Salam Aidiladha 2019

Assalamualaikum, hai semua. Rasanya belum terlambat nak ucapkan Salam Aidiladha 2019 untuk korang semua. Alhamdullilah kali nie masih diberi kesempatan dan rezeki untuk Kak Sue sekeluarga beraya bersama adik beradik dan Abah Kak Sue di Batu Kurau. Walaupun tahun nie kami sambut Aidiadha tanpa Mak tapi rutin memasak beramai-ramai dengan adik beradik tetap kami teruskan..

Salam AidilAdha 2019
Salam AidilAdha 2019

Salam AidilAdha 2019

Kak Sue balik sehari lebih awal ke kampung tapi tak sangka pula AidilAdha kali nie buat Kak Sue sekeluarga melekat dalam kesesakan di jalanraya dekat nak 10 jam juga tau. Aduhai.. jenuh lah nak sabarkan hati nie sementara nak sampai ke kampung halaman kesayangan Kak Sue hari tu. Jemu dan penat tau duduk dalam kereta lama-lama, tambah yang memandu lagi lah penat kan..

Salam AidilAdha 2019
Salam AidilAdha - Plus sesak teruk
Sampai ja kat rumah Kak Sue adik-beradik Kak Sue tengah susun meja nak buat BBQ malam tu. Kak Sue jamah nasi dulu sebab berbuka tadi makan buah dan minum air aja dalam kereta. Sambil tunggu siap susun meja kat luar kami adik beradik perempuan masak rendang dan sup ayam untuk esok. Sebenarnya yang banyak buat kerja kat dapur tu Ateh dan Acik, Kak Sue tolong sikit-sikit aja.. acah ja lebih.. hahaha..

Salam AidilAdha 2019
Salam AidilAdha - Kita bakoooo..
Selalu kalau balik Batu Kurau memang adik-adik Kak Sue yang siapkan semua. Kak Sue cuma bantu apa yang patut ja, terima kasih tau hangpa selalu masak sedap-sedap. Dah siap semua, baru lah kami semua berkumpul, bersembang sambil adik-adik dan anak lelaki Kak Sue dok gigih membakar, suka betul depa bab membakar nie. Selamat kami orang perempuan rehat ja bab nie. Baru lah adil kan.. bekerjasama.. hehehe..

Salam AidilAdha 2019
Salam AidilAdha - Dua beradik sakan membako
Esoknya kami tak kemana-mana pun cuma makan-makan aja kat rumah sambil lepak-lepak dan sembang-sembang. Dah petang sikit baru kami ziarah kubur Mak, lepas tu singgah tempat jual durian yang viral tu sebab Abang Lan, abang Kak Sue pesan suruh singgah sebab Abang Lan dah bekalkan durian dan petai untuk kami. Terima kasih Abang Lan.

Salam AidilAdha 2019
Salam AidilAdha - Rindu tak tertanggung..
Lepas tu kami semua terus ke rumah Tok Su Jah, antara aktiviti ziarah yang harus kami buat tak kira raya atau hari biasa. Selesai semua Kak Sue sekeluarga bersiap nak balik, risau juga takut tempoh kesesakan lagi kali nie. Tapi Alhamdullilah, jalanraya lancar aja dari mula masuk highway sampai lah susur keluar ke Rawang. Sekian dulu cerita raya kali nie, harap ada rezeki lagi balik Batu Kurau. Nanti sambung lagi cerita yang lain kat sini ya.. papai!

Post a Comment

13 Comments

  1. Seronoknya BBQ malam raya kan Kak Sue...adoi tgok jammed tu..x sanggup rasanya..tapi tak meriah la raya tanpa jammed kan..maybe cuti raya bergabung dengan cuti sekolah ni kak...

    ReplyDelete
  2. salam aidiladha. kami belum sempat nak bbq. harini saya dah kena keja. hehe. tapi nasib baik lah tempat keja ni di kampung jugak. hehehe

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Raya Haji Kak Sue..
    Meriahnya raya Kak Sue,..

    ReplyDelete
  4. selamat hari raya akak.

    ReplyDelete
  5. Selamat hari raya kak sue. btw kalau kak sue igt ada staff mr diy tesco taiping tegur kak sua tu saya la hehe

    Jom visit https://theathra.blogspot.com/ after a long hiatus hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai awak.. ingat, nanti Kak Sue datang blog awak ya.. tq juga selalu baca blog Kak Sue.. ❤

      Delete
  6. Salam Aidiladha Kak Sue.. Memang syok kan dapat berkumpul beramai-ramai..

    ReplyDelete
  7. Salam Aidiladha kak... Meriah kak

    ReplyDelete
  8. Meriahnya BBQ malam raya..seronoknya berkumpul ramia-ramai kan.
    Yaya nampak masjid terapung tu..eh ingatkan kampung kat Trg..

    ReplyDelete
  9. 10 jam? aduhai...
    bertabah la ekk.
    byk jugak friends aida sangkut lebih 10 jam dlm jem.
    nak ke utara. nak ke timur. dan nak ke selatan pun sama.
    ada member nak balik melaka from kl je pun. 5 jam baru sampai.
    aduhai...

    ReplyDelete
  10. selamat hari raya aidiladha kak sue :-)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️