Projek Hijaukan Rumah

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi Projek Hijaukan Rumah  pula dengan korang. Sekarang nie kan Kak Sue memang tengah m...

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi Projek Hijaukan Rumah pula dengan korang. Sekarang nie kan Kak Sue memang tengah mengila dengan pokok-pokok hijau, rasa teruja bila pokok yang Kak Sue semai atau tanam hidup subur dan segar. Projek Hijaukan Rumah nie bukan setakat kat luar tapi dalam rumah juga. Tengah pilih dan semai dulu..

Projek Hijaukan Rumah
Projek Hijaukan Rumah

Projek Hijaukan Rumah

Sebenarnya kan Projek Hijaukan Rumah nie Kak Sue dapat idea dan inspirasi dari blogger Kolin yang cantik tu. Ternampak Kolin kongsi kat Facebook pasal pokok dalam rumah, terus Kak Sue pun teringin nak buat juga. Kemudian bermula lah misi mencari pokok-pokok yang elok dan sesuai nak letakkan dalam rumah. Nak kena pilih dan tau juga kan.. takan nak main bantai ja letak dalam rumah..

Lagi satu korang jangan tak tau ya, pokok-pokok hijau nie ada antaranya dapat membersihkan udara dalam rumah dan mennaturalkan udara yang beracun. Jadi memang elok kalau kita letak dalam rumah kan. Bab nyamuk atau semut kalau kita pandai dan rajin jaga rasanya InsyaAllah okay ja kut semua tu. Nak cantik dan elok memang kena kerja keras lah sikit, okay jom Kak Sue nak kongsi projek hijaukan rumah Kak Sue jom..

Projek Hijaukan Rumah
Projek Hijaukan Rumah

Projek Hijaukan Rumah
Projek Hijaukan Rumah

Haa.. nie antara pokok-pokok hijau yang Kak Sue letak dalam rumah. Kat ruang tamu dan dalam bilik. Cara penjagaan pun senang, macam pokok Lidah Mertua tu siram seminggu sekali dan biarkan sekejap kat luar rumah, biar kena cahaya matahari dan keringkan air. Yang pokok macam daun keladi tu Kak Sue tak tau nama, cuma tukarkan air aje selalu. Sekarang nie dah panjang berjuntai dah korang.. cantik tau.. rambu ramba..

Projek Hijaukan Rumah
Projek Hijaukan Rumah
Projek Hijaukan Rumah
Projek Hijaukan Rumah

Bahagian lain dari rumah jangan diabaikan juga ya. Macam bilik air dan dapur. Bilik air nie pun baru ja Kak Sue letak pokok dan nak deko-deko sikit. Segan kan bilik air kat bawah nie kalau tetamu datang dah macam apa dah hari tu. Lagi pun Kak Sue memang jenis tak boleh tengok serabut ke apa.. mesti nak kena kemas dan bersihkan. Lega mata..

Macam tu juga bahagian dapur, tambah dapur Kak Sue sekarang jenis open dari ruang tamu dah boleh nampak segalanya. Harus nak kena sentiasa kemas dan bersih. Tu pun masih belum kemas dan puashati bagi bagi mata Kak Sue nie. Ada lagi sikit nak kena buat, kumpul duit dulu.. hehehe.. Sampai sini dulu lah ya, jumpa lagi entri deko Kak Sue yang lain ya.. selamat menghijaukan rumah.. papai!

You Might Also Like

20 ulasan

  1. Kalau ada indoor plant memang best kak...sejuk je mata memandang

    ReplyDelete
  2. saya suka kalau ada pokok dlm rumah kak.. tapi kena pandai juga kan.. kena tau cara nak jaga

    ReplyDelete
  3. Tengok makcik PC pun sibuk mncari kaktus dengan pokok lidah buaya kak Sue..cari yang comel-comel..disusunnya dalam rumah..hehehe.

    ReplyDelete
  4. Ada tempat penyangkut ke, pasu tu boleh pula lekat dekat dinding yg sebelah sudip

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada penyangkut.. Kak Sue beli dekat Daiso..

      Delete
  5. Cantik dan kemas rumah akk, saya tgn panas, ssh menjadi kalau tanam pokok

    ReplyDelete
  6. Tengah2 penat tengok pokok2 hijau dari dalam rumah, rasa tenang sikit kan kak.

    ReplyDelete
  7. Ya Allah cantiknya rumah kak sue ni. suka simple2 mcm ni.. nak ada pokok cm tu tp xleh bt mse ni. hahahah benda ni kne dpt kerjasama seisi keluarga. hahahah

    ReplyDelete
  8. memang dlm kepala ni plan utk indoor plant, k sue.
    lom berkesempatan mencari.
    tq for those brilliant ideas :)

    ReplyDelete
  9. Suka juga.. Tp kena tunggu ada rumah sendiri hehe

    ReplyDelete
  10. Rajinnye Kak su deco2 rumah, cantik nampak tenang shj

    ReplyDelete
  11. kalau ada pokok dalam umah.. mesti umah sejuk je kan?

    ReplyDelete
  12. seronoknyaaa menghias rumah kan,mmg bagus pokok hijau dlm rumah,udara lebih bersih....

    ReplyDelete
  13. cantik gambar kedua dan ketiga. Saya sangat suka dengan perhiasan yang simple tapi menarik.

    ReplyDelete
  14. Wah.. cantik dan menarik sangat bila bubuh tanaman dalam rumah.. nampak lebih sejuk dan nyaman kan kak sue..

    ReplyDelete
  15. bagus projek ini.. pokok dapat beri aura positif..

    ReplyDelete
  16. Oh yes that's nice, some greens to fresh-up the house

    ReplyDelete
  17. Rajinnya kak sue deko2 rumah. Cantik je

    ReplyDelete
  18. cantiknya laa hai kalo ada hijau-hijau dalam rumah :-)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤

Segala yang terkandung dalam terbitan entri adalah pendapat peribadi penulis. Perubahan butiran atau informasi mungkin berlaku tanpa ada sebarang pemberitahuan. Terima kasih singgah blog Shuhaida Kabdy.