Doa Yang Baik Untuk Kita Amalkan Setiap Hari

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi Doa Yang Baik Untuk Kita Amalkan Setiap Hari pula dengan korang. Sebenarnya doa nie Kak Sue ambil dari buku Zikir Harian yang kawan hadiahkan pada Kak Sue beberapa tahun lepas. Alhamdullilah, sampai hari nie Kak Sue masih istiqomah dan setia dengan doa yang satu nie. Jom Kak Sue kongsikan doa yang baik untuk kita amalkan setiap hari sama-sama jom..

Doa Yang Baik Untuk Kita Amalkan Setiap Hari
Doa Yang Baik Untuk Kita Amalkan Setiap Hari


Doa Yang Baik Untuk Kita Amalkan Setiap Hari

Dalam buku Zikir Harian yang kawan Kak Sue hadiahkan ada juga doa-doa harian yang lain dan dah sedia ada dah doa yang lengkap untuk kita amalkan setiap hari. Tapi kali nie Kak Sue nak kongsikan doa yang satu nie dulu untuk kita amalkan setiap hari..

بِسْمِ اللهِ الَّذِىْ لاَيَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْئٌ فِى اْلاَرِضِ وَلاَ فِى السَّمَآءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ

Bismillahilladzi laa yadhurru ma’asmihi syai’un fil ardhi wa la fis samaa’i wahuwas sami’ul alim.

Maksudnya, "Dengan menyebut nama Allah yang bersama nama-Nya sesuatu itu tidak berbahaya di bumi dan di langit. Dan Dia Maha Mendengar lagi Mengetahui.”

Doa nie sesuai ja untuk apa-apa suasana sebenarnya sebab kita meminta dan menyebut nama Allah supaya kita dilindungi dari apa-apa yang berbahaya dalam apa keadaan sekali pun. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Mengetahui.

Semoga perkongsian doa nie memberi manfaat untuk korang semua ya. Selamat beramal.. 


Post a Comment

10 Comments

  1. Alhamdulillah
    Semoga Allah melindungi dan memelihara kita daripada segala mara bahaya

    ReplyDelete
  2. alhamdhlillah.
    semoga kita dlm perlinduganNYA
    aaminn

    ReplyDelete
  3. terima kasih kak sue, kdg2 terlupa nak baca

    ReplyDelete
  4. Terima kasih Kak Su atas perkongsian..
    In shaa Allah! Boleh diamalkan.. ;)

    ReplyDelete
  5. Moga istiqamah untuk membaca doa begini

    ReplyDelete
  6. terima kasih atas perkongsian. Moga kita semua sentiasa dalam peliharaanNya

    ReplyDelete
  7. Terima kasih kak Sue berkongsi ilmu

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤