Kelapa Laut Man Java | Open Order Pasar Ramadhan 2021

Assalamualaikum, hai semua. Kelapa Laut Man Java | Open Order Pasar Ramadhan 2021. Tahun nie sebenarnya kami open order untuk peniaga lama dan beberapa peniaga baru sahaja. Sebabnya, tahun nie kami lantik beberapa agen dan selaraskan harga untuk semua. Jadi kalau ada peniaga baru team Kelapa Laut Man Java memang kami passing ke agen sekarang nie..

Kelapa Laut Man Java | Open Order Pasar Ramadhan 2021
Kelapa Laut Man Java


Kelapa Laut Man Java | Open Order Pasar Ramadhan 2021

Alhamdullilah, walaupun kami open order untuk Pasar Ramadhan tahun nie hanya di group whatsapp peniaga Kelapa Laut Man Java tapi sambutan agak mengalakkan. Agak kelam kabut juga lah nak siapkan order sebab tahun nie pun kami tak ada pembantu macam tahun lepas. Nasib lah ada anak-anak yang membantu..

Kelapa Laut Man Java | Open Order Pasar Ramadhan 2021
Kelapa Laut Man Java

Dan alhamdullilah juga, tahun nie pasar ramadhan boleh beroperasi macam biasa semula dah. Lega lah sikit kan untuk peniaga macam kami nie, tak macam tahun lepas kebanyakkan peniaga Kelapa Laut Man Java dan kami sendiri meniaga secara online atau meniaga tepi jalan sahaja pada bulan puasa. Nak tak nak, hidup kena teruskan.. betul dak..

Semua order untuk tahun nie, kami dah mula hantar gunakan penghantaran melalui bas macam biasa. Kiranya dalam satu hari semua order tu boleh sampai kepada semua peniaga. Tak macam tahun lepas, sampai berhari-hari baru barang sampai dan ada barang kami hilang bila gunakan perkhimatan melalui pelbagai khidmat pos barang. Terpaksa ganti balik lah kepada peniaga terbabit. Biasa lah bila kita berniaga nie, kena tanggung lah semua risiko.. hehehe..

Kelapa Laut Man Java | Open Order Pasar Ramadhan 2021
Kelapa Laut Man Java

Apapun, akhir sekali.. kami dari team Man Java nak ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua yang bakal tiba tak berapa hari sahaja lagi. Semoga tahun nie Ramadhan lebih baik dari tahun sebelumnya dan semoga ujian yang melanda seluruh dunia waktu ini bakal berakhir tak lama lagi. Jaga diri semua.. kita mesti menang.. Rezeki Sama Dikongsi.. 💙

Post a Comment

8 Comments

  1. semoga murah rezeki selalu 🤍

    ReplyDelete
  2. Selamat menyambut bulan ramadan juga kak. :)

    ReplyDelete
  3. takde pembantu dah ya kak.. semoga rezeki lebih baik buat semua team Man Java tahun ni ya kak.. amin..

    ReplyDelete
  4. sedapnya kelapa laut man java.. sejuk badan bila minum.. ramadhan kareem kak

    ReplyDelete
  5. Ramadhan kareem semoga ramadhan ini lebih bermanfaat dan lebih baik dari tahun2 sebelumnya

    ReplyDelete
  6. rindunya dengan air kelapa laut dan kedondong ni kak. bila lah dpt rasa lagi kan. semoga business abg man semakin baik tahun ni.

    ReplyDelete
  7. semoga dimurahkan rezeki angah sekeluarga:)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️