Susu Kotak Dutch Lady Terbaru

Assalamualaikum, hai semua. Sebenarnya Susu Kotak Dutch Lady Terbaru nie dah ada kat pasaran rasanya sebelum puasa atau bulan puasa hari tu. Kak Sue pun ingat-ingat lupa dah. Bila ternampak Susu Kotak Dutch Lady Terbaru nie terus lelaju Kak Sue beli nak cuba. Lagi pun kat rumah nie memang ada peminat susu jenama yang satu nie. Sapa lagi kalau bukan Abang Tihie, harus kena siapkan stok susu strawberry kesukaan Abang Tihie kat dalam peti ais tu selalu, senang nanti kalau nak minum..

Susu Kotak Dutch Lady Terbaru
Susu Kotak Dutch Lady Terbaru

Susu Kotak Dutch Lady Terbaru

Memula tu Kak Sue nampak kawan-kawan kongsi kat Facebook Susu Kotak Dutch Lady Terbaru nie perasa kurma dan bandung. Macam teringin pula nak rasa, kebetulan bila ke Speedmart nak beli barang ternampak pula kan perasa baru yang Bandung tu, cari perasa Kurma katanya dah habis stok. Tak apa lah, janji dapat rasa salah satu pun okay dah kan. Nanti ada rezeki kita cuba yang kurma pula..

Beberapa hari lepas tu Kak Sue ke Aeon Rawang kat rumah pula. Nampak ada stok Kurma Dutch Lady nie, apa lagi sambar lah kotak kecik dengan kotak besar. Tamak betul kan.. takut habis stok lagi.. hehehe.. Biasanya ada campuran kurma nie memang Kak Sue suka. Tak kira lah air apa pun, tambah susu nie lagi lah bagus kan. Lega dah, bila dapat dua-dua perasa baru susu Dutch Lady nie.. gigih betul kan.. hehehe..

Susu Kotak Dutch Lady Terbaru
Susu Kotak Dutch Lady Terbaru

Personal review dari Kak Sue, dua-dua perasa susu nie sedap dan boleh tahan. Cuma yang kurma tu bagi Kak Sue macam rasa pelik sikit lah tapi masih boleh minum. Kurma nie macam kita tau dapat bekalkan tenaga kan untuk kita jadi bagus juga kalau dapat amalkan susu kurma nie. Kalau nak buat sendiri rasa malas, boleh ja cuba susu Dutch Lady Kurma nie aja..

Korang yang belum rasa boleh cuba ya, rasanya dah ada kat pasaraya dekat dengan rumah korang. Cuma anak-anak Kak Sue masih setia dengan perasa susu biasa, coklat dan strawberry ja setakat nie. Janji depa nak minum susu kan. Ya lah walaupun dah besar belaka tapi masih perlu minum susu. Nanti asyik minum air yang lain susu tak minum pulak. Okay lah, jumpa lagi nanti di entri yang lain ya.. papai!


Post a Comment

17 Comments

  1. sama geng dengan kak sue. kat rumah memang kena selalu restock susu dutch lady chocolate untuk budak2 tu ahahaha

    ReplyDelete
  2. semua saya dah rasa, hehe okay boleh kena dgn tekak juga hehe

    ReplyDelete
  3. Suka simpan stok susu kotak dutch lagi...anak-anak pun suka pelbagai perisa yang ada.

    ReplyDelete
  4. Ana dah cuba kurma dia kak. Tapi tak leh telan sgt. Rasa lain sikit. Tapi penuh dengan khasiat kan.

    ReplyDelete
  5. Wah, cantik juga packaging dia... Kalau tak ckp mesti zira tak prasan

    ReplyDelete
  6. Biasa minum yg chocolate. Yg bandung tu lain kali nak try lah

    ReplyDelete
  7. Sally jumpa sblm puasa lagi...nmpk je terus beli, Sally minum yg kurma tu mcm rasa cendol sikit...hahaha

    ReplyDelete
  8. I love Dutch lady milk. Yum

    ReplyDelete
  9. Teringin nya nak rasa yang bandung tu. Dutch lady ni bukan anak2 je suka mak ayah pun minum jugak ni

    ReplyDelete
  10. saya suka kurma dia kak sebab kurang manis

    ReplyDelete
  11. I have tried both and i like them too, sedap la.

    ReplyDelete
  12. Knp tak pernh nmpk.. Hehe. Kene cari ni..

    ReplyDelete
  13. Macam nak try yang kurma tu. Tapi kaksue kata macam pelik, seram pulak je rasa. Haha..
    Takpe la. Nanti beli sekotak yang kecik tu dulu kan tengok macam mana.

    ReplyDelete
  14. Kita dh try bandung & kurma.. So far ok tapi suka yg bandung.. Kurma dia mcm pekat & mnis sgt

    ReplyDelete
  15. susu dutch lady ni memang sedap.. tb selalu gak beli tapi beli yang original putih tu.. yang terbaru ros bandung dengan kurma ni x try lagi..

    ReplyDelete
  16. sha suka ros bandung tu.. memang sedap.. yang kurma tu tak berapa ngam dengan tekak sha..

    ReplyDelete
  17. ank2 suka yang flavor coklat tu..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️