Resepi Daging Masak Merah

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi Resepi Daging Masak Merah  pula dengan korang. Rasanya kalau korang nak tukar ayam a...

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi Resepi Daging Masak Merah pula dengan korang. Rasanya kalau korang nak tukar ayam atau makanan laut lain pun boleh juga, kita yang buat dia kan. Ikut aja selera kita nak makan apa, cuma cara masakan tu aja sama. Resepi Daging Masak Merah nie pun senang aja korang, tak banyak pun bahannya. Sekejapan dah siap dah, cuma nak tunggu rebus daging tu ambil masa sikit lah. Jom kita tengok resepinya jom..

Resepi Daging Masak Merah
Daging Masak Merah

Resepi Daging Masak Merah

Sejak dua menjak nie Kakak rajin nak cuba resepi masakan Thai. Kakak memang suka masakan Thai, mungkin sebab pedas dan rasa masam tu kan. Jadi kali nie Kakak cuba resepi Daging Masak Merah pula, walaupun tak ada lah rasa masam.. rasa pedas sahaja. Senang lain kali dah boleh masak sendiri kat rumah kalau rasa teringin nak makan masakan Thai kan.. chewah! 

Daging Masak Merah
Bahan :
1 kg daging - direbus
1 biji bawang besar - dihiris bulat
4 biji bawang putih - diketuk
1 sudu sos cili
1 sudu sos tomato
1 sudu sos tiram
2 sudu sos ikan
1 kiub ayam Knorr
2 helai daun limau
Sedikit cili padi
Sedikit cili kisar
Sedikit garam dan gula
Sedikit daun sup dan bawang untuk hiasan

Cara :
Rebus daging tadi sehingga empuk
Kemudian potong nipis dan goreng sekejap
Toskan, ketepikan dulu
Gunakan minyak mengoreng daging tadi, tumiskan bawang putih dan cili kisar
Biarkan cili masak sehingga pecah minyak
Kemudian masukkan semua sos, gaul sebati
Perasakan dengan kiub ayam, gula dan garam
Kacau sebati dan biarkan mendidih
Kemudian masukkan daging, bawang, cili padi dan daun limau tadi
Kemudian kacau sekejap, kemudian masukkan daun sup dan daun bawang
Tutup api, sedia untuk dihidangkan

Korang boleh cuba resepi daging yang lain kat sini Resepi Daging Ketumbar Dato Rizalman



You Might Also Like

12 ulasan

  1. dapat makan dengan nasi pun jadilah..

    ReplyDelete
  2. sedapnya daging masak merah. makan dengan nasi panas2

    ReplyDelete
  3. Sedap, tambah pulak telur dadar yummmsss

    ReplyDelete
  4. Cantik hidangannya, kombinasi warna merah & ijo.

    ReplyDelete
  5. Memang sedap. LeYa kalau buat ayah pun suka..

    ReplyDelete
  6. ayooyoyoyoyo.. nmapak sedap laaaa

    ReplyDelete
  7. pandainya kakak masak. senang banyak dah ibu skrg ni.

    ReplyDelete
  8. favourite kami anak beranak.. kena cuba ni

    ReplyDelete
  9. Cantik kejadiannya. Makan dengan nasi panas dan telur mata mesti best!!!

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤

Segala yang terkandung dalam terbitan entri adalah pendapat peribadi penulis. Perubahan butiran atau informasi mungkin berlaku tanpa ada sebarang pemberitahuan. Terima kasih singgah blog Shuhaida Kabdy.