Tetamu Raya Pertama di Rumah Baru

Assalamualaikum, hai semua. Walaupun Syawal dah habis tapi Kak Sue tetap nak kongsi kat blog Kak Sue sebagai kenangan Tetamu Raya Pertama di Rumah Baru Kak Sue tahun nie. Biasanya setiap tahun Kak Sue akan adakan rumah terbuka cuma tahun nie memang rasa tak kuat nak buat bila teringat Tok Pah iaitu Mak Kak Sue. Ya lah biasanya boleh dikatakan hampir semua masakan, Mak yang masak. Bila Mak tak ada nie, memang terasa terbayang-bayang Mak tengah masak dan melayan tetamu...

Tetamu Raya Pertama di Rumah Baru
Tetamu Raya Pertama di Rumah Baru - Adik dan Si Comel

Tetamu Raya Pertama di Rumah Baru

Tetamu Raya pertama di rumah Baru kami nie ialah mak sedara Abang Man sekeluarga. Dalam banyak-banyak mak saudara Abang Man keluarga Bik Yot nie yang kami paling rapat. Kak Sue dah anggap macam makcik sendiri dan sepupu-sepupu Abang Man pun macam adik sendiri dah.  Kalau melepak kat rumah depa memang makan berejam. Belum bibik suruh makan nasi lah bagai lagi..

Salah seorang sepupu Abang Man, Aza yang paling rapat dengan kami. Dulu masa Adik anak bongsu Kak Sue kecik lagi kalau tak jumpa Aza nie dalam masa yang lama, Adik mesti demam. Demam rindu.. cuma bila dah besar dah kurang sikit dah, tapi kalau jumpa memang melekat lah depa dua orang nie. Anak-anak Kak Sue memang manja sangat dengan Aza nie. Kadang kalau nak suruh nasihat atau 'brain wash' pun mintak tolong Aza juga.. hehehe..

Tetamu Raya Pertama di Rumah Baru
Tetamu Raya Pertama di Rumah Baru - Si comel dan Abang Tihie
Masa Along wasap Kak Sue kata nak datang beraya kelam kabut juga lah. Bukan apa tak ada masak apa pun kan setakat ada kuih raya ja. Segan lah kita, kalau ke rumah bibik macam-macam dihidangnya. Nasib Abang Man tolong masakkan Mee Goreng Pedas untuk tetamu raya pertama kami kat rumah baru nie. Seronok bila ada keluarga yang datang kan hilang juga rasa sunyi, bawa rahmat dan rezeki untuk kita sekeluarga juga kan..

Cuma buat tahun nie Kak Sue memang tak plan apa-apa majlis sambutan atau nak terima tetamu sangat. Cuma keluarga dekat dan kawan-kawan rapat aja. Plus rumah nie belum habis kemas lagi. Kak Sue malu ada part dalam rumah yang belum siap kemas. Rupanya pindah nie nak selesai kemas makan tahun agaknya.. hahaha! Kak Sue pula jenis semua nak lap dan basuh memang lambat sangat kerja siap.. huhuhu..

Tetamu Raya Pertama di Rumah Baru
Tetamu Raya Pertama di Rumah Baru - Mee Goreng Pedas
InsyaAllah kalau umur panjang, murah rezeki nanti Kak Sue akan buat balik rumah terbuka ya. Kita meraikan dan menjamu tetamu pun dapat pahala juga. Macam Mak Kak Sue memang suka sangat masak menjamu orang  dan meraikan orang yang datang rumah. Tak kira lah rumah Mak sendiri atau rumah Kak Sue. Tinggal kami lah adik beradik yang akan sambung apa yang Mak suka buat tu, semoga pahala berpanjangan untuk Mak di sana..

Apapun terima kasih Bik Yot sekeluarga sudi singgah rumah kami. Lain kali datang lah lagi, nanti kita plan cantik-cantik ya. Kak Sue berkenan sangat dengan anak Abang Mirul dua orang tu memang baik dan mendengar kata, beradab dengan orang tua walau masih kecil. Dah lah comel pulak tu. Bagus didikan Abang Mirul dan Ainn, senang nak bawa anak-anak kemana-mana majlis. Sekian dulu entri kali nie, nanti kita sembang lagi di entri yang lain pula ya.. papai!


Post a Comment

18 Comments

  1. Huhu memang betul kak sue. Nak mengemas rumah yang baru pindah ni memang makan masa.

    ReplyDelete
  2. tempting betul mee goreng kak sue walaupun dalam kelam kabut tu haha

    ReplyDelete
  3. Kelam kabut pun mee tu nampak menyelerakan 😋😋😋

    ReplyDelete
  4. Saya pun lama xbuat open house kak, anak2 kecil, dgn kerja tak tentu, asben pun jadual keje padat. Sudahnya, xbuat apa pun raya

    ReplyDelete
  5. Sedapnya Mee Goreng pedas.. cantik.umah kak sue

    ReplyDelete
  6. Lapar plak perut SA ni ha tengok mee goreng akak....sedap nampaknya tu..

    ReplyDelete
  7. Alahaii nampak sedap sangat mee goreng tu kak Sue :D

    ReplyDelete
  8. kolin aje belum pergi rumah kak sue kann

    ReplyDelete
  9. Seronoknya dah ada rumah baharu ...
    Bagus jemput orang datang bertandang, raikan keseronokan kita ada rumah baharu. In Sha Allah, akan dapat pahala. :)

    Mee Goreng tu nampak sodap ...

    HasrulHassan

    ReplyDelete
  10. Sha lama dah tak buat open house.. joint open house kuarters je dengan pejabat.. nak buat rumah sendiri tak tahulah bila..

    ReplyDelete
  11. Wow how exciting. New house! Love how the noodles look

    ReplyDelete
  12. Kak sue masak x pernah x menyelerakan.. terus perut jd lapar..

    ReplyDelete
  13. Kita dah 2x pindah kaksu. Bab mengemas tu masyaAllah. Ni pun tak settle lagi. Tapi kalau duduk umah taman seronok ada buat rumah terbuka kan. Kita duduk kauters. Belum pnh lg buat open house.

    ReplyDelete
  14. Waahh pindah rumah baru ke kak?? Amboi tgk menu mee goreng sedapnyaaa lahai

    ReplyDelete
  15. Betul kak. Kalau sedara mara or even kawan kalau rapat, berjam jam tu rasa kejap je kan. Macam2 nk diborakkan.

    ReplyDelete
  16. Raya bestnya, nilah masanya nak jumpa sedara lama2 kalau tak susah nak jumpa

    ReplyDelete
  17. Sedap lah kak su nampak mee goreng tu

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️