Deko Taman Mini Lagi

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi dengan korang yang Kak Sue baru aja Deko Taman Mini Lagi  baru-baru nie. Kebetulan ...

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi dengan korang yang Kak Sue baru aja Deko Taman Mini Lagi baru-baru nie. Kebetulan adik Kak Sue si Ajie datang lepak sekejap kat rumah Kak Sue, apa lagi.. terus Kak Sue ajak Ajie deko Taman Mini kat depan rumah Kak Sue nie. Jom kita tengok jom..

Deko Taman Mini Lagi, Deko Taman Mini
Deko Taman Mini By Ajie

Deko Taman Mini Lagi

Sebelum Kak Sue teruskan sembang pasal Deko Taman Mini lagi, Kak Sue nak kongsi orang yang banyak bantu Kak Sue jayakan deko Taman Mini nie. Sebenarnya kan adik Kak Sue si Ajie nie memang pandai dan tau serba sedikit cara nak tanam atau nak deko pokok-pokok bunga nie tau. Kalau rumah kat kampung di Batu Kurau memang Ajie nie yang deko dan jaga semua pokok bunga. Siap ada jual pokok lagi tau.

Berbalik pada cerita Deko Taman Mini kali nie, sebenarnya idea nak deko balik Taman Mini nie tetiba aja datang sebab Kak Sue nak re pot balik semua pokok yang pasu dah reput. Rupanya memang tak sesuai tanam pasu plastik tu bila berhujan panas kecuali pasu yang agak mahal.sikit harganya tu. Lupa pula brand apa hari tu ada auntie nursery tu bagi tau. Jadi dah alang nak tambah pokok, Kak Sue beli pasu baru dan minta tolong Ajie re pot balik beberapa pokok.

Deko Taman Mini Lagi, Deko Taman Mini
Deko Taman Mini by Kak Sue
Rasanya cuma ambik masa dalam empat hingga lima hari aja Ajie dan Kak Sue siapkan deko tu. Tapi idea deko tu semua dari Ajie, Kak Sue cuma tolong angkat-angkat pasu aja pun. Mana pokok yang boleh atau tahan panas semua kami letak kat situ. Yang mana tak boleh kena cahaya matahari sangat kami susun bawah porch. Rasa lega sikit mata nie bila nampak pokok-pokok lebih kemas dan teratur. Kadang kalau tak kena gaya jadi semak pula kan bila pokok terlebih banyak nie kan.. hehehe..

Selain re pot pasu baru, Kak Sue juga tambah batu lagi kat situ. Satu bag dalam RM20 aja pun. Kak Sue cuma lambak dan ratakan aja kat situ. Lagi pun Kak Sue nak cuba kurangkan rumput naik bahagian situ, tak lah nampak semak kan. Makanya siap dah Deko Taman Mini Kak Sue kali nie. Mungkin nanti nak tambah lagi dua tiga pokok lagi kat sini. Nanti bila dah tambah pokok lagi, Kak Sue kongsikan lagi kat sini tau. Till then.. papai!


You Might Also Like

9 ulasan

  1. Kemas je, sejuk mata memandang :)

    ReplyDelete
  2. Ada orang tangan dia memang berseni. KIta ni cuma ada minat belum cukup lagi tu .. kena ada jugak bantuan dari orang berseni ni..kan??


    Cantiknya dia deko.. Nanti tunjuk la bunga kat rumah batu kurau.

    Sapa suruh cerita...kan??hahah..

    Wajib tunjuk tau..

    ReplyDelete
  3. Nampak kemas Bila letak batu2 tu kak. Cantik pun cantik. sedap mata memandang. rasa tenang je.

    ReplyDelete
  4. Wah nampak kemas je susunannya.. nampak simple dan minimalist, sejuk mata memandang...

    ReplyDelete
  5. Tenang dan mendamaikan!

    ReplyDelete
  6. rajin kak sue. kalau tgk kebun saya ya ampun level rendah sikit je dari semak huhu

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤

Segala yang terkandung dalam terbitan entri adalah pendapat peribadi penulis. Perubahan butiran atau informasi mungkin berlaku tanpa ada sebarang pemberitahuan. Terima kasih singgah blog Shuhaida Kabdy.