Baby Carrie Junior Terbaru Khas Untuk Penjagaan Bayi

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi dengan korang barangan penjagaan untuk untuk anak-anak iaitu Baby Carrie Junior Terbaru Khas Untuk Penjagaan Bayi. Rasanya kebanyakan dari kita pun dah tau dan kenal dengan jenama nie kan. Kak Sue sekeluarga pun sebenarnya ada juga guna produk nie cuma kali nie Baby Carrie Junior terbaru nie khas untuk penjagaan bayi pula. Jom lah Kak Sue sambung sembang lagi kat bawah nie jom..

Baby Carrie Junior Terbaru Khas Untuk Penjagaan Bayi
Baby Carrie Junior Terbaru

Baby Carrie Junior Terbaru Khas Untuk Penjagaan Bayi

Sebenarnya kan Baby Carrie Junior terbaru nie bukan sahaja khas untuk penjagaan bayi sahaja tapi boleh juga digunakan untuk kanak-kanak. Maklumlah kulit bayi dan kanak-kanak nie masih lembut dan sensetif kan. Jadi memang sesuai sangat kita gunakan produk khas untuk penjagaan kulit anak-anak kita.

Baby Carrie Junior Terbaru Khas Untuk Penjagaan Bayi
Baby Carrie Junior Terbaru
Apa yang bagus dan menariknya tentang Baby Carrie Junior terbaru nie ianya di formulasikan daripada bahan yang dirumus khas 100% organik tau. Antara bahan organik yang ada dalam Baby Carrie Junior terbaru nie ialah Organic Oat Milk & Milk of Almonds dan Organic Almond Oil & Wheat Germ Oil. Semua bahan nie diformulasi khas untuk kulit bayi dan kanak-kanak sebab ia bagus untuk melembutkan dan melindungi kulit.

Selain tu kan korang, Baby Carrie Junior nie didatangkan dengan set lengkap untuk penjagaan bayi dan kanak-kanak. Kira 'head to toe' lah, jadi kita mak-mak nie tak payah susah-susah dah nak cari kat tempat lain semua dah ada dengan Baby Carrie Junior terbaru nie dari hujung rambut sampai lah ke hujung kaki. Jom Kak Sue nak kongsi lagi apa yang ada dalam set Baby Carrie Junior terbaru nie jom..

Baby Carrie Junior Terbaru Khas Untuk Penjagaan Bayi
Baby Carrie Junior Terbaru
Baby Carrie Head to Toe
Baby Carrie head to toe nie bertindak membersihkan kulit kepala dan kulit sensitif bayi dengan lembut. Selain tu ia kaya dengan minyak gamdum, vitamin E sebagai antioksidan bagi melindungi kulit. Ia juga lembapkan kulit bayi secara intensuf dengan minyak badam organik supaya kulit lembut dan licin. Memang sesuai lah untuk kulit bayi yang baru lahir kan dan juga tak pedihkan mata. Kak Sue suka guna jenis head to toe nie sebab jimat boleh gunakan satu badan, dari kepala hingga lah ke kaki.

Baby Carrie Bath
Mandian Baby Carrie nie pula membersihkan kulit bayi yang sensitif dengan lembut dan mengandungi susu oat organik dan susu badam untuk memperbaiki kelembapan kulit dan mengawal kehilangan kelembapan dan mennguatkan kulit bayi. Keanjalan kulit bayi dengan adanya Vitamin A & E yang juga bertindak sebagai antioksidan bagi melindungi kulit.

Baby Carrie Junior Terbaru Khas Untuk Penjagaan Bayi
Baby Carrie Junior Terbaru
Baby Carrie Lotion
Losyen Baby Carrie nie pula memberikan kelembapan cepat pada kulit selama 48 jam tau. Apa yang best lagi tak rasa berminyak dan rasa ringan aja kat kulit. Ia dibuat dengan gliserin untuk hidratkan dan menenangkan kulit bayi dengan susu oat organjk dan susu kacang almond untuk melembabkan dan melindungi kulit.

Baby Carrie Nourishing Oil
Minyak bayi Baby Carrie nie sangat sesuai untuk urutan bayi. Ia menenangkan dan melegakan kulit kering dan mengunci kelembapan kulit bayi. Bahannya terdiri dari minyak badam organik, minyak gandum dan minyak zaitun bagi membentu kulit bayi menyerap dan mengekalkan kelembapan sambil melindungi kulit bayi.

Baby Carrie Junior Terbaru Khas Untuk Penjagaan Bayi
Baby Carrie Junior Terbaru
Set produk Baby Carrie nie telah diuji oleh Pakar Dermatologi juga Pakar Oftalmologi. Jadi kita mak-mak nie tak payah dah risau nak guna Baby Carrie Junior terbaru nie ya sebab semua telah diuji selamat untuk kulit bayi. Ya lah, sebagai Ibu kita memang harus pastikan produk selamat untuk digunakan seisi keluarga kan. Kak Sue suka sangat bau dia, bau sedap macam bau baby baru lahir. Rindu bau tu tau..

Okay lah, korang yang nak dapatkan produk Baby Carrie Junior nie boleh lah ke semua rangkaain farmasi, kedai dan pasaraya yang berdekatan dengan rumah korang ya. Macam biasa nak tau lebih lanjut korang boleh singgah kat bawah nie ya..

Baby Carrie Junior
Facebook | Instagram



Post a Comment

8 Comments

  1. PC suka baunya kak Sue.Ni boleh beli buat hadiah.

    ReplyDelete
  2. Mesti anak2 semerbak wangi bau lepas guna kan. Bahan2 pula semuanya selamat dan organik.

    ReplyDelete
  3. botol baru..comel pulak botol dia.

    ReplyDelete
  4. haaa kak sue kena beranak kecik lagi nih hahahaha

    ReplyDelete
  5. anak2 fara pakai syampoo dia.. wangiiiii

    ReplyDelete
  6. Dulu masa syafi baby saya selalu guna Baby Carrie Junior suka bau dia best

    ReplyDelete
  7. hehe bau dia mmg wangi kan tapi yang ni tak penah bau lagi.. yang fruity2 tu ada jugak guna walaupun dah dewasa ni. hehe.. sedap bau..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️