Aktiviti dan Hobi Terbaru Abang Man

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi Aktiviti dan Hobi Terbaru Abang Man pula dengan korang. Dan rasanya ada antara korang yang dapat agak dah kut Aktiviti dan Hobi Terbaru Abang Man nie kan, sebab kadang Kak Sue ada kongsi kat sosial media Kak Sue. Apa lagi kalau bukan sukan bermotor, eh betul ke sukan bermotor ke ada nama lain ya. Kak Sue pun tak tau sangat sebenarnya, cuma sebagai isteri kita kena lah beri sokongan kan asal tak mengabaikan keluarga dan keselamatan diri sudah la ya..

Aktiviti dan Hobi Terbaru Abang Man
Aktiviti dan Hobi Terbaru Abang Man

Aktiviti dan Hobi Terbaru Abang Man

Sebenarnya kan aktiviti dan hobi terbaru Abang Man nie bermula sejak awal tahun lepas dah. Masa tu Abang Man memang berkira-kira dan teragak-agak juga nak beli motor besar nie. Katanya takut tak mampu atau membazir pula nanti. Tapi Kak Sue beri sokongan dan pendapat sebab Abang Man memang dah lama nak ada motor balik dan nak ride lagi macam zaman muda remaja dulu. Ya lah bila anak-anak dah besar nie ada masa lapang dan komitmen dah kurang sikit boleh lah ada aktiviti dan hobi nak dibuat kan selain aktiviti ke masjid atau surau..

Aktiviti dan Hobi Terbaru Abang Man
Aktiviti dan Hobi Terbaru Abang Man
Aktiviti dan Hobi Terbaru Abang Man
Aktiviti dan Hobi Terbaru Abang Man
Bukan apa, kadang kesian tengok Abang Man bekerja keras, bertungkus lumus cari rezeki untuk kami sekeluarga. Selalu dahulukan keperluan dan kehendak Kak Sue dan anak-anak, sedangkan untuk diri sendiri tak ada apa pun. Jadi untuk kali nie Kak Sue kata tak apa lah bukan selalu pun beli barang untuk Abang Man kan. Lama juga Abang Man servey sana sini, kebetulan memang dah ada geng motor lama masa zaman remaja dulu boleh lah tanya-tanya pendapat motor mana yang best..

Aktiviti dan Hobi Terbaru Abang Man
Aktiviti dan Hobi Terbaru Abang Man
Aktiviti dan Hobi Terbaru Abang Man
Aktiviti dan Hobi Terbaru Abang Man
Bila dah sampai ke final result nak ambik motor tu Abang Man siap  bawa Kak Su tunjukkan motor apa yang Abang Man nak beli, Kak Sue nie pun bukan tau sangat pasal motor asal berkenan dimata dan dihati  Abang Man dan juga harga pun masih mampu Kak Sue okay aja pun. Abang Man pilih motor Yamaha GT Traccer warna biru. Ada tiga pilihan warna sebenarnya tapi Abang Man kan suka biru, plus motor nie katanya easy rider. Jadi sesuai untuk umur Abang Man, santai-santai aja ride pun..

Aktiviti dan Hobi Terbaru Abang Man
Aktiviti dan Hobi Terbaru Abang Man
Aktiviti dan Hobi Terbaru Abang Man
Aktiviti dan Hobi Terbaru Abang Man
Jadinya lepas tu bermula lah aktiviti dan hobi terbaru Abang Man nie. Memula tu kami ride berdua aja, saja suka-suka. Pergi stadium, pergi event dan kadang Abang Man bawa Adik juga ronda dan pernah ride ke kampung Abang Man. Seronok lah Adik, bila ada masa lapang dapat ride dengan Abah. Cuma masa balik kampung tu aja Adik kata lenguh kaki.. biasa lah kan first time ride jauh sikit.. memang lenguh sana sini. Kak Sue pun macam tu juga, tambah dah berumur lagi lah.. hehehe..

Aktiviti dan Hobi Terbaru Abang Man
Aktiviti dan Hobi Terbaru Abang Man
Aktiviti dan Hobi Terbaru Abang Man
Aktiviti dan Hobi Terbaru Abang Man
Selepas tu bila ada kelapangan Kak Sue dan Abang Man dah mula join ride jalan-jalan cari makan group motor. Ada beberapa group juga lah Abang Man join, tapi Abang Man nie jenis silent reader ja lah. Macam biasa lebih suka diam dan memerhati. Cuma ada satu group nie aja lah Abang Man aktif sikit sebab ada kawan niaga dari Bandar Tasik Puteri dan ngam satu kepala. Kira rapat dan kenal lama lah juga, sejak masing-masing dah ada motor nie lagi rapat lah depa. Ada lah juga kawan sembang Abang Man. Kalau tak asyik keja.. keja.. keja.. aja.. Kena ada me time juga kan..

Aktiviti dan Hobi Terbaru Abang Man
Aktiviti dan Hobi Terbaru Abang Man
Aktiviti dan Hobi Terbaru Abang Man
Aktiviti dan Hobi Terbaru Abang Man
Okay lah, setakat nie dulu lah cerita aktiviti dan hobi terbaru Abang Man nie ya. Nanti InsyaAllah Kak Sue kongsikan lagi aktiviti yang lain atau aktiviti jalan-jalan cari makan dengan geng motor Abang Man. Apapun ride, ride juga keselamatan diri, pembonceng harus kena jaga. Paling penting walau ke mana kita pergi atau buat sentiasa beringat setiap kelakuan dan amal kita.. ingatan untuk diri Kak Sue, Abang Man dan juga keluarga Kak Sue juga. Till then jumpa lagi nanti ya.. papai!

Post a Comment

10 Comments

  1. Dah boleh join Fast Bikers Club ni.. Boleh tengok yang LeYa dan Otomen Taro post.. Hehe.. Terbaiklah Kak Sue dan Abg Man... Jom3x.. Join FBC.. Boleh ride satu malaysia

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam. Alhamdulillah, terbaik hobi nya 😎

    ReplyDelete
  3. waaahhh seksinyaaa motor tuu. suka tengok moto2 besar ni tapi kite takot naik motor.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.ini pun salah satu cara terapi diri disamping mendekatkan diri dengan alam kan kak sue..jalan-jalan..apa pun untuk kak sue dan abg man..jaga diri ya..jaga kesihatan.Moga dipermudahkan segenap urusan.Aamiin.

    ReplyDelete
  5. camni la i suka..young at heart! abg man best hahahha

    ReplyDelete
  6. Wow..hobby mahal ni...best la Kak Sue lepas ni bleh ikut abg Man Konvoi

    ReplyDelete
  7. wow.. pada saya takde salahnya kak.. dah penat keje kan boleh lah reward diri sendiri mcm ni tentu rasa kepuasaannya berganda

    ReplyDelete
  8. Wah hobi abang man motor besar ye. Orang lelaki biasalah kak Sue. Suami saya pun suka motor besar ni.

    ReplyDelete
  9. Take care kak sue dan abang man bila on ride. Seronok sekali sekali join ride ni kan kak.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️