Kelebihan Surah Al Sajdah

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsikan Kelebihan Surah Al Sajdah pula dengan korang. Surah Sajdah nie bermaksud sujud, iaitu surah yang ke 32 dalam Al Quran dan ada 30 ayat.

Kelebihan Surah Al Sajdah
Kelebihan Surah Al Sajdah


Kelebihan Surah Sajdah

Surah Sajdah nie dinamakan Al Sajdah kerana terdapat ayat yang menerangkan perihal orang yang beriman, apabila mendengar ajaran kitab Allah tauhid dan dalil-dalik yang membuktikan keesaan Allah, di samping mengurniakan taufik dan hidayah kepada umat Islam. Surah ini dibaca oleh imam di kebanyakan surau atau masjid pada hari Jumaat dalam solat Subuh.

Surah As Sajdah adalah antara beberapa surah dalam Al Quran yang mengandungi ayat Sajdah iaitu ayat yang disunatkan Sujud Tilawah bagi seseorang yang sedang membacanya, sama ada ketika solat atau tidak.

Terdapat beberapa hadis Rasulullah S.A.W yang menerangkan fadilat, faedah dan hikmah untuk mereka yang mengamalkan surah Al Sajdah ini.

1. Baginda tidak akan tidur sebelum membaca surah ini dan surah Al Mulk.

2. Melindungi pembacanya daripada seksa kubur.

3. Mendapat pahala yang besar seperti pahala mereka tetap solatnya pada malan lailatul-qadar.

4. Mendapat hidayah ilmu yang yakin.

5. Dikurniakan cahaya (nur) pada dirinya semasa ia mati.

Post a Comment

4 Comments

  1. Perkongsian Jumaat yang bermanfaat

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kongsi ilmu tentang Surah Al Sajdah ni Kak Sue ❤️

    ReplyDelete
  3. Terima kasih berkongsi ilmu yang bermanfaat. Moga mendapat pahala jariah untuk di hidupan 'sana'

    ReplyDelete
  4. tq kak sue share dan mengingatkan saya

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️