Cosmoderm Tea Tree Oil Untuk Kulit Bebas Jerawat

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi produk penjagaan diri iaitu Cosmoderm Tea Tree Oil Untuk Kulit Bebas Jerawat pula dengan korang. Ya lah kita orang perempuan nie sedikit sebanyak harus lah kena jaga kesihatan, kebersihan dan kecantikaan kulit kan. Dan biasanya masalah jerawat nie memang sangat biasa dah dengan orang perempuan nie kan. Jadi untuk itu jom Kak Sue nak kongsi set Cosmoderm Tea Tree Oil untuk kulit bebas dari jerawat nie jom..

Cosmoderm Tea Tree Oil
Cosmoderm Tea Tree Oil

Cosmoderm Tea Tree Oil Untuk Kulit Bebas Jerawat

Kak Sue sendiri sebenarnya ada masalah jerawat nie, tapi tak ada lah tahap serius. Cuma jerawat akan timbul sesekali sahaja, kadang tu mungkin sebab 'cuti' rutin orang perempuan setiap bulan atau tengah stress. Biasa lah bila stress nie banyak berfikir, tidur tak cukup dan kita kurang ambik berat penjagaan diri. 

Biasanya, ada lah timbul seketul dua dan nanti akan hilang aja macam tu selepas beberapa hari. Tapi bagi korang yang ada masalah serius sampai korang rasa segan atau hilang keyakinan diri, sekarang nie dah tak payah nak risau lagi sebab adanya produk Cosmoderm Tea Tree Oil nie untuk bantu korang bebaskan masalah jerawat. Haa.. best tak?

Tapi, sebelum Kak Sue nak kongsikan rangkaian produk Cosmoderm Tea Tree Oil nie dengan korang Kak Sue nak kongsi sikit info tentang Cosmoderm nie dulu okay. Cosmodem nie sebenarnya dah mula bertapak dalam industri penjagaan diri pada tahun 2001 lagi dan juga diformulasi dan dihasilkan di Malaysia tau. Kira agak dikenali juga tau jenama nie setaraf dengan produk penjagaan diri yang lain.

Menariknya lagi, produk Cosmoderm nie adalah bebas paraben dan sulfat. Dan sesuai untuk semua jenis kulit termasuk korang yang berkulit sensetif. Lebih menarik lagi, Cosmoderm nie menggunakan bahan berkualiti tinggi seperti Vitamin E dari Eropah, minyak Tea Tree dari Australia, Co-Enzyme Q10 dari Jerman dan herba tradisional seperti Manjakani dari Malaysia.

Selain tu, Cosmoderm nie ada beberapa pilihan rangkaian produk penjagaan diri yang selamat dengan harga yang berpatutan. Kira harga mampu milik lah kan. Jadi jom Kak Sue nak kongsi produk Cosmoderm Tea Tree Oil untuk kulit bebas jerawat dengan korang pula jom.

Cosmoderm Tea Tree Oil
Cosmoderm Tea Tree Oil

Cosmoderm Tea Tree Oil

1. Tea Tree Oil Facial Cleanser
Membersih muka untuk menanggalkan minyak pada kulit muka, membuka liang pori yang  dan mengawal minyak dari kulit muka untuk kurangkan jerawat.

2. Tea Tree Oil Purifying Mask
Selepas bersihkan muka, korang sapu pula TTO Purifying Mask ke kulit muka dan biarkan sekurangnya 15-20 minit. Kemudian basuh dengan air bersih. Masker nie membantu menyerap minyak yang berlebihan dan keringkan jerawat dan pori. 

3. Tea Tree Oil Anti-Blemish Gel
Ada dua Anti-Blemish nie untuk jenis kulit yang berbeza. Boleh guna untuk kawasan berjerawat dan toner.
• Tea Tree Oil Anti Bemish Gentel - berfungsi mengecutkan jerawat, menghilangkan blackhead dan whitehead untuk kulit sensetif.
• Tea Tree Oil Anti Blemish X-Press - membantu mnegecutkan jerawat, menghilangkan blackheads dan whitenhead untuk kulit biasa.

Cosmoderm Tea Tree Oil

Selain tu ada juga beberapa pilihan produk lain lagi dalam set Tea Tree Oil nie tau, antaranya..

1. Tea Tree Oil Clariyibg Toning Lotion
Merawat jerawat, membunuh bakteria dan menyingkirkan minyak berlebihan

2. Tea Tree Oil Day & Night Moisturiser
2 in 1 primer and moisturizer yang berasaskan air melindungi kukit dari sinar UVA & UVB

3. Tea Tree Oil | Oil Control Serum
Serum berasaskan air gel dengan ekstrak buah untuk mengawal minyak berlebihan dan mengurangkan jerawat, blackhead dan whitehead

4. Tea Tree Oil Shower Gel
Mandian yang lembut pada kukit, tekstur yang ringan, tanpa iritasi dan anti bakteria

5. Tea Tree Magic Body Lotion
Membantu mengurangkan ruam, jangkitan kulat dan bakteria. Juga berfungsi sebagai penghalau nyamuk dan kutu

Haa.. menarik kan. Sebenarnya Kak Sue dah pernah guna produk Cosmoderm juga sebelum nie. Memang bagus dan sesuai dengan kulit Kak Sue. Apapun apa yang kita pakai atau guna, kena rajin dan konsisten sebenarnya tau. InsyaAllah kulit kita bukan sahaja cantik, tapi juga sihat.

Produk Cosmoderm Tea Tree Oil nie korang boleh dapatkan di semua rangkaian farmasi termasuk di Watsons, Gurdian dan Aaeon Wellness tau. Nak senang lagi.. tambah sekarang nie kita dikenakan PKP kan, korang boleh aja beli secara online di website Cosmoderm atau di Shopee. Macam biasa untuk lebih detail lagi Kak Sue akan kongsikan kat bawah nie ya.. 

Cosmoderm





Post a Comment

8 Comments

  1. Banyak jugak produk cosmoderm ni. macam2 ada..

    ReplyDelete
  2. Menarik ni kak Sue. Boleh guna sendiri dan boleh juga PC syorkan kepada kawan-kawan dan saudara mara.

    ReplyDelete
  3. Selalu juga dengar tentang produk ini, tapi belum pernah cuba.

    ReplyDelete
  4. Memang terbaik la Cosmoderm ni kan 👍

    ReplyDelete
  5. Siapa yang ada masalah jerawat eloklah mencuba.

    ReplyDelete
  6. Tea tree oil memang bagus utk rawat jerawat kan kak. Lagi2 kalau under jenama cosmoderm yg terkenal ni.

    ReplyDelete
  7. wow menarik sgt cosmoderm ni sebab bahan2 dia mmg sesuai utk kulit

    ReplyDelete
  8. Dulu CCL pengguna setia cosmodern green tea ni . Suka bau dia green tea tu wangi

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️