Selamat Tahun Baru 2022

Assalamualaikum, hai semua. Rasanya belum terlambat lagi Kak Sue nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2022 untuk korang semua. Tahun nie kita semua masih lagi dalam suasana pandemik kan, cuma beberapa sekatan sebelum nie dah banyak dah dilonggarkan. Apapun harapnya semoga tahun baru 2022 nie kita semua dikurniakan perkara yang paling terbaik untuk kita semua kan..

Selamat Tahun Baru 2022

Selamat Tahun Baru 2022

Sekarang nie Kak Sue rasa macam masa dan hari tu, berjalan cepat sangat kan. Rasa macam baru ja kita tempoh ujian pandemik nie, diam tak diam dah nak masuk dua tahun dah. Dan dua tahun juga lah kita semua tak merasa nak berhari raya di kampung. Bukan lah kita tak boleh berhari raya di rumah sendiri tapi suasana raya di kampung dengan ada keluarga dan sanak keluarga terasa lebih meriah dan seronok kan..

Harap tahun baru 2022 nie dapat lah kita semua beraya kat kampung dan semoga hilang lah semua virus Covid terus dari mukabumi nie kan. Dah bermacam versi dah Kak Sue baca sampai tak tau dah mana satu yang betul kalau nak bercerita pasal hal Covid nie. Ditambahkan pula hal vaksin dan AEFI yang banyak dikongsikan di social media semenjak kita diwajibkan cucuk vaksin memang sangat menakutkan..

Apapun.. kita sebagai orang Islam nie, bak kata suami Kak Sue Abang Man. Apa yang kita buat dan apa yang berlaku semuanya dengan izin Allah. Kita nie tak daya, maka kita berserah aja lah semua urusan kita pada Allah. Nak komen atau ulas lebih bab Covid dan vaksin nie memang sangat lah sensetif. Tak nak Kak Sue nak jadikan situasi salah paham nanti. Simpan saja lah dalam hati dan meluahkan kepada keluarga sendiri sahaja lah..

Akhir sekali.. Kak Sue mendoakan untuk kita dan keluarga kita semua di tahun baru 2022 nie, semoga kita semua sentiasa dalam rahmat dan jagaan Allah, semoga dipermudahkan semua setiap urusan kita dan dikurnikan rezeki dan umur yang bermanfaat untuk semua.. Semoga Allah tuntun kita melihat kebenaran dan lindungi kita semua dari fitnah akhir zaman.. Aamiin Ya Rabb.. Selamat Tahun Baru semua.. Jaga diri.. papai! 💙


Post a Comment

6 Comments

  1. All the best Kak Sue, semoga dipermudahkan segala urusan dunia akhirat

    ReplyDelete
  2. Selamat tahun baharu kak Sue sekeluarga.

    ReplyDelete
  3. Selamat tahun baru diucapkan pada kak sue sekluarga.. semoga di tahun baru nie kita semua diindungi, diberkati dan dirahmati oleh Allah serta dipermudahkan perjalanan hidup kita sepanjang tahun... Aamiin...

    ReplyDelete
  4. selamat tahun baru kak sue, semoga segala azam dan keiginan dimakbulkan tahun ni amin

    ReplyDelete
  5. selamat thn baru, kak.
    yes, moga thn ni kita dpt beraya dgn famili terdekat.
    tak perlu ziarah menziarahi yg jauh2.
    sebab covid masih mengganas kan.

    thn ni thn bermulanya ekonomi nak naik semula.
    not easy for us, kan. moga baik2 aje utk kita semua.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️