MAGGI® Sah Malaysia! Menampilkan Masakan Mi Maggi® Paling Viral

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi cerita tentang MAGGI® Sah Malaysia! Menampilkan Masakan Mi MAGGI® Paling Viral pula dengan korang. Haa.. sapa tak kenal dengan jenama mi yang satu nie kan, dah lama bertahan dalam pasaran kat Malaysia nie dah. Kak Sue sempat juga ke event untuk kempen MAGGI® Sah Malaysia! Menampilkan Masakan Mi MAGGI® Paling Viral baru-baru nie. Memang meriah sangat, rasa bangga bila Kak Sue antara yang terpilih untuk sertai kempen nie tau..

MAGGI® Sah Malaysia! Menampilkan Masakan Mi Maggi® Paling Viral
MAGGI® Sah Malaysia! Menampilkan Masakan Mi Maggi® Paling Viral

MAGGI® Sah Malaysia! Menampilkan Masakan Mi MAGGI® Paling Viral

Kempen MAGGI® Sah Malaysia! Yang menampilkan masakan Mi MAGGI® Paling Viral melalui acara tahunan ini meraikan 51 tahun detik bersejarah bersama rakyat Malysia bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan yang ke 65 dan juga Hari Malaysia ke59 tahun baru-baru ini yang bertempat di Malaysia Tourism Centre (Matic) yang juga adalah sebuah mercu tanda senu bina yang bersejarah.

MAGGI® Sah Malaysia! Menampilkan Masakan Mi Maggi® Paling Viral
MAGGI® Sah Malaysia! Menampilkan Masakan Mi Maggi® Paling Viral

Untuk info korang juga, Mi MAGGI® nie mula diperkenalkan kepada rakyat Malaysia pada tahun 1971 lagi. Wah lama sangat dah tu kan. Dan sejak dari itu Mi MAGGI® menjadi kegemaran rakyat Malaysia, dari semangkuk sup mi MAGGI® yang menyelerakan di rumah hinggalah sepinggan Mi Goreng MAGGI® yang lazat di restoran. 

Bercakap di majlis media pada hari itu, Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestle (Malaysia) Berhad berkata bahawa kempen MAGGI® SAH Malaysia! yang bertemakan Kembara DuniaKu Bersama MAGGI® adalah untuk meraikan keenakan dan warisan masakan MAGGI® yang dicipta di rumah serta di kedai-kedai makan. Kempen ini memberi pengiktirafan kepada kreativiti masakan di warung, gerai makan dan trak makanan di seluruh negara yang menjadi sebahagian daripada kehidupan rakyat Malaysia.

MAGGI® Sah Malaysia! Menampilkan Masakan Mi Maggi® Paling Viral
MAGGI® Sah Malaysia! Menampilkan Masakan Mi Maggi® Paling Viral

“MAGGI® SAH Malaysia! yang kini memasuki tahun ketiga bertujuan untuk menyerlahkan keunikan budaya makanan Malaysia - meluangkan masa bersama-sama tanpa mengira latar belakang di kedai-kedai makan sambil menikmati hidangan MAGGI® kegemaran mereka. Ramai pengusaha makanan mengalami kesan kejatuhan akibat penularan pandemik COVID-19 tetapi kini semakin ramai rakyat Malaysia mula makan di luar dan bersosial selepas keadaan kembali normal. Kempen ini adalah untuk meraikan keunikan hasil ciptaan Mi MAGGI® mereka yang viral!” kata Juan. 

Melalui travelog SAH Malaysia!, Kembara DuniaKu MAGGI®, yang dihoskan oleh Duta MAGGI®   Sheila Rusly, Duta MAGGI® CukupRasa, Datin Paduka Eina Azman dan Duta MAGGI®   Pedas Giler MK K-Clique, MAGGI® telah menjejaki 12 buah warung dan kedai makan di seluruh negara untuk memperkenalkan resipi MAGGI® viral mereka. Para pengusaha makanan ini telah diberikan plak MAGGI® SAH Malaysia! setiap seorang sebagai pengiktirafan untuk hidangan MAGGI® istimewa mereka yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia.

MAGGI® Sah Malaysia! Menampilkan Masakan Mi Maggi® Paling Viral
MAGGI® Sah Malaysia! Menampilkan Masakan Mi Maggi® Paling Viral

Resipi-resipi viral ini kemudiannya memberi ilham kepada para pengusaha makanan yang lain untuk menghantar resipi kreatif MAGGI® masing-masing untuk cabaran Resipi KreaktifKu secara dalam talian. 8 orang finalis yang bertanding hari ini akan merebut hadiah wang tunai berjumlah RM10,000. 

Kempen MAGGI® SAH Malaysia! turut meraikan kreativiti para pengguna melalui cabaran ResipiKu DuniaKu di mana seramai 12 orang finalis yang terdiri daripada para pengguna akan bertanding untuk merebut tiga Hadiah Utama berupa wang tunai sebanyak RM5,000 di sesi memasak secara langsung pada hari ini.

MAGGI® Sah Malaysia! Menampilkan Masakan Mi Maggi® Paling Viral
MAGGI® Sah Malaysia! Menampilkan Masakan Mi Maggi® Paling Viral

Pada majlis itu juga, plak penghargaan turut disampaikan kepada Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) dan Persatuan Pengusaha Restoran India, Malaysia (PRIMAS) sebagai pengiktirafan sumbangan dan usaha kedua-dua persatuan ini dalam mengawal selia dan menggiatkan semula perniagaan pengusaha makanan di Malaysia. Penghargaan ini juga turut diberikan untuk mengiktiraf sokongan yang diberikan oleh ahli mereka yang terdiri daripada lebih 4,500 dan 1,500 vendor masing-masing di PRESMA dan PRIMAS terhadap MAGGI®.     

Puan Geetha Balakrishna, Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI®, Nestle (Malaysia) Berhad mengakui bahawa pengusaha makanan di Malaysia telah setia bersama MAGGI® sejak sekian lama, begitu juga dengan para pengguna kami, merangkumi segenap lapisan masyarakat yang terus menikmati detik-detik memori manis MAGGI® mereka sambil mewujudkan hubungan mesra bersama planggan kami. MAGGI® SAH Malaysia! adalah satu perayaan untuk menghargai hubungan MAGGI®  bersama rakyat Malaysia yang sudah lama terjalin.   

MAGGI® Sah Malaysia! Menampilkan Masakan Mi Maggi® Paling Viral
MAGGI® Sah Malaysia! Menampilkan Masakan Mi Maggi® Paling Viral

“Selaras dengan semangat “Anda dan MAGGI®, Sajikan Kelainan”, kami berhasrat untuk memberi inspirasi dan menggalakkan rakyat Malaysia membuat perubahan melalui masakan - sama ada untuk diri mereka sendiri, untuk orang tersayang di rumah atau untuk mengekalkan perniagaan makanan mereka melalui penciptaan dan detik-detik penemuan hidangan MAGGI® yang dapat menarik perhatian pelanggan,” tambah Geetha.

Kak Sue pun nanti rasanya nak juga cuba resepi baru gunakan bahan dari Mi MAGGI® nie. Tambah sekarang nie ada beberapa perasa baru dari Mi MAGGI® kan. Nanti boleh lah Kak Sue kongsi resepinya kat blog kesayangan Kak Sue nie. Kak Sue juga nak ucapkan tahniah pada MAGGI® Malaysia untuk yang ke 51 tahun, semoga MAGGI® terus menjadi pilihan No1 masyarakat Malaysia.

MAGGI® Sah Malaysia! Menampilkan Masakan Mi Maggi® Paling Viral
MAGGI® Sah Malaysia! Menampilkan Masakan Mi Maggi® Paling Viral

Macam buasa untuk tahu lebih lanjut tentang Kempen Maggi Sah Malaysia korang boleh terus ke MAGGI Sah Malaysia! nie hokay.. 

Post a Comment

5 Comments

  1. mcm2 perisa
    maggi ni memang pilihan ramai

    ReplyDelete
  2. Wah, tak sabarnya nak baca resipi Maggi dari Kak Su :)

    ReplyDelete
  3. maggi dengan orang malaysia memang tak asing lagi...

    ReplyDelete
  4. walaupun ada byk jenama mi segera pasti MAGGI pilihan di hati

    ReplyDelete
  5. malaysia mmg kretif pasal makanan ni..sesuai sgt magada byk pula produknya.. mmg sedap dan viral la kan.. baru tahu maggie dah lama dlm industri ye since 1971

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️