ada kira had umur atau cara kan.

Akhir sekali dikesempatan ini, Kak Sue sekeluarga mohon ampun dan maaf, segala kata-kata, penulisan atau perbuatan kami yang salah. Halalkan makan minum kami dunia akhirat ya. Tak lupa juga terima kasih kepada semua yang menyokong bisnes kecil kami supaya kami dapat bertahan dalam ujian hebat nie.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2020
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2020
Terima kasih juga untuk PM kesayangan kita dan untuk semua frontliner yang bertungkus lumus memastikan kita semua dalam keadaan tenang dan selamat. Selamat Hari Raya semua. Kita Jaga Kita.. ❤

Korang boleh juga baca sambutan Raya tahun lepas kat sini Selamat Hari Raya Aidilfitri 2019


Post a Comment

13 Comments

  1. Selamat hari raya Kak Sue...
    Cantik manis kacak semua anak-anak akak..
    Maaf zahir batin ya Kak..

    ReplyDelete
  2. Selamat hari raya..

    Raya tahun ni memang lain dari yang lain la.

    Tapi apayang kita belajar dari perkara ni ialah sabar dan bersederhana..

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Raya untuk kak Sue sekeluarga.Maaf Zahir Dan Batin ya kak.Tahun ni jujur PC cakap,sangat kurang letih badan kak tapi letih perasaan menanggung emosi tidak dapat beraya bersama-sama keluarga.Tapi tak apalah pasti nanti ada manisnya.Aamiin.Allag sebaik-baik perancang.

    ReplyDelete
  4. selamat hari raya kak comel2 anak2 kak sue

    ReplyDelete
  5. selamat hari raya kak sue! maaf zahir dan batin..

    ReplyDelete
  6. Selamat Hari Raya Aidilfitri Kak Sue..
    Ye betul lah tu.. Raya tahun ni ada kelainan tetapi tetap bersyukur kerana boleh juga meraikannya. Alhamdulillah... sekarang pun negara dah semakin pulih dan kita pun dah boleh merentas negeri. Yang penting #KitaJagaKita

    ReplyDelete
  7. selamat hariraya maaf zahir batin ye kak

    ReplyDelete
  8. selamat hari raya. sweef family!

    ReplyDelete
  9. Selamat hari raya aidil fitri 2020.
    Salam kenal dari bunda.

    ReplyDelete
  10. hi..cantik blog.. bw here done follow, follow me back :)

    ReplyDelete
  11. selamat hari beraya. maap zahir batin.

    ReplyDelete
  12. Selamat hari raya kak sue..
    Aidilfitri dan aidiladha..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️