Kemeriahan Kembara Rahmah Zakat Wilayah Persekutuan

Assalamualaikum, hai semua. Baru-baru nie Kak Sue berpeluang turut serta dalam Kemeriahan Kembara Rahmah Zakat Wilayah Persekutuan anjuran ...

Assalamualaikum, hai semua. Baru-baru nie Kak Sue berpeluang turut serta dalam Kemeriahan Kembara Rahmah Zakat Wilayah Persekutuan anjuran MAIWP bersama Yang Di Pertuan Agong. Memang rasa teruja sangat tau bila dapat melihat dengan lebih dekat Tuanku kita yang sangat baik hati, merendah diri dan sangat mesra rakyat. Dengan kehadiran Tuanku nie lah yang menambahkan lagi Kemeriahan Kembara Rahmah Zakat Wilayah Persektuan pada hari tu di tambahkan lagi dengan kehadiran sebanyak 100 buah motosikal berkuasa tinggi dalam acara yang meriah ini..

Kemeriahan Kembara Rahmah Zakat Wilayah Persekutuan
Kemeriahan Kembara Rahmah Zakat Wilayah Persekutuan 

Kemeriahan Kembara Rahmah Zakat Wilayah Persekutuan

Sebelum Kak Sue nak berkongsi acara Kemeriahan Kembara Rahmah Zakat Wilayah Persekutuan nie, Kak Sue nak ucapkan tahniah kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) atas acara atau aktiviti yang sangat bagus dan menarik nie. Memang seronok sangat bila Kak Sue menjadi salah seorang yang diberi peluang bersama, disamping dapat membantu kepada golongan asnaf.

Kemeriahan Kembara Rahmah Zakat Wilayah Persekutuan
Kembara Rahmah Zakat Wilayah Persekutuan 
Acara Kembara Rahmah Zakat Wilayah Persekutuan nie bermula seawal pukul 8 pagi. Sampai aja Kak Sue dan Abang Man kat sana teruja betul bila nampak deretan motor-motor besar berkuasa tinggi dah mula berkumpul untuk memeriahkan konvoi Kembara Rahmah Zakat nanti. Sebelum memulakan acara, selepas aja sarapan pagi abang-abang motor nie diberi taklimat keselamatan jalan raya oleh pegawai polis trafik yang bertugas..

Kemeriahan Kembara Rahmah Zakat Wilayah Persekutuan
Kembara Rahmah Zakat Wilayah Persekutuan 
Acara pertama bermula bila YB Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof Menteri di Jabatan Perdana Menteri tiba di pintu masuk dan disambut dengan meriah juga acara bergambar sekejap. Seterusnya acara dimulakan dengan bacaan doa dan YB Menteri merasmikan dengan melepaskan konvoi bermotor dikuti dengan 20 buah teksi yang akan membawa YB Menteri, rakan media termasuk kakitangan MAIWP sendiri ke lokasi pertama kami Masjid Al-Mukhlisin, Damai Bakti Cheras.

Kemeriahan Kembara Rahmah Zakat Wilayah Persekutuan
Kembara Rahmah Zakat Wilayah Persekutuan 
Konvoi teksi yang Kak Sue naik dengan Ana dan kawan media yang lain sampai awal sikit dari konvoi motor besar, jadi sempat lah berehat sambil sedia ambil gambar bila konvoi motor besar sampai. Di Dewan Al Mukhlisin dah menanti untuk menyambut konvoi YB Menteri ialah YB Dato' Kamaruddin Jaffar, Timbalan Menteri Pengangkutan merangkap ahli parlimen Bandar Tun Razak. Turut serta Mufti Wilayah Persekutuan yang kita hormati Dato' Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri..

Kemeriahan Kembara Rahmah Zakat Wilayah Persekutuan
Kembara Rahmah Zakat Wilayah Persekutuan 
Kemeriahan Kembara Rahmah Zakat Wilayah Persekutuan
Kembara Rahmah Zakat Wilayah Persekutuan 
Kemeriahan Kembara Rahmah Zakat Wilayah Persekutuan
Kembara Rahmah Zakat Wilayah Persekutuan 
Acara seterusnya bila konvoi bermotor dan juga YB Menteri sampai kami semua berhenti rehat dan masuk ke dalam dewan bagi acara perasmian Dewan Al Mukhlisin oleh YB Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof. Kemudian seterusnya acara penyerahan sumbangan kepada asnaf. Antara sumbangan ialah cenderahati, bantuan peralatan perubatan, bantuan perubatan dan bantuan perniagaan.

Kemeriahan Kembara Rahmah Zakat Wilayah Persekutuan
Kembara Rahmah Zakat Wilayah Persekutuan 
Kemeriahan Kembara Rahmah Zakat Wilayah Persekutuan
Kembara Rahmah Zakat Wilayah Persekutuan 
Kemeriahan Kembara Rahmah Zakat Wilayah Persekutuan
Kembara Rahmah Zakat Wilayah Persekutuan 
Selesai semua acara, kami dan konvoi bermotor meneruskan Kembara Rahmah ke lokasi terkahir ke Lembah Pantai diiringi polis trafik sekali lagi untuk melancarkan perjalanan kami semua. Teruja betul korang bila tengok semua kereta berhenti dan beri laluan untuk konvoi kami. Rasa macam orang penting pula.. hahaha! Kemahin sangat Kak Sue kan..


Kemeriahan Kembara Rahmah Zakat Wilayah Persekutuan
Kembara Rahmah Zakat Wilayah Persekutuan 
Kemeriahan Kembara Rahmah Zakat Wilayah Persekutuan
Kembara Rahmah Zakat Wilayah Persekutuan 
Kemeriahan Kembara Rahmah Zakat Wilayah Persekutuan
Kembara Rahmah Zakat Wilayah Persekutuan 
Seterusnya konvoi kami sampai ke Pusat Komumiti Pantai Eco Park, Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Kali nie geng konvoi motor besar sampai dulu pula dari kami. Kak Sue dan rakan media yang lain dijemput masuk ke dewan utama untuk acara terakhir sambil menunggu keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Padula Baginda Yang Dipertuan Agong XVI. Teruja dan berdebar hati nak jumpa dan melihat sendiri secara berdepan dengan Tuanku..

Kemeriahan Kembara Rahmah Zakat Wilayah Persekutuan
Kembara Rahmah Zakat Wilayah Persekutuan 
Sebaik aja pengumuman keberangkatan masuk Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri'ayatudfin Al-Mustafa Billah Shah, kami semua berdiri sambil terpegun melihat Tuanku berjalan masuk dan bersalaman dengan orang ramai dan juga asnaf yang hadir hari tu..

Kemeriahan Kembara Rahmah Zakat Wilayah Persekutuan
Kembara Rahmah Zakat Wilayah Persekutuan 
Majlis dimulakan dengan bacaan doa, kemudian dikuti pula dengan ucapan aluan dan menjunjung kasih oleh YB Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamad Fadzil dan diikuti ucapan dari YB Menteri Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof. Acara terakhir yang ditunggu-tunggu ialah apabila Tuanku berkenan mencemar duli mengurniakan sumbangan zakat kepada golongan asnaf..

Kemeriahan Kembara Rahmah Zakat Wilayah Persekutuan
Kembara Rahmah Zakat Wilayah Persekutuan 
Kemeriahan Kembara Rahmah Zakat Wilayah Persekutuan
Kembara Rahmah Zakat Wilayah Persekutuan 
Kemeriahan Kembara Rahmah Zakat Wilayah Persekutuan
Kembara Rahmah Zakat Wilayah Persekutuan 
Masa acara nie kan Kak Sue rasa teruja dan terharu dapat lihat sendiri macam mana Tuanku yang kita kenali sangat baik hati, merendah diri, penyayang dan mesra rakyat. Bila nampak Tuanku peluk dan cium anak-anak asnaf nie kan jadi sebak pula tau, baiknya lah Tuanku. Semoga Tuanku sekeluarga sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah.. aamiin ya rabb..

Kemeriahan Kembara Rahmah Zakat Wilayah Persekutuan
Kembara Rahmah Zakat Wilayah Persekutuan 
Kemeriahan Kembara Rahmah Zakat Wilayah Persekutuan
Kembara Rahmah Zakat Wilayah Persekutuan 
Berbalik kepada cerita pengurniaan sumbangan kepada asnaf antaranya sumbangam cendarahati asnaf, bantuan pakaian dan peralatan sekolah, bantuan am persekolahan, bantuan am IPT dan akhir sekali sumbangan SSPN kepada anak asnaf. Alhamdullilah, semoga dengan bantuan nie dapat lah membantu dan meringankan beban mereka kan..

Kemeriahan Kembara Rahmah Zakat Wilayah Persekutuan
Kembara Rahmah Zakat Wilayah Persekutuan 
Maka selesai sudah acara Kembara Rahmat Zakat kali nie. Tuanku, VIP dan juga para tetamu yang hadir dijemput ke khemah untuk jamuan tengahari. Apa yang menariknya kan Tuanku terus melawat khemah golongan asnaf dan berjalan di tepi meja makan Kak Sue dan kawan, siap Tuanku tegur kami dengan mesra sambil tersenyum.. "kena makan lagi, banyak lagi tu" sebelum ke khemah santapan Diraja tau. Rasa seronok sangat kan bila Raja kita sangat mesra rakyat. Daulat Tuanku.. !

Kemeriahan Kembara Rahmah Zakat Wilayah Persekutuan
Kembara Rahmah Zakat Wilayah Persekutuan 
Secara peribadi Kak Sue rasa bertuah dan seronok terpilih dalam acara Kembara Bersama Rahmah Zakat Wilayah Persekutuan dengan 100 motorsikal berkuasa tinggi juga 20 teksi penerima bantuan zakat baitulmal MAIWP yang menerima Skim Bantuan Deposit Sewa Beli Teksi sejauh 35.9KM nie. Abang Man pun turut sama sertai konvoi nie tau, terima kasih sayangku. Apapun dengan acara macam nie  Kak Sue dapat lihat sendiri inisiatif MAIWP dalam usaha mereka membantu pada mereka yang kurang mampu seperti golongan asnaf nie. Semoga acara macam nie akan diadakan lagi di masa akan datang kan.

You Might Also Like

14 ulasan

  1. pasti paling bermakna buat sue kan sebab kali ni Man pun turut serta berkonvoi, dapat pula bersua dengan Tuanku YDPA.. Alhamdulillah Tahniah MAIWP

    ReplyDelete
  2. Alhamdulilah, bestnya berkonvoi gini..moga usaha murni diberkati Allah dan di sambut baik oleh semua di masa akan datang..

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah tahniah untuk semua yg terlibat ^_^

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah seronok dapat tengok Tuanku depan mata. Meriah betul ya. Pengalaman indah ni ❤️

    ReplyDelete
  5. Macam-macam program ZAKAT ada kan, bagus Ppz

    ReplyDelete
  6. wah seronoknye.. meriah.. tahniah pd yg terlibat..

    ReplyDelete
  7. ALhamdulillah..syukur ade evnt macm ni..wah abang man ke tu..terbaiklaa

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah program yang menarik. Tahniah semua yg terlibat.. Tu kak sue ngn abg man join skali ke konvoi??

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah. bagus ada aktiviti macam ni..
    semoga dapat diteruskan selalu dan bantu golongan yang memerlukan..

    ReplyDelete
  10. Seronoknya dapat join acara Kembara Rahmat Zakat camni. Memang moment terindah. Anak cx sgt teruja kalau dpt tgk konvoi² gini. Lg² motor besar.

    ReplyDelete
  11. Wah abg Man pun Join sekali seronoklah sama-sama dah join event macam ni memang menarik dan sangat bermanfaat Tahniah PPZ

    ReplyDelete
  12. Kenapa naik teksi kak sue? Kalau kak sue naik motor convoi sekali baru nampak bukan kaleng2..hihi

    ReplyDelete
  13. wah abang man konvoi sekali kak. bukan beshe beshe ni. bertambah meriah kembara zakat tu jadinya.

    ReplyDelete
  14. Program yg bagus sambil2 menggalakkan org bayar zkat

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤

Segala yang terkandung dalam terbitan entri adalah pendapat peribadi penulis. Perubahan butiran atau informasi mungkin berlaku tanpa ada sebarang pemberitahuan. Terima kasih singgah blog Shuhaida Kabdy.