Koleksi Tudung Fazura Pilihan Kak Sue

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi Koleksi Tudung Fazura Pilihan Kak Sue pula dengan korang. Entah macamana tetiba terjebak pula dengan Koleksi Tudung Fazura nie. Asalnya Kak Sue dapat hadiah harijadi Kak Sue dari seorang kawan, bermula dari situ lah jadi berkenan pulak dah.. hehehe..

Koleksi Tudung Fazura Pilihan Kak Sue
Koleksi Tudung Fazura Pilihan Kak Sue

Koleksi Tudung Fazura Pilihan Kak Sue

Sebenarnya Kak Sue nie tak tau sangat pun nama-nama tudung dari Koleksi Tudung Fazura nie. Asal nampak corak dan warna yang menjadi pilihan hati, terus Kak Sue beli aja. Rupanya setiap tudung Fazura nie diberi nama masing-masing. Setakat nie Kak Sue beli secara online aja pun dan belum pernah lagi ke mana-mana kedai Tudung Fazura lagi. Ingat satu hari nanti nak juga lah singgah mana-mana kedai Tudung Fazura nie kan.. 

Koleksi Tudung Fazura Pilihan Kak Sue
Koleksi Tudung Fazura Pilihan Kak Sue

Pertama kali Kak Sue beli tudung Fazura nie melalui website, tapi Kak Sue macam pening sikit cara nak check out kat website nie. Jadinya untuk belian kedua terus Kak Sue beralih ke kedai Tudung Fazura kat Shopee. Tapi biasa lah, bila tudung tengah hot dan jadi pilihan ramai kadang tu tak sampai berapa minit dah habis dah tudung Fazura nie tau. Sabar aja lah kan..

Koleksi Tudung Fazura Pilihan Kak Sue
Koleksi Tudung Fazura Pilihan Kak Sue

Koleksi Tudung Fazura Pilihan Kak Sue
Koleksi Tudung Fazura Pilihan Kak Sue

Tapi kan, apa yang Kak Sue suka dengan tudung Fazura nie, selain harga yang mampu milik, corak dan warna pun cantik sangat bagi Kak Sue. Kain tudung nie pun jenis senang nak bentuk. Sesuai lah untuk Kak Sue yang tak suka berlama-lama bila pakai tudung. Setakat nie dah ada sepuluh helai koleksi tudung Fazura pilhan Kak Sue nie. Terbaru Fazura ada keluarkan koleksi tudung Fazura yang jenis kosong. Cuma harga tudung lebih mahal sikit dari biasa. Yang nie Kak Sue tak beli lagi, tak tau lah masih ada lagi ke tak kat Shopee tu..


Kalau nak ikutkan membeli setiap keluaran tudung baru Fazura nie boleh tumpo kata orang Perak.. hahaha. Macam tudung AJ dulu, memang Kak Sue menggila beli setiap kali keluaran baru. Boleh pokai dibuatnya tau. Apapun, Kak Sue nak ucapkan tahniah untuk Fazura yang berjaya keluarkan tudung jenama beliau sendiri, selain dari produk beliau yang lain. Semoga Fazura terus maju jaya dalam bisnes dan terus berbahagia dengan keluarga tersayang.. Aamiin Ya Rabb.. till next entry.. papai!

Post a Comment

11 Comments

  1. Pandai bisnes fazura ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. laku keras sekarang nie tudung Fazura Uncle..

      Delete
  2. Comelnya Sue pakai tudung gaya tu.
    Nampak makin ramai berminat pakai tudung Fazura.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Kak Amie.. tu lah, lambat sikit memang habis kalau nak beli online..

      Delete
  3. mmg cantik2 la koleksi kak sue tu, warna lembut dan corak dia pun cantik sesuai utk digayakan dgn macam2 jenis baju dan fesyen

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Adda.. Kak Sue suka tudung dia yang warna-warna lembut..

      Delete
  4. cantik-cantik juga koleksi Fazura ni. Tak boleh mula, nanti tiap kali keluar yang baru mulalah teringin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan awak.. tu lah, sekali terjebak.. nanti jadi berkali-kali.. hehehe..

      Delete
  5. cantik-cantik tudung Fazura & harga pun berpatutan. harga mampu beli lah org kata hehehe

    *Kak Sue snap gambar guna DSLR ke? hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah awak, rambang mata nak pilih.. hehehe..

      Eh tak.. Kak Sue pakai hp Redmi Note10 ja awak.. 😊

      Delete
  6. antara barang kesukaan wanita ...tudung..iannya dekat naluri mereka iaitu kecantikan

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️