Assalamualaikum, hai semua. Selamat Tahun Baru 2020 korang. Rasanya masih belum terlambat untuk Kak Sue ucapkan Selamat Tahun Baru untuk korang kan. Dua tiga hari nie sibuk dengan urusan anak-anak, tambah Kakak ada balik bercuti jadi masa lebih banyak Kak Sue fokuskan untuk keluarga tak sempat nak menulis kat sini. Apapun doa Kak Sue semoga tahun baru nie lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya..
Selamat Tahun Baru 2020 - Keluarga tersayang |
Selamat Tahun Baru 2020
Diam tak diam kita tak sedar dah sampai ke tahun baru lagi kan. Rasanya masih baru lagi kita tinggalkan tahun 2019. Banyak dengan kenangan bahagia dan airmata. Banyak ujian yang membuatkan kita lebih dewasa. Apapun semoga dengan datangnya tahun baru 2020 nie bawa sinar yang lebih baik untuk kita semua kan..
Bulan lepas pada tarikh 28.12.2019 genaplah setahun Mak Kak Sue tak ada, pergi bertemu sang Pencipta. Memang perasaan sedih dan rindu tetap ada.. rasanya akan terus kekal selamanya. Rindu yang tak tertanggung dan tak berpenghujung.. Apapun Kak Sue akan terus pujuk hati semoga menerima apa yang dah ditentukan olehNya dengan seikhlasnya..
Hidup perlu diteruskan walau apapun. Tok Pah akan terus kekal dalam doa dan ingatan Kak Sue sekeluarga dan juga anak-anak dan cucu yang lain selamanya. Tak kan pernah lupa pun. Cuma rasa hidup memang takan sama macam Tok Pah masih ada..
Apapun setiap ujian yang Allah datangkan untuk kita sebenarnya adalah hikmah untuk kita lihat dan perbaiki diri juga amal kita. Lebih muhasabah diri, latih diri terima ketentuan dariNya dengan redha. Semoga tahun ini hidup Kak Sue sekeluarga dan kita semua lebih baik dan berjaya, lebih istiqomah dan lebih redha dalam setiap ujian dengan seikhlasnya.. aamiin Ya Rabb.. Selamat Tahun Baru semua.. papai!
18 Comments
Happy New Year Kak Sue, Moga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya Aamiin, Jom buka buku baru
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Selamat tahun baru. Semoga tahun 2020 memberikan kita hasil yg terbaik untuk kita dengan izin Allah Taala. Aamiin
ReplyDeleteSelamat tahun 2020, semoga diberkati dan selamat maju jaya.
ReplyDeleteBelum terlambat lagi nak ucap Selamat Tahun Baru Kak Sue. Semoga yang baik baik sahaja buat Kak Sue sekeluarga
ReplyDeleteselamat tahun baru akak
ReplyDeletesalam tahun baru 2020
ReplyDeleteselamat tahun baru kak sue sekeluarga
ReplyDeleteselamat tahun baru 2020 kak sue
ReplyDeletedah setahun ye kak. alfatihah buat arwah. selamat tahun baru kak semoga 2020 lebih manis
ReplyDeletedulu masa sekolah wawasan 2020 ni mcm jauh lagi nak capai..skrg ni..mcm tak percaya jer..alhamdulilah semoga kita diberi masa untuk beribadah dan menghadapi cabaran yang lebih kuat
ReplyDeleteSelamat tahun baru kak sue.. Semoga tahun 2020 ni lebih cemerlang dan suksess. Amin
ReplyDeleteSelamat tahun baru kak sue.. Semoga 2020 ni menjadi perkara indah buat kak sue sekelaurga.. Yangvpergi kita sedekahkan alfatihah
ReplyDeleteSelamat tahun baru k.sue... Moga tahun ini lebih baik dr thun sblm2 ini...
ReplyDeleteSelamat Tahun Baru. Moga tahun 2020 dan seterusnya bakal memberi kita kejayaan dan kekayaan. Hal yang lps dan mereka yang pergi tetap di hati sampai bila2
ReplyDeleteSelamat Tahun Baru Kak Sue dan Family
ReplyDeleteSelamat tahun baru. Semoga dipermudahkan segala urusan. ☺️
ReplyDeleteHappy New Year! Semoga tahun ni murah rezeki and semua sihat
ReplyDeletein shaa Allah kaksu..
ReplyDeleteSemoga kita semua sentiasa berada dalam lindungan Allah..
Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️