Marrybrown Buka Cawangan Baru di Caltex Sungai Choh Rawang

Assalamualaikum, hai semua. Kak Sue nak ucapkan tahniah pada team Marrybrown Buka Cawangan Baru di Caltex Sungai Choh Rawang yang dirasmikan pada majlis pagi semalam. Kemain meriah lagi korang, siap ada kompang dan tarian naga sebagai pembukaan majlis Marrybrown buka cawangan baru di Caltex Sungai Choh Rawang tu tau. Lepas nie senang lah korang yang ada kat area Rawang nie kan dah ada cawangan yang terdekat, tak payah nak pergi jauh-jauh dah..

Marrybrown Buka Cawangan Baru di Caltex Sungai Choh Rawang
Marrybrown Buka Cawangan Baru di Caltex Sungai Choh Rawang

Marrybrown Cawangan Buka Baru di Caltex Sungai Choh Rawang

Majlis Marrybrown Buka Cawangan Baru di Caltex Sungai Choh telah dirasmikan pada 15 Ogos 2019 oleh Dato Joshua Liew, CEO Marrybrown Malaysia bersama Tuan Shahid Ahmed yang merupakan Country Chairman Chevron Malaysia Limited, Caltex. Untuk info korang juga Marrybrown nie adalah rangkaian restoran makanan segera halal tempatan yang pertama dan terbesar di Malaysia juga cawangan yang pertama di Rawang. Best lah orang Rawang kan termasuk Kak Sue nie.. hehehe..

Marrybrown Buka Cawangan Baru di Caltex Sungai Choh Rawang
Marrybrown di Caltex Sungai Choh Rawang
Selain tu Marrybrown juga memenuhi berjuta citarasa penduduk dengan lebih daripada 500 buah cawangan restoran mereka di 16 buah negara dengan objektif memberikan servis yang terbaik, menjaga kebersihan restoran dan makanan supaya memberi pengalaman sempurna untuk korang yang datang ke restoran Marrybrown. Bagus kan, servis bagus.. makanan sedap dan tempat bersih memang harus kena diambik berat kan. Baru lah pelanggan selesa nak datang makan..

Marrybrown Buka Cawangan Baru di Caltex Sungai Choh Rawang
Marrybrown di Caltex Sungai Choh Rawang
Antara menu terbaru yang korang boleh cuba di Marrybrown nie Korean Sensasi Ayam Terhangat, Bubur Pedas dan Durian Bite. Selain tu ada pilihan lain juga Nasi Marrybrown, Mee Kari MB dan Chicken Burger. Kak Sue baru tau rupanya kat Marrybrown nie ada macam-macam pilihan makanan lain selain ayam dan burger. Harus kena datang lagi lain kali, nak cuba Korean Sensasi Ayam terhangat tu.. macam menarik aja kan..

Marrybrown Buka Cawangan Baru di Caltex Sungai Choh Rawang
Marrybrown di Caltex Sungai Choh Rawang
Jadi korang yang tinggal berdekatan dengan kawasan Rawang dan kawasan terdekat jangan lepas peluang datang sini tau. Sebab  sekarang nie tengah ada promosi  dan tawaran menarik untuk 100 pelanggan pertama dan terawal korang akan dapat makanan percuma. Bermula dari 15.08. 2019 hingga 17.08.2019 iaitu tiga hari sahaja tau. Haa.. kena cecepat datang ya. Lagi pun nak cari tempat nie pun senang sangat bebetul laluan jalan besar ja korang..

Marrybrown Buka Cawangan Baru di Caltex Sungai Choh Rawang
Marrybrown di Caltex Sungai Choh Rawang

15 Ogos 2019 (Khamis)
Percuma Nasi Marrybrown

16 Ogos 2019 ( Jumaat)
Percuma Chicken Burger

17 Ogos 2019 (Sabtu)
Percuma 1 ketul MB Crispy Chicken

* Dengan satu pembelian dari menu Marrybrown untuk seorang pelanggan

Untuk lebih detail macam biasa Kak Sue kongsikan kat bawah nie okay.. papai!

Marrybrown Malaysia

Facebook

Instagram




Post a Comment

10 Comments

  1. Siapa yang berhampiran boleh datang ni kan Kak Sue..

    ReplyDelete
  2. nanti kita pi lepak sini lagi kan Sue, in shaa allah

    ReplyDelete
  3. suka gak Marrybrown.. especially nugget udang n bubur nasik =D

    ReplyDelete
  4. ya ampun, lama tak pergi marrybrown..tengok makann dia sedap betul..boleh cuba nnati

    ReplyDelete
  5. Wawa suka sgt makan kt marrybrown kalau bubur dia.. Mmg sedap...

    ReplyDelete
  6. Bubur MB boleh tahan sedap... Sebab ada sambal pedas tu..mmg fav sangat Dah dekat senanglah nak beli...

    ReplyDelete
  7. Bestnya orang Rawang dapat makan FREE...Marsha dah lama tak makan marrybrown ni. Teringin plak.

    ReplyDelete
  8. Dari rumah SA tu takde la jauh mana pun..cuma takde kaki nak ajak layan MB..nanti kena pi yg kat Seremban jugak

    ReplyDelete
  9. wah. kak sue join juga attend event ni.
    seronok nyer ramai2 blogger gi.
    marrybrown ni kerap aida gi dulu, before pindah rumah.
    now dah jauh, dah 3-4 bulan x gi.
    anak2 suka dok kat kerusi buaian nyer. menarik.
    makanan nyer semua ok ok :)

    ReplyDelete
  10. sedap gak pekena marry brown.. lama x makan

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️