myNEWS Lancarkan Makanan Inspirasi Dari Jepun Ready To Eat

Assalamualaikum, hai semua. Baru-baru nie myNEWs Lancarkan Makanan Inspirasi Dari Jepun Ready To Eat. Rasanya ramai dah tau dan kenal kedai serbaneka myNEWS nie kan. Macam-macam produk dijual kat sini, terbaru myNEWS lancarkan makanan inspirasi dari Jepun ready to eat pula. Korang yang suka dan peminat makanan Jepun boleh lah lelaju ke myNEWS lepas nie kan.. hehehe..

myNEWS Lancarkan Makanan Inspirasi Dari Jepun Ready To Eat
myNEWS Inspirasi Dari Jepun Ready To Eat

myNEWS Lancarkan Makanan Inspirasi Dari Jepun Ready To Eat

Sebenarnya Kak Sue sempat hadir majlis perasmian myNEWS lancarkan makanan inspirasi dari Jepun ready to eat nie hari tu yang terletak di HQ myNEWS sendiri di Kota Damansara. Meriah betul korang, ramai orang yang datang bagi meraikan majlis pelancaran nie. 

myNEWS Lancarkan Makanan Inspirasi Dari Jepun Ready To Eat
myNEWS Inspirasi Dari Jepun Ready To Eat

HQ myNEWS nie adalah tempat penyedian pengeluaran makanan yang diinspirasikan dari Jepun dengan jaminan penghasilan produk yang berkualiti tinggi, bersih dan segar. Ia adalah di bawah subsidari myNEWS Ryoyupan Sdn Bhd dan myNEWS Kineya Sdn Bhd yang akan membekalkan bermacam jenis menu makanan sedia untuk dimakan atau ready to eat ke semua 600 cawangan myNEWS di seluruh negara.

Menurut Mr Dang Tai Luk, Group CEO myNEWS Holding Berhad, "Untuk membekalkan menu makanan Jepun dengan kualiti dan standard sebenar, mereka perlukan kepakaran dari Jepun sendiri untuk menyelia mutu pengeluarannya". Tambah Mr Dang lagi, "Kami mahu para pelanggan kami mempunyai pengalaman serupa dengan kedai serbaneka di Jepun, Taiwan dan Thailand di mana pelanggan boleh berjalan, mencari dan menikmati apa yang mereka mahu".

myNEWS Lancarkan Makanan Inspirasi Dari Jepun Ready To Eat
myNEWS Inspirasi Dari Jepun Ready To Eat
myNEWS Lancarkan Makanan Inspirasi Dari Jepun Ready To Eat
myNEWS Inspirasi Dari Jepun Ready To Eat
Sekarang nie korang yang suka dan peminat makanan dari Jepun boleh lah cari kat myNEWs dah. Antaranya onigiri, bento, bermacam pilihan roti dan sandwich juga minuman panas atau sejuk di myNEWS Maru Cafe. Tak lupa juga menu tempatan  pun ada antaranya nasi lemak, laksa, mee kari dan macam-macam lagi. Kak Sue dah rasa mee kari myNEWS nie tau, memang sedap tak rugi kalau korang beli..

Selain tu, myNEWS juga mempunyai kad membership atau kad keahlian. Juga korang boleh pakai guna aplikasi myNEWS Malaysia. Dengan aplikasi nie, myNEWS dapat menghargai pelanggan mereka dengan loyalty programe di mana korang akan mendapat points untuk bermacam ganjaran yang akan disediakan. Korang boleh muat turun dan daftarkan di App Store untuk iPhone dan Google Play untuk Androids. Haa.. cecepat muat turun tau untuk dapatkan ganjaran istimewa..

myNEWS Lancarkan Makanan Inspirasi Dari Jepun Ready To Eat
myNEWS Inspirasi Dari Jepun Ready To Eat
myNEWS Lancarkan Makanan Inspirasi Dari Jepun Ready To Eat
myNEWS Inspirasi Dari Jepun Ready To Eat
Selain dari beli dan makan di cawangan myNEWS mart, bagi memenuhi permintaan pelanggan yang tak suka atau malas keluar rumah myNEWS DASH yang merupakan perkhidmatan penghantaran makanan secara online akan buat penghantaran terus ke depan pintu rumah korang. Best kan, siap ada delivery order lagi sekarang nie. Jimat masa kita dah..

Macam biasa untuk lebih detail tentang produk makanan inspirasi dari Jepun ready to eat dan juga myNEWS DASH korang boleh singgah di website nie www.mynews.com.my Selamat menjamu selera.. papai!


Post a Comment

6 Comments

  1. nasibbbb baik kedai ni jauh. kalu idak sopin sini aje aku dah

    ReplyDelete
  2. Mynews ni sekitar kl je eh? Zaza sebelum ni tak pernah tau kewujudannya tp sbb tgk2 ada rkn lain share.. Baru lah oooohhh..

    ReplyDelete
  3. Wow, dah ada Dash jugak...teringat² makan roti inti kaya dia... favourite Sally!

    ReplyDelete
  4. makin menarik la.. ada option ready to eat da. lagi2 orang yang on the go memang nak cepat je cari makanan.. dedulu selalu cakap ni kedai ayah beli surat khbar..

    ReplyDelete
  5. SA hari- hari beli kat Mynews.com ni..banyak pilihan kan...

    ReplyDelete
  6. wah dah macam family mart lah patut lah semalam masa lalu depan mynews tetiba teringat family mart

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️