Kisah Surah Al Kahfi

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi Kisah Surah Al Kahfi pula dengan korang. Kisah Surah Al Kahfi nie sebenarnya Kak Sue baca dari group family Abah Kak Sue. Ada sepupu Kak Sue kongsi kat dalam group family hari tu. Terima kasih ya Angah, semoga pahala berpanjangan untuk Angah dan juga tuan punya post yang sangat baik ini..

Kisah Surah Al Kahfi
Kisah Surah Al Kahfi


Kisah Surah Al Kahfi

Surah Al-Kahfi mengandungi EMPAT kisah utama:

1. Pemuda gua (Al-Kahf)
2. Pemilik kebun dan rakannya
3. Nabi Musa AS dan Nabu Khidir AS
4. Zulqarnain.

Ramai tahu nie tapi tak dapat nak relate dengan dajjal. Setiap satu kisah ini mewakili satu fitnah (ujian) yang dahsyat :

1. Pemuda gua - Fitnah aqidah/iman.

2. Pemilik kebun - Fitnah harta.

3. Nabi Musa dan Nabi Khidir - Fitnah ilmu.

4. Zulqarnain - Fitnah kekuasaan.

Empat fithnah ini juga yang Dajjal akan bawa di akhir zaman nanti. Dah mula nampak perkaitan surah Al Kahfi dengan dajjal?

Di sinilah relevannya baca surah Al Kahfi boleh menghindarkan diri dari fitnah Dajjal. Sebab surah nie bukan hanya bercerita, tapi bagi solusinya juga..

Bagaimana?

1. Fitnah aqidah - bersahabat dengan orang soleh. Para pemuda Al Kahfi saling membimbing satu sama lain. Mereka juga banyak mengingat akhirat.

2. Fitnah harta - mengingatkan diri bahawa dunia tak kenal dan banyak mengingati mati/akhirat.

3. Fitnah ilmu - kena tawadhu'/rendah diri. Walaupun Nabi Musa AS seorang rasul yang mulia, baginda tidak sombong untuk menuntut ilmu dari Nabi Khidir AS.

4. Fitnah kekuasaan - Kena tawadhu' dan ikhlaskan diri, sebagaimana Zulqarnain seringkali mengingatkan diri bahawa kekuasaannya dari ALLAH subhanahu Wa Ta'ala.

Di sebalik 4 kisah dan pengajaran nie, surah Al Kahfi mengandungi tema utama yang lebih dasyat lagi.

Tema utama surah ini ialah DAKWAH.. 

Bukankah para pemuda Al Kahfi berdakwah kepada sang penguasa yang zalim?

Bukankah si sahabar pemilik kebun menasihatinya agar bersyukur dan kembali kepada ALLAH? Bukankah itu dakwah?

Bukankah Nabi Khidir membimbing Nabi Musa, seorang murabbi mengajar anak muridnya selayaknya? Bukankah itu juga dakwah?

Dan bukankah Zulqarnain berdakwah kepada rakyat jelatanya, sepanjang pengembaraannya?

Rupa-rupanya untuk selamat dari fitnàh Dajjal, kita perlu berdakwah.

Dengan berdakwahlah, kita dapat menjaga diri kita dan orang ramai dari fitnah-fitnah ini.

Aslih nafsak, wad'u ghairak!

Fitnah dajjal ada empat iaitu fitnah iman, harta, ilmu dan kuasa.

Bagaimana?

Fitnah Iman :

Nanti Dajjal keluar, dia akan mengaku dia Tuhan. Dia tunjuk syurga neraka, hidupkan orang mati apa semua.

Fitnah Harta :

Dia akan keluarkan semua khazanah muka bumi, untuk tarik manusia jadi pengikut dia.

Fitnah Ilmu :

Dia akan tunjuk benda-benda yang manusia tak pernah tahy. Dia akan buat benda yang selama nie manusia ingat mustahil.

Fitnah Kuasa :

Dan dia akan jadi makhluk yang paling berkuasa dan bermaharajalela di muka bumi (sebelum Nabi Isa AS turun membunuhnya).

Kalaulah baca dan amalkan Al Kahfi boleh lindungi kita dari bapak segala fitnah (Dajjal), dah tentu ia boleh lindungi kita dari fitnah-fitnah lain.

Mak marilah kita istiqamah dan beriltizam membaca surah Al Kahfi setiap hari atau hari Jumaat, dan membaca al Quran setiap hari. Moga ada barakahnya.

Hanya ALLAH maha mengetahui setiap sesuatu kejadian.

SURAH AL KAHFI

(Hadith)

Orang yang membaca surah Al Kahfi pada hari Jumaat, bawah kakinya akan bercahaya sehingga ke kolong langit.

Orang yang membaca dan mengamalkan surah Al Kahfi juga akan terhindar dari fitnah Dajjal.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk kita semua. 

Post a Comment

6 Comments

  1. Alhamdulillah terima kasih atas perkongsian yang bagus ni kak sue. Sebagai peringatan buat kita semua supaya sentiasa persiapkan diri dan hafal surah al-kahfi

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah 10 ayat pertama surah alkhaf

    ReplyDelete
  3. Terima kasih perkongsian ilmu ni kaksu. Banyak pengajaran dapat kita ambil dari surah al kahfi ni. Mudah-mudahan dapat istiqomah membacanya.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas perkongsiannya Kak Sue. Sangat2 bagus. Mengingatkan kembali diri yang selalu leka dan alpa. ;)

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah terima kasih atas perkongsian kak sue

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️