Koleksi Bunga Ros di Taman Mini Kak Sue

Assalamualaikum, hai semua. Lama Kak Sue tak kongsi minat Kak Sue yang satu nie kan. Jadi.. kali nie Kak Sue nak kongsi Koleksi Bunga Ros di Taman Mini Kak Sue dengan korang. Sebenarnya kan sejak PKP nie memang bertambah lagi lah koleksi pokok kat Taman Mini Kak Sue. Ada yang berjaya hidup subur dan ada yang mati kekeringan.. haih sedih betul ya kalau ada pokok yang kita jaga mati nie kan.. huhuhu..

Koleksi Bunga Ros di Taman Mini Kak Sue
Koleksi Bunga Ros di Taman Mini Kak Sue

Koleksi Bunga Ros di Taman Mini Kak Sue

Sebenarnya kan sebelum nie kebanyakan pokok Kak Sue memang jenis yang tak berbunga sangat. Semuanya jenis berdaun atau jenis kaktus. Senang nak dijaga.. sebab Kak Sue tak berapa nak rajin menjirus pokok setiap hari kadang tu. Jadi Kak Sue macam takut nak jaga pokok-pokok yang manja nie. Kebanyakkan memang kecundang lah jawabnya nanti. Apapun.. jom lah kita tengok koleksi bunga ros di Taman Mini Kak Sue jom..

Koleksi Bunga Ros di Taman Mini Kak Sue
Koleksi Bunga Ros di Taman Mini Kak Sue

Koleksi Bunga Ros di Taman Mini Kak Sue
Koleksi Bunga Ros di Taman Mini Kak Sue

Koleksi Bunga Ros di Taman Mini Kak Sue
Koleksi Bunga Ros di Taman Mini Kak Sue

Entah macamana, Kak Sue jadi tertarik nak bela pokok bunga ros pula bila tengok kawan blogger Kak Sue, si Diya Nadia selalu kongsi pasal pokok-pokok bunga beliau. Cantik sangat tau korang.. subur aja semua. Pulak tu ada bermacam jenis dan warna bunga ros Diya ada tau. Bukan setakat bunga ros ja Diya bela, bermacam jenis pokok lain juga sebenarnya. Semuanya subur dan cantik..

Koleksi Bunga Ros di Taman Mini Kak Sue
Koleksi Bunga Ros di Taman Mini Kak Sue

Koleksi Bunga Ros di Taman Mini Kak Sue
Koleksi Bunga Ros di Taman Mini Kak Sue

Koleksi Bunga Ros di Taman Mini Kak Sue
Koleksi Bunga Ros di Taman Mini Kak Sue

Kebetulan pula.. hari tu Diya ada open order untuk geng Rawang bila setiap kali Diya top up stok bunga, jadinya dengan Kak Sue sekali pun ikut terjebak. Tak payah kita susah-susah nak ke nuseri, Diya tolong belikan dulu, kita tinggal pilih dan ambik aja kat rumah Diya selepas bayar harga pokok dan tambang grab. Baiknya si Diya nie tak ada extra caj pun tau, sama aja dengan harga dekat nurseri tu..

Koleksi Bunga Ros di Taman Mini Kak Sue
Koleksi Bunga Ros di Taman Mini Kak Sue

Koleksi Bunga Ros di Taman Mini Kak Sue
Koleksi Bunga Ros di Taman Mini Kak Sue

Koleksi Bunga Ros di Taman Mini Kak Sue
Koleksi Bunga Ros di Taman Mini Kak Sue

Terima kasih Diya, semoga pahala berpanjangan untuk Diya sebab rajin berkongsi dengan kami semua. Bukan setakat kongsi beli pokok sama-sama, tapi rajin juga kongsi tips penjagaan pokok. Selalu tak kedekut nak berkongsi apa-apa pun sebenarnya. Memang seronok bila ada geng pokok macam nie kan..

Harapnya, semua pokok bunga kat Taman Mini Kak Sue nie terus sihat dan subur lah nanti. Cuma baru-baru nie balik kampung memang ada pokok yang tak dapat diselamatkan.. sedih lagi. Biasa lah kan, bila kita jaga pokok nie.. pengalaman macaam nie memang tak boleh dielakkan. Apapun, nanti Kak Sue kongsikan lagi cerita pokok-pokok Kak Sue di entri yang lain pula hokay.. jumpa lagi, papai!

Korang boleh juga baca cerita Taman Mini Kak Sue kat sini Deko Taman Mini Lagi

Post a Comment

3 Comments

  1. salam singgah kak sue
    saya ayu
    follower baru blog akak.
    nanti jemput jalan - jalan ke blog saya ye?

    btw, cantik bunga - bunga ros akak
    saya pun baru berjinak - jinak menanam sejak pkp 2020
    tapi takde rezei sangat dengan ros ni
    ade 2 jenis baka saya beli

    1 direct cameroon
    1 lagi dari nursery berdekatan.

    ReplyDelete
  2. cantik dan segar2 bunga ros kak sue.. mesti wangi kan. saya tak pandai jaga pokok bunga ros

    ReplyDelete
  3. Betul ke orang cakap nak bagi bunga ros segar campurkan dengan panadol?

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️