Fair Fit Produk Cik Epal Dan Jofliam Berada di Karnival 5S Library UPM Serdang!

Assalamualaikum, hai semua. Kak Sue nak kongsi berita baik dengan korang warga Serdang , Bangi Kajang dan kawasan berhampiran. Korang boleh dapatkan produk FairFit di KARNIVAL 5S Perpustakaan Sultan Abdul Samad UPM Serdang. Nak try rasa, nak dapatkan konsultamsi percuma, nak pegang barang face to fece jom singgah booth FAIR FIT PRODUK CIK EPAL DAN JOFLIAM BERADA DI KARNIVAL 5S LIBRARY UPM SERDANG!

FAIR FIT PRODUK CIK EPAL DAN JOFLIAM BERADA DI KARNIVAL 5S LIBRARY UPM SERDANG!

Fair Fit Produk Cik Epal dan Jofliam Berada di Karnival 5S Library UPM Serdang

FAIR FIT PRODUK CIK EPAL DAN JOFLIAM  BERADA DI KARNIVAL 5S LIBRARY UPM SERDANG! Kami akan berada di sana pada hari Khamis (25 Julai 2019) dati jam 9 pagi sehingga 4.30 petang.

Fair Fit Produk Cik Epal dan Jofliam Berada di Karnival 5S Library UPM Serdang

Selain Fair Fit, produk lain pun ada juga seperti Biobax, Yasin Murah dan macam-macam lagi! Siap ada HADIAH MISTERI lagj tau! 

Nak tau apakah itu? Ha.. tu kena singgah booth FAIR FIT PRODUK CIK EPAL DAN JOFLIAM BERADA DI KARNIVAL 5S LIBRATY UPM SERDANG!

Fair Fit Produk Cik Epal dan Jofliam Berada di Karnival 5S Library UPM Serdang

KELEBIHAN FAIR FIT SELAIN MENGAWAL BERAT BADAN DAN SELERA MAKAN


Ha.. Fair Fit ini, bukam sahaja mengawal berat badan dan selera makan tau tapi ada banyak kelebihan Fair Fit ini, seperti :

Fair Fit Produk Cik Epal dan Jofliam Berada di Karnival 5S Library UPM Serdang
Kelebihan Fair Fit - Mengawal selera makan

Fair Fit Produk Cik Epal dan Jofliam Berada di Karnival 5S Library UPM Serdang
Kelebihan Fair Fit - Mengawal berat badan


Fair Fit Produk Cik Epal dan Jofliam Berada di Karnival 5S Library UPM Serdang
Kelebihan Fair Fit - Membakar lemak

Fair Fit Produk Cik Epal dan Jofliam Berada di Karnival 5S Library UPM Serdang
Kelebihan Fair Fit - Menambah tenaga

Fair Fit Produk Cik Epal dan Jofliam Berada di Karnival 5S Library UPM Serdang
Kelebihan Fair Fit - Merawat Kulit


Fair Fit Produk Cik Epal dan Jofliam Berada di Karnival 5S Library UPM Serdang
Kelebihan Fair Fit - Mencerahkan kulit


KEUNIKAN FAIR FIT




Keunikan Fair Fit

*Satu-satumya produk istimewa yang menggabungkan teknologo formula untuk putih dan kurus

*Sesuai untuk lelaki dan perempuan



* Tidak perlu bancuh, boleh terus minum. Rasanya macam mana? Masam masam manis! Sedap!

*Rasa buah dan mengekalkan tenaga sepanjang hari



*Gerenti tiada kesan kembali gemuk selepas berhenti

* Tiada cirit birit, sembelit atau kesan tidak menyenangkan

Fair Fit Produk Cik Epal dan Jofliam Berada di Karnival 5S Library UPM Serdang
Cod Fair Fit - Sellected area
Fair Fit Produk Cik Epal dan Jofliam Berada di Karnival 5S Library UPM Serdang
Sampai dah rumah customer
Fair Fit Produk Cik Epal dan Jofliam Berada di Karnival 5S Library UPM Serdang
Hadiah bukan omong-omong kosong tau!


Jangan tunggu lama sangat jom dapatkan Fair Fit dari kami 

Whatapps

Instagram

FAIR FIT CIK EPAL DAN JOFLIAM BERADA DI KARNIVAL 5S LIBRARY UPM SERDANG! di perpustakaan Sultan Abdul Samad / Universiti Putra Malaysia.. sempena karnival 5S : 

Tarikh : 25 Julai 2019 (Khamis)

Masa : 9 pagi - 4.30 petang

Tempat : Perpustakaan Sultan Abdul Samad UPM

Pelbagai aktiviti, ceramah, bengkel dan jualan akan diadakan. Korang juga boleh menyumbang pakaian terpakai dan kami akan adakan pengumpulan minyak masak terpakai.




Keep Reading»

Resepi Mee Goreng Basah Man Java

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi Resepi Mee Goreng Basah Man Java yang mudah dan ringkas. Rasanya kebanyakan korang pun dah tau kan macam mana nak masak resepi yang satu nie. Cuma Kak Sue saja nak kongsi resepi Mee Goreng Basah Man Java nie bila ramai yang komen nampak sedap, tapi memang sedap pun tau. Cukup rasa semuanya bertambah tetamu makan. Sapa lagi nak puji suami kalau bukan isteri sendiri kan.. hehehe..

Resepi Mee Goreng Basah Man Java
Mee Goreng Basah Man Java

Resepi Mee Goreng Basah Man Java

Resepi Mee Goreng Basah Man Java nie sama aja dengan resepi yang lain. Bahannya sama ja cuma bab pedas atau nak masin tu ja kena ikut selera sendiri kan. Tambah Abang Man suami Kak Sue nie jenis tak suka nak ikut resepi sangat. Kalau masak tu, lebih suka ikut apa yang ada dan ikut rasa hati aja katanya. Kadang masak campak-campak macam nie pun sedap kan..

Sebelum nie rasanya ada dah Kak Sue kongsi kat sini, yang Abang Man nie sebenarnya bekas tukang masak. Masa bujang dulu bekerja sebagai tukang masak di hotel dan restoran lima bintang. Cuma bila Kak Sue lahirkan Kakak, tak lama tu Abang Man berhenti kerja. Tu yang bermula kami berniaga kecil-kecilan sampai lah sekarang nie, tapi skill masak masih tetap ada tau.  Okay lah tak nak buang masa korang jom kita tengok resepinya jom..

Mee Goreng Basah Man Java

Bahan-bahan :
1 bungkus mee kuning
2 ketul dada ayam - dipotong kecil
1 bungkus bebola ikan
1 biji bawang besar - dikisar
4 biji bawang putih - dikisar
10 biji cili padi - dikisar
1 inci halia - dikisar
4 sudu besar sos cili
4 sudu besar sos tomato
4 sudu sos tiram
1 kiub ayam Knorr
Sedikit sayur sawi 
Sedikit daun sup dan bawang
Sedikit cili besar

Cara-cara :
Panaskan minyak, kemudian goreng ayam sampai masak
Kemudian masukkan bebola ikan, goreng sekejap
Masukkan bahan kisar tadi, biarkan cili masak sekejap
Kemudian masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram
Biarkan semua bahan masak sekejap
Masukkan kiub ayam kacau sebati
Kemudia masukkan mee tadi kacau sekejap
Akhir sekali masukkan sayur dan perasakan dengan garam
Tutup api, masukkan dalam mangkuk dan taburkan daun sup, daun bawang dan cili besar sebagai hiasan
Sedia untuk dihidangkan

Korang boleh cuba resepi nie juga Resepi Mee Celup Kelantan

Keep Reading»

Projek Hijaukan Rumah

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi Projek Hijaukan Rumah pula dengan korang. Sekarang nie kan Kak Sue memang tengah mengila dengan pokok-pokok hijau, rasa teruja bila pokok yang Kak Sue semai atau tanam hidup subur dan segar. Projek Hijaukan Rumah nie bukan setakat kat luar tapi dalam rumah juga. Tengah pilih dan semai dulu..

Projek Hijaukan Rumah
Projek Hijaukan Rumah

Projek Hijaukan Rumah

Sebenarnya kan Projek Hijaukan Rumah nie Kak Sue dapat idea dan inspirasi dari blogger Kolin yang cantik tu. Ternampak Kolin kongsi kat Facebook pasal pokok dalam rumah, terus Kak Sue pun teringin nak buat juga. Kemudian bermula lah misi mencari pokok-pokok yang elok dan sesuai nak letakkan dalam rumah. Nak kena pilih dan tau juga kan.. takan nak main bantai ja letak dalam rumah..

Lagi satu korang jangan tak tau ya, pokok-pokok hijau nie ada antaranya dapat membersihkan udara dalam rumah dan mennaturalkan udara yang beracun. Jadi memang elok kalau kita letak dalam rumah kan. Bab nyamuk atau semut kalau kita pandai dan rajin jaga rasanya InsyaAllah okay ja kut semua tu. Nak cantik dan elok memang kena kerja keras lah sikit, okay jom Kak Sue nak kongsi projek hijaukan rumah Kak Sue jom..

Projek Hijaukan Rumah
Projek Hijaukan Rumah

Projek Hijaukan Rumah
Projek Hijaukan Rumah

Haa.. nie antara pokok-pokok hijau yang Kak Sue letak dalam rumah. Kat ruang tamu dan dalam bilik. Cara penjagaan pun senang, macam pokok Lidah Mertua tu siram seminggu sekali dan biarkan sekejap kat luar rumah, biar kena cahaya matahari dan keringkan air. Yang pokok macam daun keladi tu Kak Sue tak tau nama, cuma tukarkan air aje selalu. Sekarang nie dah panjang berjuntai dah korang.. cantik tau.. rambu ramba..

Projek Hijaukan Rumah
Projek Hijaukan Rumah
Projek Hijaukan Rumah
Projek Hijaukan Rumah

Bahagian lain dari rumah jangan diabaikan juga ya. Macam bilik air dan dapur. Bilik air nie pun baru ja Kak Sue letak pokok dan nak deko-deko sikit. Segan kan bilik air kat bawah nie kalau tetamu datang dah macam apa dah hari tu. Lagi pun Kak Sue memang jenis tak boleh tengok serabut ke apa.. mesti nak kena kemas dan bersihkan. Lega mata..

Macam tu juga bahagian dapur, tambah dapur Kak Sue sekarang jenis open dari ruang tamu dah boleh nampak segalanya. Harus nak kena sentiasa kemas dan bersih. Tu pun masih belum kemas dan puashati bagi bagi mata Kak Sue nie. Ada lagi sikit nak kena buat, kumpul duit dulu.. hehehe.. Sampai sini dulu lah ya, jumpa lagi entri deko Kak Sue yang lain ya.. selamat menghijaukan rumah.. papai!


Keep Reading»

Serikan Diri di Aidilfitri Dengan Garnier

Assalamualaikum, hai semua. Kak Sue sempat ke majlis sambutan hari raya menerusi kempen Serikan Diri di Aidilfitri Dengan Garnier baru-baru ini. Kempen Serikan Diri di Aidilfitri Dengan Garnier nie juga berkerjasama dengan rakan peruncit MYDIN dalam menyumbang kepada masyarakat dengan usaha memperkasakan wanita. Menarik kan..

Serikan Diri di Aidilfitri Dengan Garnier
Serikan Diri di Aidilfitri Dengan Garnier

Serikan Diri di Aidilfitri Dengan Garnier

Sebenarnya kan, kempen dilaksanakan dengan kerjasama TechForGood, sebuah program di bawah Global Entrepreneurship Movement Association (GEMA). TechForGood nie adalah inisiatif yang meningkatkan dan memperkasakan komuniti mikro di Malaysia dengan memudahkan  pembelajaran kemahiran baru dan meningkatkan pendapatn mereka dengan bantuan teknologi dan telah membantu seramai 500 ahli. 

Mereka juga telah mengadakan kempen pada bulan Ramadhan yang lepas dengan setiap pembelian produk Garnier RM0.20 akan disumbangkan kepada program. Selain dari itu dengan setiap pembelian RM30.00 pula, pembeli akan menerima tote bag buatan tangan atau pouch bag yang boleh diguna semula yang dijahit oleh mereka di bawah program ini.

Serikan Diri di Aidilfitri Dengan Garnier
Serikan Diri di Aidilfitri Dengan Garnier
Serikan Diri di Aidilfitri Dengan Garnier
Serikan Diri di Aidilfitri Dengan Garnier
Menurut Ian Cheng, Pengurus Pemasaran Garnier Malaysia "Kami tidak melihat tanggungjawab sosial kami sebagai terpisah daripada aktiviti perniagaan, kami menggabungkan kedua-duanya secara lancar di bawah strategi kempanan kami. Sebagai program yang membantu masyarakat dengan meningkatkan kemahiran keusahawan mereka, visi TechForGood adalah selaras dengan komitmen kami, iaitu membantu komuniti setempat yang memerlukan".

Sepanjang kempen Serikan Diri di Aidilfitri sebanyak 48,000 barangan hadiah yang dibuat sendiri oleh semua wanita di bawah program nie telah diberikan secara percuma kepada pembeli. Selain dari tu, kempen nie juga berjaya mengumpulkan dana RM15,000 dengan kerjasama MYDIN. bagi menyokong TechForGood. Bagus sangat kan kempen macam nie, dapat membantu dan beri manfaat pada lebih ramai ahli..

Serikan Diri di Aidilfitri Dengan Garnier
Serikan Diri di Aidilfitri Dengan Garnier
Serikan Diri di Aidilfitri Dengan Garnier
Serikan Diri di Aidilfitri Dengan Garnier
Serikan Diri di Aidilfitri Dengan Garnier
Serikan Diri di Aidilfitri Dengan Garnier
Serikan Diri di Aidilfitri Dengan Garnier
Serikan Diri di Aidilfitri Dengan Garnier
Sempena kempen Serikan Diri di Aidilfitri juga, barisan selebriti Amyra Rosli,Syafiq Kyle dan Azira Shafinaz turut memberi sokongan mereka pada acara tersebut. Bagi ketiga-tiga mereka muncul dalam drama mini bersiri TV3 bertajuk Serikan Hatimu, sambutan Hari Raya pada tahun ini menjadi lebih bermakna apabila sokongan kepada usaha amal memperkasakan wanita.

Garnier adalah penaja mini series, Serikan Hatimu, yang menyambut keindahan persahabatan dan memperkasakan wanita. Korang bolel tonton di rangkaian TV3 dalam YouTube. 
 
Serikan Diri di Aidilfitri Dengan Garnier
Serikan Diri di Aidilfitri Dengan Garnier
Serikan Diri di Aidilfitri Dengan Garnier
Serikan Diri di Aidilfitri Dengan Garnier
Untuk lebih detail tentang kempen nie boleh singgah kat sini 

Facebook - Garnier Malaysia
Instagram - @garniermalaysia






Keep Reading»

Susu Kotak Dutch Lady Terbaru

Assalamualaikum, hai semua. Sebenarnya Susu Kotak Dutch Lady Terbaru nie dah ada kat pasaran rasanya sebelum puasa atau bulan puasa hari tu. Kak Sue pun ingat-ingat lupa dah. Bila ternampak Susu Kotak Dutch Lady Terbaru nie terus lelaju Kak Sue beli nak cuba. Lagi pun kat rumah nie memang ada peminat susu jenama yang satu nie. Sapa lagi kalau bukan Abang Tihie, harus kena siapkan stok susu strawberry kesukaan Abang Tihie kat dalam peti ais tu selalu, senang nanti kalau nak minum..

Susu Kotak Dutch Lady Terbaru
Susu Kotak Dutch Lady Terbaru

Susu Kotak Dutch Lady Terbaru

Memula tu Kak Sue nampak kawan-kawan kongsi kat Facebook Susu Kotak Dutch Lady Terbaru nie perasa kurma dan bandung. Macam teringin pula nak rasa, kebetulan bila ke Speedmart nak beli barang ternampak pula kan perasa baru yang Bandung tu, cari perasa Kurma katanya dah habis stok. Tak apa lah, janji dapat rasa salah satu pun okay dah kan. Nanti ada rezeki kita cuba yang kurma pula..

Beberapa hari lepas tu Kak Sue ke Aeon Rawang kat rumah pula. Nampak ada stok Kurma Dutch Lady nie, apa lagi sambar lah kotak kecik dengan kotak besar. Tamak betul kan.. takut habis stok lagi.. hehehe.. Biasanya ada campuran kurma nie memang Kak Sue suka. Tak kira lah air apa pun, tambah susu nie lagi lah bagus kan. Lega dah, bila dapat dua-dua perasa baru susu Dutch Lady nie.. gigih betul kan.. hehehe..

Susu Kotak Dutch Lady Terbaru
Susu Kotak Dutch Lady Terbaru

Personal review dari Kak Sue, dua-dua perasa susu nie sedap dan boleh tahan. Cuma yang kurma tu bagi Kak Sue macam rasa pelik sikit lah tapi masih boleh minum. Kurma nie macam kita tau dapat bekalkan tenaga kan untuk kita jadi bagus juga kalau dapat amalkan susu kurma nie. Kalau nak buat sendiri rasa malas, boleh ja cuba susu Dutch Lady Kurma nie aja..

Korang yang belum rasa boleh cuba ya, rasanya dah ada kat pasaraya dekat dengan rumah korang. Cuma anak-anak Kak Sue masih setia dengan perasa susu biasa, coklat dan strawberry ja setakat nie. Janji depa nak minum susu kan. Ya lah walaupun dah besar belaka tapi masih perlu minum susu. Nanti asyik minum air yang lain susu tak minum pulak. Okay lah, jumpa lagi nanti di entri yang lain ya.. papai!



Keep Reading»

Resepi Ayam Goreng Halia

Assalamualaikum, hai semua. Kak Sue nak kongsi resepi ringkas dengan korang Resepi Ayam Goreng Halia. Sebenarnya resepi nie Kak Sue ambik dari Instagram Wana Kamal. Kadang kalau tak ada idea memang Kak Sue akan ke Instagram beliau. Bila nampak resepi Ayam Goreng Halia nie macam teringin pula nak buat dan rasa. Terus lelaju Kak Sue cuba dan masak. Tak sangka pula lah orang kat rumah nie semua suka.. Alhamdullilah..

Resepi Ayam Goreng Halia
Ayam Goreng Halia

Resepi Ayam Goreng Halia

Sebenarnya resepi Ayam Goreng Halia nie ringkas dan senang sangat korang. Bahan yang memang dah ada kat rumah pun. Cuma Kak Sue nie suka derhaka kat resepi, tambah sikit bahan. Tu pun sebab Abang Man yang minta letakkan bawang besar sekali. Kita ikut ja lah kan, sayang suami katanya.. hehehe..

Owh ya, mesti ada yang tertanya sapa Wana Kamal nie kan, antara insta famous masakan nie tau. Bukan setakat masak, kemas rumah dan cara penjagaan rumah pun ada Wana kongsikan. Salah satu idola Kak Sue nie kalau bab urusan rumah tangga. Korang boleh ja singgah kat IG @wanakamal_79 nie ya kalau nak idea masakan atau tips penjagaan rumah. Harus korang suka gila nanti. Okay lah.. jom kita tengok bahan dan cara masak pula jom..

Ayam Masak Halia

Bahan-bahan :
1/2 ekor ayam - dipotong kecil
1 biji bawang besar - dihiris nipis
4 biji bawang putih - dihiris nipis
2 inci halia - dihiris nipis
8 biji cili padi - dihiris nipis

Cara-cara :
Gaul ayam dengan garam dan kunyit
Goreng sehingga masak atau yang suka boleh garingkan sikit
Akhir sekali masukkan bahan yang dihiris nipis tadi ke dalam ayam yang tengah digoreng
Kemudian tutup api, boleh lah di angkat
Sedia untuk dihidangkan

Korang boleh juga cuba Resepi Ayam Buttermilk

Keep Reading»

Pilihan Tempat Menarik Di Johor Bharu

Assalamualaikum, hai semua. Dalam banyak-banyak negeri kat dalam Malaysia nie Kak Sue sekeluarga belum pernah sampai lagi salah satu negeri kat selatan nie. Jadi Kak Sue nak buat list untuk diri sendiri dan untuk korang Pilihan Tempat Menarik di Johor Bharu untuk rujukan kita bersama nanti. Mana tau ada rezeki kan, dah tau Pilihan Tempat Menarik di Johor. Senang dah nak jalan-jalan nanti kat sana kan..

Pilihan Tempat Menarik di Johor Bharu
Pilihan Tempat Menarik di Johor Bharu 

Pilihan Tempat Menarik di Johor Bharu

Memandang Kak Sue belum pernah sampai sini lagi Kak Sue akan buat beberapa pilihan tempat menarik di Johor Bharu yang bakal Kak Sue pergi nanti. Rupanya ada banyak juga tempat menarik dan juga dah diberi nafas baru katanya. Tak nak buang masa jom Kak Sue nak kongsikan 'wish list' Kak Sue dengan korang jom..

Pilihan Tempat Menarik di Johor Bharu
Pilihan Tempat Menarik di Johor Bharu
1. Legoland
Kebanyakan dari kita kalau ke Johor Bharu memang tak lengkap kalau tak tempat unik yang disukai ramai nie apatah lagi anak-anak. Rasanya anak bongsu Kak Sue si Adik lah yang paling teruja nak ke sini. Taman tema nie terbahagi kepada beberapa bahagian untuk kita singgah antaranya Lego Technic, Lego Kingdoms, Lego City, The Land of Adventure dan Taman Tema Air. 

Di bahagian Imagination, kita boleh tengok Legoland secara menyeluruh di Observation Tower. Bukan tu aja tau, anak-anak boleh bina Lego sendiri, menaiki pelbagai ride kat dalam tu dan menonton wayang 4D lagi. Best sangat kan. Selain tu, di Legoland nie ada replika Menara Kembar KLCC, Masjid Putrajaya dan juga beberapa replika dari negara yang lain seperti Taj Mahal dam Ankor Wat dibina sepenuhnya dari blok Lego di Miniland.

Akhir sekali, selain dapat bermain dan mandi manda korang juga boleh membeli belah dan makan-makan di Mall Of Medini. Kalau yang dari jauh atau penat dan nak berehat boleh lah bermalam di Hotel Legoland yang berkonsepkan Pirate, Adventure, Kingdom dan Ninjago.


Pilihan Tempat Menarik di Johor Bharu
Pilihan Tempat Menarik di Johor Bharu
2. Hello Kitty Town 
Hello Kitty nie dekat aja dengan Legoland, dalam 15 minit dah boleh sampai. Macam yang kita tau Hello Kitty memang diminati oleh kanak-kanak perempuan, ya lah comel kan. Dalam Hello Kitty ada pakej tau, Hello Kitty dan Big Club. Korang boleh main permainan dan ikut aja aktiviti tanpa dikenakan bayaran dah dengan pakej nie.

Selain dari tu Hello Kitty Town nie berkonsepkan ' Walk Through Acttractions' dan aktiviti secara interaktif dengan beberapa lokasi utama yang boleh korang terokai. Antaranya 'Tea Cups Ride', Wishful Studio, Hello Kitty House, Wishful Studio-Jewellery Making-Custome Dress Up & Photo Studio, Friendship Land, Purfect Stage, Black Wonder dan akhir sekali Dream Photo Garden yang dikhaskan untuk bergambar dengan Hello Kitty


Pilihan Tempat Menarik di Johor Bharu
Pilihan Tempat Menarik di Johor Bharu
3. Johor Premium Outlet
Bagi kaki shopping macam Kak Sue nie haa memang teringin nak datang sini. Katanya pusat beli belah nie memang jadi tumpuan pelancong dan orang ramai sebab pilihan kedai berjenama yang menawarkan diskaun menarik bagi pakaian, beg tangan dan kasut. Selain dari tu senibina pusat beli belah yang unik berkonsepkan kolonial dan taman landskap memang cantik dan sesuai kalau korang nak bergambar kenangan kat sini. Biasalah kalau kemana-mana harus ambik gambar untuk kenangan kan..


Pilihan Tempat Menarik di Johor Bharu
Pilihan Tempat Menarik di Johor Bharu
4. Kilang Bateri
Tempat nie ialah bazaar ala hipster dan katanya asal dari kilang bateri. Patutlah namanya kilang bateri, menarik sangat kan. Dengan suasana yang santai dan tenang kat sini korang boleh makan-makan dan juga membeli belah. Ada pelbagai pilihan kedai yang terkenal di IG dan makanan yang popular antaranya makanan western seperti LabbyBros dan Kacang Pool. 

Bukan setakat membeli belah dan menjamu selera, korang juga boleh gunting rambut juga kat kedai 1855. Harus lah anak bujang Kak Sue nak cuba nanti nie. Selain tu untuk yang suka baca buku pun ada kedai buku istimewa iaitu Projek Buku. Haa.. semua ada kat sini kan, memang harus datang sini nanti


Pilihan Tempat Menarik di Johor Bharu
Pilihan Tempat Menarik di Johor Bharu
5. Kuso 3D Art Gallery
Kuso 3D Art Gallery nie terletak di Taman Mount Austin dan pertama di Johor. Ada pelbagai lukisan 3D yang unik dan realistik di lukis di dinding-dinding galeri ini membuatkan kita terasa seolah-olah kita berada dalam situasi sebenar. Ada juga disediakan prop untuk korang bergambar

Kuso 3D Art Gallery nie juga ada pelbagai tema dan konsep menarik seperti 'Be Funny', Horror Room, 'Rimantic Love', 'Kindergarden' dan macam-macam lagi. Ada juga mesin semulasi 9DVR (Virtual Reality) dimana korang boleh berlawan dengan dinasour, zombie dan raksaksa.


Pilihan Tempat Menarik di Johor Bharu
Pilihan Tempat Menarik di Johor Bharu
6. Pasar Karat JB
Pasar Karat JB nie pula menjual barangan terpakai seperti pakaian bundle dan barangan antik. Pasar nie semakin berkembang dan mula menjual barangan baru dan kraftangan juga. Selain dari tu ada makanan juga dijual kat sini tau, seperti makanan Thailand dan kopi dan teh terkemuka.


Pilihan Tempat Menarik di Johor Bharu
Pilihan Tempat Menarik di Johor Bharu
7. Danga Bay
Danga Bay yang dulunya dikenali sebagai Pantai Lido yang ditambak menjadi salah satu pusat pelancungan di Johor sekarang nie sebab pembaharuan yang dibuat menarik perhatian pelancung. Ada empat tarikan utama di Danga nie antaranya pusat beli belah Danga City Mall, Danga Wall Mini Theme Park, menaiki tram atau basikal mengeliling Danga Bay dan akhir sekali korang juga boleh menjamu selera di restoran atau cafe berdekatan Danga Bay nie. Menarik kan..


Pilihan Tempat Menarik di Johor Bharu
Pilihan Tempat Menarik di Johor Bharu
8. Masjid Sultan Abu Bakar
Salah satu tempat bersejarah di Johor yang sangat ironik dan mempunyai warisai nilai sejarah yang tersendiri. Wujud sejak 1982 dan merupakan masjid yang besar dan selesa untuk para jemaah. Terletak di puncak bukit yang membolehkan kita melihat Selat Tebrau. Selain itu Masjud Sultna Abu Bakar ini juga mempunyai ciri-ciri binaan yang dipengaruhi ketika era penjajahan pada masa dulu bercampur dengan seni bina tempatan.


Pilihan Tempat Menarik di Johor Bharu
Pilihan Tempat Menarik di Johor Bharu
9. Puteri Habour Marina
Di sini ada pelabuhan untuk kapal-kapal layar mewah persendirian yang boleh korang datang untuk bergambar bersama keluraga. Selain dari tu kawasan nie lebih sesuai untuk bersantai dan melihat keindahan kawasan sekitar juga ada beberapa replika yang menarik untuk korang bergambar sebagai kenangan dan bukti korang dah sampai sini. Sesuai sangat untuk korang berehat sambil melihat keunikan kapal layar dan pemandangan Selat Teberau.


Pilihan Tempat Menarik di Johor Bharu
Pilihan Tempat Menarik di Johor Bharu
10. Taman Merdeka
Taman Merdeka adalah satu destinasi taman yang mempunyai lanskap yang menarik dan ada satu kolam besar di tengahnya yang mana korang boleh beri ikan makan sambil rehatkan fikiran. Ya lah penat berkerja dapat bersantai dan berehat tempat macam nie mesti best kan. Taman nie juga menjadi tempat riadah pada penduduk setempat. Pada waktu malam pula taman nie masih meriah dengan air pancut warna warni di kolam awam.

Haa.. tu lah antara list dari Kak Sue antara pilihan tempat menarik di Johor Bharu walaupun sebenarnya ada banyak lagi tempat menarik yang lain.

23 Hotel Mesra Keluarga di Johor Bharu Yang Dekat Dengan Tempat Menarik

Bagi yang dah sampai Johor Bharu nie mesti ada yang datang dari jauh dan plan nak bercuti beberapa hari kan. Ya lah kalau datang dari jauh memang penat nak patah balik dan harus tak puas dan sempat kalau nak berjalan dalam masa yang pendek. Jadi Kak Sue nak kongsi dengan korang 23 Hotel Mesra Keluarga di Johor Bharu Yang Dekat Dengan Tempat Menarik jadi nanti senang korang nak buat pilihan atau rujukan okay..

Korang jangan risau okay, kat Johor Bharu nie ada banyak pilihan hotel untuk koramg bermalam, siap ada pilihan hotel mesra keluarga lagi macam yang Kak Sue bagi tau kat atas. Sekarang jom Kak Sue nak kongsikan pilihan hotel mesra keluarga pada korang di website Bagasi.my nie jom. Haa.. mesti tertanya-tanya kan apa Bagasi.my nie kan..

Pilihan Tempat Menarik di Johor Bharu
Pilihan Tempat Menarik di Johor Bharu

Bagasi.my nie adalah satu website yang ideal dan memberi info pada korang kaki travel atau yang suka bercuti. Selain dari itu di Bagasi.my nie juga korang boleh senarai lengkap pilihan senarai tempat menarik, hotel-hotel dan juga homestay di seluruh Malaysia. Macam yang Kak Sue cakap tadi korang tak perlu risau bab hotel kan, jadi korang boleh tengok 23 Hotel Mesra Keluarga di Johor Bharu Yang Dekat Dengan Tempat Menarik sebagai rujukan korang. Haa.. senang kan..

Tentang pilihan harga pula, korang tak perlu risau juga sebab boleh pilih ikut budget korang sendiri. Tambah memang dekat dah dengan tempat yang korang nak pergi tu kan dah jimat petrol dah kat situ. Harap dengan perkongsian Kak Sue nie dapat bantu percutian korang bersama keluarga atau kawan-kawan. Jumpa lagi.. papai!

Website - Bagasi.my
Facebook -Bagasi.my
Youtube - Bagasi dot my

* Gambar-gambar sumber dari Google






Keep Reading»

Tetamu Raya Pertama di Rumah Baru

Assalamualaikum, hai semua. Walaupun Syawal dah habis tapi Kak Sue tetap nak kongsi kat blog Kak Sue sebagai kenangan Tetamu Raya Pertama di Rumah Baru Kak Sue tahun nie. Biasanya setiap tahun Kak Sue akan adakan rumah terbuka cuma tahun nie memang rasa tak kuat nak buat bila teringat Tok Pah iaitu Mak Kak Sue. Ya lah biasanya boleh dikatakan hampir semua masakan, Mak yang masak. Bila Mak tak ada nie, memang terasa terbayang-bayang Mak tengah masak dan melayan tetamu...

Tetamu Raya Pertama di Rumah Baru
Tetamu Raya Pertama di Rumah Baru - Adik dan Si Comel

Tetamu Raya Pertama di Rumah Baru

Tetamu Raya pertama di rumah Baru kami nie ialah mak sedara Abang Man sekeluarga. Dalam banyak-banyak mak saudara Abang Man keluarga Bik Yot nie yang kami paling rapat. Kak Sue dah anggap macam makcik sendiri dan sepupu-sepupu Abang Man pun macam adik sendiri dah.  Kalau melepak kat rumah depa memang makan berejam. Belum bibik suruh makan nasi lah bagai lagi..

Salah seorang sepupu Abang Man, Aza yang paling rapat dengan kami. Dulu masa Adik anak bongsu Kak Sue kecik lagi kalau tak jumpa Aza nie dalam masa yang lama, Adik mesti demam. Demam rindu.. cuma bila dah besar dah kurang sikit dah, tapi kalau jumpa memang melekat lah depa dua orang nie. Anak-anak Kak Sue memang manja sangat dengan Aza nie. Kadang kalau nak suruh nasihat atau 'brain wash' pun mintak tolong Aza juga.. hehehe..

Tetamu Raya Pertama di Rumah Baru
Tetamu Raya Pertama di Rumah Baru - Si comel dan Abang Tihie
Masa Along wasap Kak Sue kata nak datang beraya kelam kabut juga lah. Bukan apa tak ada masak apa pun kan setakat ada kuih raya ja. Segan lah kita, kalau ke rumah bibik macam-macam dihidangnya. Nasib Abang Man tolong masakkan Mee Goreng Pedas untuk tetamu raya pertama kami kat rumah baru nie. Seronok bila ada keluarga yang datang kan hilang juga rasa sunyi, bawa rahmat dan rezeki untuk kita sekeluarga juga kan..

Cuma buat tahun nie Kak Sue memang tak plan apa-apa majlis sambutan atau nak terima tetamu sangat. Cuma keluarga dekat dan kawan-kawan rapat aja. Plus rumah nie belum habis kemas lagi. Kak Sue malu ada part dalam rumah yang belum siap kemas. Rupanya pindah nie nak selesai kemas makan tahun agaknya.. hahaha! Kak Sue pula jenis semua nak lap dan basuh memang lambat sangat kerja siap.. huhuhu..

Tetamu Raya Pertama di Rumah Baru
Tetamu Raya Pertama di Rumah Baru - Mee Goreng Pedas
InsyaAllah kalau umur panjang, murah rezeki nanti Kak Sue akan buat balik rumah terbuka ya. Kita meraikan dan menjamu tetamu pun dapat pahala juga. Macam Mak Kak Sue memang suka sangat masak menjamu orang  dan meraikan orang yang datang rumah. Tak kira lah rumah Mak sendiri atau rumah Kak Sue. Tinggal kami lah adik beradik yang akan sambung apa yang Mak suka buat tu, semoga pahala berpanjangan untuk Mak di sana..

Apapun terima kasih Bik Yot sekeluarga sudi singgah rumah kami. Lain kali datang lah lagi, nanti kita plan cantik-cantik ya. Kak Sue berkenan sangat dengan anak Abang Mirul dua orang tu memang baik dan mendengar kata, beradab dengan orang tua walau masih kecil. Dah lah comel pulak tu. Bagus didikan Abang Mirul dan Ainn, senang nak bawa anak-anak kemana-mana majlis. Sekian dulu entri kali nie, nanti kita sembang lagi di entri yang lain pula ya.. papai!



Keep Reading»

Pembukaan Cawangan Lulu Hypermarket di Shamelin Cheras

Assalamualaikum, hai semua. Baru-baru nie Kak Sue sempat ke Pembukaan Cawangan Lulu Hypermarket di Shamelin Cheras. Sebelum nie biasa dengar nama aja tapi belum pernah pergi lagi. Akhirnya ada juga peluang ke Pembukaan Cawangan Lulu Hypermarket di Shamelin Cheras nie, memang meriah dengan harga promosi istimewa dan macam-macam pilihan menarik ada kat sini pada hari tu. Naik rambang mata pun ada..

Pembukaan Cawangan Lulu Hypermarket di Shamelin Cheras
Pembukaan Cawangan Lulu Hypermarket di Shamelin Cheras


Pembukaan Cawangan Lulu Hypermarket di Shamelin Cheras

Pembukaan Cawangan Lulu Hypermarket di Shamelin Cheras nie telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Saifuddin Nosution bin Ismail, Menteri Perdagangan Dan Hal Ehwal Pengguna pada 1 Julai 2019 yang lepas. Pengerusi Lulu Group, Yusuf Ali berkata pembukaan cawangan baru nie adalah antara perancangan nak meluaskan lagi syarikat dan akan membuka lagi empat pasaraya hyper di tempat lain iatu Setia City Mall, Bangi Gateway, Bachang di Melaka dan Johor Bharu sebelum berakhirnya 2020.

Pembukaan Cawangan Lulu Hypermarket di Shamelin Cheras
Pembukaan Cawangan Lulu Hypermarket di Shamelin Cheras

Pada hari pembukaan cawangan Lulu Hypermarket nie mereka adakan jualan promosi dari 1 Julai sampai 4 Julai tau korang. Punya lah ramai orang semua masing-masing nak rebut peluang shopping dengan harga promosi. Memula Kak Sue ingat nak join juga shopping, tapi bila nampak barisan panjang terus buat keputusan nak datang lain kali.

Pembukaan Cawangan Lulu Hypermarket di Shamelin Cheras
Lulu Hypermarket di Shamelin Cheras
Pembukaan Cawangan Lulu Hypermarket di Shamelin Cheras
Lulu Hypermarket di Shamelin Cheras

Lulu Hypermarket Shamelin nie hanya ada satu tingkat sahaja dan terletak di bahagian ground floor Shamelin Mall. Kalau korang parking kat bahagian bawah tu boleh terus naik atasnya aja. Senang tak payah nak berebut lif bagai. Kadang kalau nak shopping nie Kak Sue suka yang mudahkan Kak Sue bergerak baru selesa nak beli barang kan..

Pembukaan Cawangan Lulu Hypermarket di Shamelin Cheras
Lulu Hypermarket di Shamelin Cheras
Pembukaan Cawangan Lulu Hypermarket di Shamelin Cheras
Lulu Hypermarket di Shamelin Cheras
Pembukaan Cawangan Lulu Hypermarket di Shamelin Cheras
Lulu Hypermarket di Shamelin Cheras

Walaupun cawangan Lulu Hypermarket Shamelin nie satu tingkat aja tapi semua bahagian dan barang disusun kemas. Senang korang nak cari barang yang korang nak semua ada kat situ. Dari barangan runcit, barang basah macam daging, ayam, ikan dan makanan laut, sayur-sayuran, buah-buahan semuanya segar-segar belaka.

Pembukaan Cawangan Lulu Hypermarket di Shamelin Cheras
Lulu Hypermarket di Shamelin Cheras
Pembukaan Cawangan Lulu Hypermarket di Shamelin Cheras
Lulu Hypermarket di Shamelin Cheras
Pembukaan Cawangan Lulu Hypermarket di Shamelin Cheras
Lulu Hypermarket di Shamelin Cheras

Selain tu korang boleh beli pilihan kekacang, kurma dan macam-macam lagi di bahagian Roastery. Ada juga makanan yang sedia di makan, kut lah masa shopping tu lapar pula kan boleh ke bahagian Hot Food. Ada satay, kek dan macam-macam lagi.

Pembukaan Cawangan Lulu Hypermarket di Shamelin Cheras
Lulu Hypermarket di Shamelin Cheras
Pembukaan Cawangan Lulu Hypermarket di Shamelin Cheras
Lulu Hypermarket di Shamelin Cheras
Pembukaan Cawangan Lulu Hypermarket di Shamelin Cheras
Lulu Hypermarket di Shamelin Cheras

Tak lupa juga bahagian pakaian untuk lelaki, perempuan dan anak-anak pun ada juga kat sini. Selain tu barangan elektrik pun ada juga tau korang. Masa Kak Sue pergi nampak ramai juga lah yang sakan beli tv, periuk nasi dan macam-macam lagi lah. Harga promosi gila-gila katakan, bukan sikit kurangnya hampit separuh dari harga sebenarnya. Mana taknya sakan semua orang memborong kan..

Pembukaan Cawangan Lulu Hypermarket di Shamelin Cheras
Lulu Hypermarket di Shamelin Cheras
Pembukaan Cawangan Lulu Hypermarket di Shamelin Cheras
Lulu Hypermarket di Shamelin Cheras
Pembukaan Cawangan Lulu Hypermarket di Shamelin Cheras
Lulu Hypermarket di Shamelin Cheras

Apapun Kak Sue nak ucapkan tahniah kepada Lulu Group sebab berjaya buka lagi satu cawangan kat Shamelin nie. Harap satu hari nanti buka lah cawangan Rawang pula ya. Senang sikit Kak Sue nak shopping.. hehehe.. Korang yang mana dekat dengan Shamelin tu jemput lah singgah ya, harga memang berbaloi sangat. Untuk lebih detail macam biasa boleh singgah kat bawah nie ya.. papai!

Lulu Hypermarket

Website

Facebook

Instagram








Keep Reading»