Raikan Hari Bapa Yang Istimewa di Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi tempat nak makan-makan yang korang boleh datang dan Raikan Hari Bapa Yang Istimewa di Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam tak lama saja lagi. Ya lah, sesekali nak juga kita bawa bapa dan keluarga kita raikan makanan dan tempat yang istimewa sikit kan..

Raikan Hari Bapa Yang Istimewa di Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam
Raikan Hari Bapa Yang Istimewa di Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam


Raikan Hari Bapa Yang Istimewa di Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam

Sebelum Kak Sue nak kongsi apa pakej atau menu yang menarik untuk korang raikan Hari Bapa yang istimewa di Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam nie, Kak Sue pasti pergorbanan insan yang kita panggil abah, ayah atau bapa sangat jarang ditunjukkan pada anak-anak. Tapi, setiap usaha yang dibuat oleh abah, ayah atau bapa kita pasti kita dapat rasai kan. Terima kasih Abah.. kasih sayang dan penat lelah Abah menjaga kita sekeluarga tetap tersimpan kemas dalam ingatan..

Raikan Hari Bapa Yang Istimewa di Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam
Raikan Hari Bapa Yang Istimewa di Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam

Jadi, pada hari yang istimewa ini, jom kita raikan insan yang istimewa ini dengan meluangkan masa bersama dengan pakej istimewa sempena Hari Bapa di Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam. Kali nie Mardhiyyah Hotel & Suites turut sama menyanjungi pergorbanan dan jasa baik insan yang bergelar bapa dengan menyediakan pakej sajian enak bufet hi-tea pada Hari Bapa yang bakal disambut 19 Jun 2022, Ahad nanti.

Raikan Hari Bapa Yang Istimewa di Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam
Raikan Hari Bapa Yang Istimewa di Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam

Golongan bapa berpeluang mendapat pelbagai promosi istimewa. Antaranya promosi satu (1) percuma bufet hi-tea untuk dewasa dengan pembelian lima (5) pakej bufet hi-tea dewasa. Turut terdapat dalam promosi, mereka berpeluang mendapat diskaun 15% 1kg kek “Red Velvet” Hari Bapa.

Raikan Hari Bapa Yang Istimewa di Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam
Raikan Hari Bapa Yang Istimewa di Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam

Sempena hari bapa ini, pengunjung berpeluang menikmati hidangan kegemaran terutamanya sajian Melayu, Jepun, Barat dan Cina yang disediakan khas oleh barisan chef yang berpengalaman, yang diketuai oleh Eksekutif Chef, Chef Shahril.

Raikan Hari Bapa Yang Istimewa di Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam
Raikan Hari Bapa Yang Istimewa di Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam

Antara sajian enak yang bakal dihidangkan termasuk “XO Fried Rice with Shrimp, Honey Blackpepper Lamb Shoulder, ‘Kwai Hua’ Fried Yee Mee, Daging Masak Merah Asparagus, Penang Kari Kepala Ikan, Roasted Chicken in Mornay Sauce, Sashimi dan Sushi, California Temaki Roll, Aneka Cucur, Roti John, Pelbagai Pilihan Pasta dan Pizza, Dim Sum dan Pau”.

Raikan Hari Bapa Yang Istimewa di Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam
Raikan Hari Bapa Yang Istimewa di Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam

Tidak ketinggalan, hidangan pencuci mulut yang bakal dihidangkan “Kuih-Muih Melayu, Bubur Kacang Bersago, Coffee Meuille Feuille, Mango Cheese Cake, Chocolate Fountain, Ginger Panna Cotta, Classical Butter Cake dan Black Forest”.

Raikan Hari Bapa Yang Istimewa di Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam
Raikan Hari Bapa Yang Istimewa di Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam

PROMOSI BUFET HI-TEA HARI BAPA 19 JUN 2022 DI RESTORAN ROYALE SONGKET

Harga :

RM115.00 bersih (dewasa)

RM65.00 bersih (kanak-kanak 6 hingga 12 tahun)

*Pembelian bufet hi-tea dengan lima (5) harga dewasa akan mendapat oercuma satu (1) harga dewasa*

Tarikh dan Masa : 19 Jun 2022, 12 tengahari - 4.00 petang

Tempat : Restoran Royale Songket, Aras G Mardhiyyah Hotel & Suites.

Raikan Hari Bapa Yang Istimewa di Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam
Raikan Hari Bapa Yang Istimewa di Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam

PROMOSI ISTIMEWA 15% DISKAUN KEK HARI BAPA

Harga : RM90.10 bersih (harga asal RM106.00 bersih)

*Tenpahan hendaklah dibuat 3 hari awal*

Untuk maklumat dan tempahan , hubungi 03-5511 8811 atau hubungi & whatsapp 019-261 6847.

Raikan Hari Bapa Yang Istimewa di Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam
Raikan Hari Bapa Yang Istimewa di Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam

TENTANG MARDHIYYAH HOTEL & SUITES

Mardhiyyah Hotel & Suites, hotel antarabangsa patuh-syariah bertaraf 5 bintang. Nama jenama Mardhiyyah, perkataan Arab yang bermaksud Yang diredhai, dinamakan sendiri oleh pemilik Dato’ Seri Haji Mohamed Rafik bin Haji Mohd Idris yang juga merupakan Pengarah Urusan Mardhiyyah Hotel Sdn Bhd.

Hotel ini terletak di tengah-tengah ibu kota Shah Alam, Selangor, Mardhiyyah Hotel & Suites hanya beberapa minit dari tempat-tempat pelancongan di bandar ini, pusat membeli-belah, taman-taman popular dan juga pejabat-pejabat kerajaan.

Mardhiyyah Hotel & Suites hotel ini dinobatkan sebagai pemenang bagi Pengiktirafan Penginapan Mesra Muslim (MFAR) Kategori Platinum oleh Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia melalui Pusat Pelancongan Islam (ITC). Anugerah platinum MFAR diiktiraf sebagai hotel konsep 'Mesra Muslim' dengan peralatan dan kemudahan yang mematuhi syariah.

Haa.. menarik kan. Korang yang mana tengah plan nak ajak bapa dan kekuarga makan-makan kat luar nanti boleh lah terus hubungi Mardhiyyah Hotel & Suites nie nanti ya. Selamat menjamu selera bersama orang tersayang.. papai!


Post a Comment

3 Comments

  1. wah best2 manu hari bapa.... bila lagi nak hargai bapa2 kan

    ReplyDelete
  2. hancus diet menu gini. hihih. semua menyelerakan :)

    ReplyDelete
  3. Bestnya ni. Banyak menu. Bapa sekalian, kita ada makan makan yaa

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️